Rabu, 6 Jun 2012

Senyuman Penawar Segala Keluhan

Cuti sekolah sering memberi tekanan emosi kepada teacher di day care atau taska.   Oleh kerana terdapat sebilangan teacher turut bercuti 'mengejut' pada tempoh tersebut.   Ini  membuatkan suasana tempat kerja menjadi agak tegang.

"Relax.  Bawa bertenang.  Insya-Allah, kita berupaya melaksanakan tugasan hari ini dengan sempurna". Ujar A, yang lebih senior daripada kalangan kami.  Sambil tangannya cekap menyenduk meehoon goreng ke dalam pinggan.  

Saya mengangguk setuju.

"Tapi tak adillah.  Masing-masing telah dapat cuti secara bergilir.  Kenapa dia perlu ambil cuti tambahan tanpa fikirkan kita yang terbeban dengan tugasan nie".  Tegas C.  Kurang puas hati.  Air mukanya menjadi keruh.  Tiada seri.  Tiada senyuman.   

"Stress orang lah." Bentak C lagi.

Insiden tersebut tambah jelas di kotak fikiran saya selepas membaca artikel 'Hati lebih tenang jika berjaya tahan marah, pemaaf' - sumber : Tazkirah laman web Masjid Negara, Berita Harian,  Agama, Isnin, 4 Jun 2012.

Nabi Muhammad SAW bersabda;

"Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Maka selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang sekecil-kecilnya.  Kemudian berfikirlah sejenak untuk menilai dan memunasabah diri.  Pada waktu itu syaitan tidak berpeluang menyemarakkan perasaan marah.  Sebaliknya akan terbit keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat besar kepada diri.  Khasnya dari sedi sudut ketenangan jiwa dan rohani.  Oleh kerana orang yang pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan kebaikan.

Satu perkara lagi orang yang pemaaf mudah senyum.   

Senyuman mampu melahirkan perasaan gembira, mendamaikan hati, mententeramkan jiwa, mampu mengusir kedukaan dan stress.  Sebaliknya menerbitkan rasa lega dan berlapang dada.  Juga menceriakan jiwa yang lesu.   

Yang paling penting senyuman adalah pembuka pintu rezeki dan mengeratkan kasih sayang.

Haa..., kekawan semua dua sifat ini perlu ada dalam diri kita selaku pendidik pendidikan awal kanak-kanak iaitu pemaaf dan senyuman yang ikhlas.   Sesungguhnya sifat pemaaf dan amalan senyuman yang ikhlas tidak menjadikan seseorang itu hina atau rendah diri.  Sebaliknya ia mampu mengangkat harga diri dan kewibawaan seseorang.



Wallahualam.


Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...