Khamis, 15 Oktober 2015

PEMBANTU RUMAH INDONESIA TUNTUT GAJI RM 1200.00

Semua pekerja atau persatuan yang mewakili pekerja mempunyai hak  untuk menuntut kenaikan upah atau gaji.  Bagaimanapun majikan memiliki budi bicara dan kaedah penilaian tahap prestasi mengikut skala kadar kenaikan gaji para pekerjanya.

Antara  perkara yang menjadi sumber penilaian bagi kenaikan gaji adalah tahap ketrampilan atau kecekapan pekerja menjadi taruhan.  Kesetiaan kepada organisasi turut menjadi salah satu ciri penilaian.  Diikuti pula dengan disiplin dan kepatuhan kepada etika kerja bidang profesionnya.  Tidak terkecuali senarai sumbangan yang telah menaikan imej organisasi dalam pasaran ekonomi terbuka masa kini.


Relevankah ?



Rabu, 14 Oktober 2015

IBU BAPA LEBIH FOKUS KEPADA KECERDASAN INTELEK

"Teacher, saya hanya mahu Didi cemerlang dalam akademik. Minat dia dalam art and craft tidak penting. Pada saya ia tiada value. Saya mahu dia berjaya seperti abang-abangnya. Saya tidak boleh terima keadaan dia sekarang. Lima tahun masih tidak boleh menulis dengan kemas. Tidak kenal huruf a b c. Apa tah lagi membaca. Exercise menulis nombor 1 hingga 20 bagi kanak-kanak 5 tahun terlalu rendah silibusnya. Kesian kanak-kanak yang lain. Silibus yang digunakan tidak mencabar minda kanak-kanak." Si Pemanggil terus menghemburkan kata-kata. Tiada ruang untuk ku menerangkan duduk perkara Justeru itu aku menasihati diri agar menjadi pendengar yang baik. Menyabarkan hati agar lebih empati. Namun menggesa minda berfikir pantas mengutip ilham dan hidayah Illahi. Pada masa yang sama tangan kanan ku dikerah membuat catatan persoalan pokok yang perlu ditangani. Malangnya segala penjelasan menambahkan ketegangan. "Puan, bagaimana perasaan Puan ketika membantu Didi menulis 1 hingga 20?" Sepi. " Puan ada perhatikan bagaimana reaksinya apabila diminta memegang pensil?". Aku mencelah tegas. Tanpa memberi ruang lagi kepada Si Pemanggil menghemburkan kata-kata yang menidakkan progress pencapaian pendidikan Didi anaknya. Sesungguhnya Didi (bukan nama sebenar) menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan persekitaran di tadika. Oleh kerana masalah tantrum yang serius. Ada pada suatu tahap hingga mencederakan diri dan saya sendiri. Insiden ini berlaku ketika meronta untuk melepaskan diri dari pelukan saya, dia menggigit tangan saya hingga berdarah serta mencakar lengan saya. Kemudian dia menggigit lengan tangannya sendiri hingga lebam kemerahan. Lalu menampar-nampar mukanya hingga berdarah hujung bibir. Sungguh tragis. Masuk bulan ke enam persekolahan baru beliau dapat menyesuaikan diri dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran serta fizikal. aLHAmdulillah. Apabila Didi telah sedia dan memiliki minat untuk belajar, segalanya mudah untuk aku merangsang dan membimbingnya. Baik dalam pembelajaran mahupun bersosial. HASILnya Didi boleh membaca, menulis, menggira dan menaakul tetapi dengan bantuan orang dewasa DAN rakan-rakan. Bagaimanapun Didi ada keistimewaan. Dia seorang anak didik yang berbudi, ringgan tulang dan mudah menghafal ayat-ayat Al Quran. Malang sekali Si Ibu tidak mensyukuri anugerah Illahi tersebut. Sering aku mengingatkan diri, tanggungjawabku adalah kepada pendidikan, bimbingan dan pengasuhan akhlak anak-anak. Bukannya untuk memenuhi keinginan ibu bapa yang mahu anak mereka hidup seperti dalam imaginasi dunia mereka. Dan bukannya masa depan anak-anak tersebut.

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...