Khamis, 26 April 2012

Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan

Apa itu Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan?

Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga dikenali sebagai  Kurikulum PERMATA atau Kurikulum Kebangsaan (KK).

KK menjadi garis panduan standard bagi pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengasuhan bagi peringkat  kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.   Sewajabnya ia diaplikasikan di semua TASKA seluruh negara.  Pada pemerhatian penulis KK masih tidak menyeluruh pengamalannya.  Khasnya pengusaha TASKA swasta atau persendirian.   Mereka pernah membaca atau terdengar Kurikulum PERMATA.  Namun majoriti di kalangan mereka masih tidak mendapat latihan mengenainya.   

Bagaimanapun itu bukan penghalang untuk anda menerokai isi kandungan KK.   Di mana ada kemahuan di situ pastinya ada jalan.

Baiknya KK ini ia telah menjelaskan skop fokus kepada 6 bidang pembelajaran dan 1 aspek pengasuhan lengkap.

(a)   Bidang Pembelajaran ialah;
1.  Perkembangan sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian
2.  Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
3.  Perkembangan pra-matematik dan pemikiran logik
4.  Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
5.  Perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri
6.  Perkembangan estetika dan daya kreatif

(b)  Bidang pengasuhan dan penjagaan yang meliputi;
1.  Keselamatan
2.  Pemakanan seimbang
3.  Amalan pengasuhan
4.  Penjagaan bayi dan kanak-kanak

Pada pendapat penulis, bagi pengusaha TASKA yang telah jadual perancangan aktiviti 'play group/play school'  tidak menghadapi masalah kerana saya yakin anda telah memiliki strategi bidang pembelajaran seperti yang terkandung dalam bahagian (a) di atas.  Manakala bahagian (b) anda memang telah melaksanakannya dengan baik kerana itu adalah 'core business' anda di TASKA.

sAYUGIA dinyatakan di sini, ramai di kalangan anda masih lemah dan kurang cekap dari segi aspek berikut;
  • Pedagogi pembelajaran menerusi permainan, penerokaan yang berfokus dan terancang mengikut kesediaan tahap peringkat umur kanak-kanak.  Di mana kanak-kanak belajar melalui kaedah mencuba, memikirkan sesuatu dan bertanya  pelbagai perkara.  Dapatan dan pengalaman perkongsian idea serta pendapat di antara rakan sebaya dan pendidik membantu kanak-kanak untuk bersedia memahami sesuatu perkara dalam sudut pandangan yang lebih luas.  Hasil pembelajaran tersebut seterusnya menjadi penyambung kepada proses pembelajaran seterusnya.

                  
  • Melaksanakan penaksiran perkembangan kanak-kanak melalui pelbagai teknik yang mengambarkan prestasi kanak-kanak yang sebenar.  Para pendidik perlu merekodkan setiap peringkat penilaian perkembangan kanak-kanak sama ada melalui pemerhatian daripada aktiviti yang dirancang atau menerusi pencapaian hasil pemerhatian senarai semak perkembangan atau catatan journal (enakdote).    Di mana hasil dapatan penaksiran pencapaian tahap perkembangan kanak-kanak adalah daripada sumber-sumber yang terbukti kesahihannya.  Malah bukti-bukti yang diperolehi daripada sekitaran yang sebenar dan daripada pelbagai situasi yang boleh mencerminkan prestasi sebenar kanak-kanak.

Pada pendapat saya 2 aspek yang memfokuskan pemerhatian klinikan dan perekodan jikalau dapat dilaksanakan oleh semua warga TASKA dengan berkala maka anda memang layak digelar sebagai penyelidik.  Dokumen anda ini perlu dikreditkan sebagai salah satu kemahiran yang boleh menyokong permohonan anda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.  Oleh kerana kemahiran di atas ada terkandung dalam 2 subjek Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.  Manakala individu yang telah memiliki Diploma dan mahu menlanjutkan pelajaran dalam Ijazah atau Master sudah barang tentu kemahiran dan pengalaman ini amat membantu anda untuk Kerja Tesis kelak.

Bagaimana hendak melakukannya?  Mulakan langkah pertama menggunakan apa yang anda tahu dan mampu lakukan.  
  • Rancang. 
  • Susun rangka fokus pembelajaran dan aktiviti 
  • Sediakan format item pembelajaran dan pentaksiran.  
  • Lakukan pemerhatian.  
  • Rekodkan hasil secara bertulis.   
  • Rekodkan aksi sebenar pemerhatian.
  • Kaji kaitan dengan teori perkembangan kanak-kanak
  • Buat rumusan penemuan
  • Dokumenkan
  • Kongsikan hasil penemuan/dapatan dengan ibu bapa
Mudahkan.  Lakukan dengan rasa penuh keseronokan.  






Tiada ulasan: