Isnin, 19 Disember 2016

Anda adalah pemimpin. Mana ada, saya cikgu biasa aje..Jom, kita lihat dalam cermin diri.

Salam sejahtera.

Percayakah, bahawa anda adalah seorang pemimpin?.
Sedarkah bahawa Anda mempunyai team pengikut anda sendiri?.

Yakinilah bahawa anda adalah insan luar biasa di atas.
Kerna anda insan terpilih untuk memikul tanggugjawab cikgu,  atau pendidik. Juga Pemimpin kepada diri dan kawan setugas.

Masih tidak percaya bahawa anda adalah seorang pemimpin?

Sebenarnya tanpa anda sedari, Anda telah melaksanakan sebahagian tugas sebagai PEMIMPIN.  Antaranya seperti,
- memimpin diri untuk menjalankan tanggujawab selaku Khalifah Allah.
- mengajak ahli keluarga melakukan amalan yang dituntuti Islam dan menjauhi yang dilarang.
- selaku pendidik anda adalah pemimpin kepada anak-anak didik mendekati akhlak Rasulullah S.A.W.
- membimbing rakan atau insan sekeliling dalam melaksanakan tugasan semasa dengan baik.
- anda menjadi rujukan untuk mendapatkan pandangan dan khidmat sokongan rakan dan kenalan.
- anda menjadi pengikut yang positif kepada ketua organisasi.  
- anda berupaya memberi impak kepada kemenjadian anak-anak murid.
- pandangan anda jadi pautan sebilangan rakan sekerja.

Sesungguhnya anda pemimpin yang bersahaja.  Pemimpin yang efektif.  Hendak tahu kenapa?  Oleh kerana anda memiliki ciri-ciri ini.  Antaranya adalah;
- anda tidak bossy.
- kehadiran anda disenangi.
- anda mudah didekati.
- anda sedia memberi telinga, hati dan hadir diri kepada keluh kesah rakan di sisi.
- anda sedia membimbing dan dibimbing dengan ikhlas hati.
- anda sabar dan saling bertoleransi.
- walaupun panik anda berupaya tenang dan merangka cara alternatif mengatasinya.
- anda kenalpasti rakan potensi untuk membangunkan kecemerlangan organisasi.
- anda berupaya mengatasi kelompok yang membenci secara diplomasi.
- anda sentiasa self-talk memotivasikan diri untuk meneruskan misi khidmat bakti.
- anda membina team di setiap posisi bagi melaksanakan tugas yang diberi.
- anda memiliki naluri memcipta pemimpin masa depan dalam organisasi.
- anda memiliki falsafah kepada rezeki berkat untuk dimiliki.
- kehadiran anda menjadi sumber inspirasi.
- anda tidak memerintah, namun melakukan kerja bersama mereka.
- kekadang melakukan sendiri kerja yang team tidak lunaskan dengan rela hati.

Mungkin anda  berfikir... Bagaimana Anda mampu melakukan semua itu?
Jawapannya adalah Anda sering muhasabah diri kepada Ilahi.  Hanya Allah yang menjadi saksi setiap kerja yang dilakukan setiap hari.  Justeru itu anda tidak menjadi pahat dengan penukul.  In Shaa Allah, apabila anda menjadikan kerja sebagai suatu amanah maka anda melaksanakan tugasan itu dengan nawaitu demi Allah.  Sungguh pun jawatan kecil, Masya-Allah perincian pengalaman jika disuluri satu-persatu, nikmatnya seperti ketua jabatan dalam organisasi.  Asas resume pengalaman kerja ini perlu disyukuri.  Yakinilah ia bakal menjadi batu loncatan suatu hari.  Aamiin.

Usah pandang ringan dengan pengalaman bekerja sebagai Cikgu Tadika atau Cikgu Taska.
Jikalau kita berfikir di luar kotak.
#sukajadicikgutadika



Sabtu, 17 Disember 2016

Titik-titik >>> conteng >>> tiru bentuk simbul ....sebut/cerita ..... lukis, tulis dan warnakan

Salam ukuwah.

Bagaimana cara anda memotivasikan anak-anak didik untuk  menulis?

Pada  awal penglibatan saya dalam dunia pendidikan, saya mulakan aktiviti asas menulis dengan;
- menggoyak kertas helaian majalah lama.
- menggentel kertas.
- melakar jari telunjuk di atas garam/ pasir halus/ anggota badan serta permukaan meja juga lantai.
- melakar tanah menggunakan ranting.
- membuat gerak lazy eight di udara.
- mengulangi lurik garisan atau titik-titik bentuk huruf dalam petak mula dengan a hingga z.

Kaedah mengulangi lurik garisan atau titik-titik bentuk huruf dalam petak amat meninggalkan kesan ngeri kepada anak-anak yang belum sedia untuk belajar.  Ramai ibu bapa keluh kesah kerana anak-anak enggan ke tadika atau meragam awal pagi apabila mahu dihantar ke tadika.

Saya tidak mahu menyeksa emosi anak-anak.  Saya anak-anak didik riang ria dan gelak ketawa serta aktif dan cerdas apabila bersama mengikuti aktiviti di tadika.

Maka saya explore aktiviti alternatif ini sebagai tambahan dalam proses asas menulis.  

Saya menggunakan pensil warna dan buku latihan garis tiga.  Pemadam pensil TIDAK boleh digunakan.  Setiap kesilapan biar kekal.  Tetapi anak-anak perlu terus cuba hingga berjaya melakukan tugasan yang diberi.

Saya akan beri 😊😊😊😊 stiker pelbagai warna atau cop smiling akan dilekatkan di mukasurat buku latihan mereka antara bilangan 3 hingga 5.  As a reward.  Individu anak didik yang cemerlang akan menjadi assistant saya membantu kawan-kawan yang lemah.  Mereka ini akan diberi gelaran Cikgu/Doktor/Profesor.

Antara assisgment yang anak-anak perlu lakukan adalah;

- buat 3 dot menggunakan warna yang sama.  Kemudian tukar warna yang lain. 
Objektifnya adalah untuk menggukuhkan cara memegang pensil.  Pada masa yang sama anak-anak melakukan asas mengira dan mengenal warna. Kemudian saya minta anak-anak sebutkan nama objek yang ada dalam kelas yang sama warna, lantas membilang jumlahnya.  

-conteng bentuk paten yang mereka suka menggunakan pelbagai warna. Lepas itu mereka tafsirkan contengan tersebut kepada rakan-rakan.
Objektifnya untuk membina keyakinan diri anak-anak.  Di samping itu saya membina kemahiran bahasa dan komunikasi anak-anak.  Sesi ini amat menarik minat saya untuk mengenalpasti potensi anak-anak yang boleh diketengahkan bagi membuat persembahan pada Majlis Graduasi Tadika.

-meniru bentuk simbul huruf perkataan bermakna dan lukis gambar berkaitan dengannya.  
Misalnya ; 
👀 
mata
Objektifnya untuk membantu anak menulis, melukis dan membaca.

Alhamdulillah, kaedah ini membantu anak-anak didik saya boleh menulis, melukis, membaca dan menyuarakan pendapat dengan perbendaharaan kata yang tersusun.

Oleh yang demikian selaku pendidik, kita perlu meneroka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan dan tahap kebolehan anak-anak didik.  Jadilah guru yang kreatif dan inovatif demi kemenjadian anak-anak murid.  Baru le... ada keseronokan menjadi pendidik awal kanak-kanak. So, no strees dalam diary hidup.   Kerana setiap yang kita lakukan ada objektif yang hendak dicapai. Itu KPI kita.

Jumaat, 16 Disember 2016

Over Sayang.....

#ceritaanakdidik.
Salam ukuwah.
Saya mengganggap anak-anak didik seperti anak saya sendiri.  Manakala para ibu bapa sebagai ahli keluarga.  Maka pemasalahan anak-anak kami saling bekerjasama memantau dan membimbing mereka secara berterusan.  Bagaimanapun perihal Airil (bukan nama sebenar)  saya memang over sayang dan prihatin.  Kenapa?  Bacalah kisahnya...
***
Airil ini memang suka bermain di bawah meja.  Kemudian gemar pula buat pensil warnanya bertaburan di atas lantai.  Biasanya Fatin, Danish, Akmal dan Hafiz akan senyum saja.  
Tetapi saya akan pujuk Airil untuk duduk di kerusinya.   Sikap Airil yang seperti kanak-kanak berusia 3 tahun ini memang mengganggu ketenteraman kelas.  Walhal usia sebenarnya adalah 5 tahun.  
“Cikgu, kami risau dengan Airil dah 5 tahun masih tidak tahu bercakap, tidak boleh membaca dan menulis lagi.”  Ujar Puan Suraya suatu hari.
“Sikap Airil dan cara bermain banyak persamaan dengan adiknya Rania yang berumur 3 tahun.” Jelas ibu Airil lagi.
Saya tidak putus asa untuk mendekati Airil.  Baik secara pujukan, pujian, pemberian penghargaan seperti memberi stiker juga hadiah pensil serta buku nota.  Namun saya masih tidak berjaya membentuk kesediaan Airil untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
“Cikgu akan telefon Papa Airil.  Beritau Airil koyakkan buku Arissa.”   Suara saya tegas.  Sambil memujuk Arissa yang sedang menangis. 
“Jangan!. Tak nak Papa. Cikgu nak tulis.”  Jerit Airil.  Dengan tangisan.
Saya terus memeluk Airil. Bahagia kerana Airil boleh bercakap buat pertama kalinya.

Alhamdulillah.  Saya merasa amat bersyukur dengan perkembangan tersebut.  Kini Airil sudah boleh membaca, menulis dan menghafal Surah Lazim.  Juga berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan di tadika. 

Gara-gara Bersilat Dalam Kelas

#ceritacikgutadika
Salam ukuwah.
Teman yang budiman.
Sedar tak bahawa dalam diri setiap guru tadika perangainya gila-gila.  Atau kebudak-budakan.  Betul tak?
Sikap keanak-anakan perlu ada dalam diri guru tadika.  Tidak kira berapa umur anda.  “Cikgu Oni ni macam budak-budaklah”. Gelak Hanis apabila saya main silat dengan anak-anak didik.  Oleh kerana hendak menunjukkan bahawa orang Melayu ada gerak mempertahankan diri.  Ia dikenali sebagai silat.  Pahlawan Jepun, Ninja dikenali sebagai karate.  Kanak-kanak  seronok belajar daripada perlakuan dan penglibatan.
Namun keriangan tersebut meninggalkan pengalaman ngeri pula.  Apabila seminggu selepas itu Puan Sabariah memarahi saya kerana anaknya Haziq memberitau bahawa saya menendang di perutnya. 
“Ya Allah!!!.  Sudah hilang akalkah saya hingga saya akan berbuat demikian kepada anak puan?” Dengan sedih saya bertanya Puan Sabariah.
Kemudian saya menjelaskan aktiviti main-main silat dalam kelas.  Namun ia berjalan dengan gelak-ketawa.   “Haziq, bestkan kita main-main silat dengan kawan-kawan”.  Haziq tersenyum.  “Ada ke cikgu tendang Haziq?” Haziq tunduk.  Perlahan-lahan geleng kepala.
Lalu saya memangku Haziq.  Memuji dia yang selalu cakap benar dan selalu tolong cikgu serta kawan-kawan.  Akhirnya dia beritau perutnya terkena bucu katil semasa hendak menangkap Putih, kucingnya.
Alhamdulillah, sejak peristiwa itu Puan Sabariah mulai ramah dan lebih prihatin akan perkembangan pembelajaran anaknya Haziq.  
Saya pula sentiasa berwaspada dengan individu anak-anak didik dan ibu bapa.  Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Pada masa yang sama saya amati bahawa sikap tenang dan jujur In Shaa Allah mampu menyelesaikan masalah. 


Selasa, 13 Disember 2016

PENDIDIK : BERSIH JIWA IKHLAS HATI ANAK DIDIK DICINTAI DINNULISLAM DIAMALI

Salam Ukuwah semua.

Cuba tanya diri.  Adakah...

Saya kemas kelas/tempat kerja dengan relahati?
Saya membersihkan kelas/tempat kerja kerana tahu Allah dan Rasullullah cintai perkara yang bersih lagi menyucikan?
Saya sering memastikan diri, barang kepunyaan dan tempat kerja.persekitaran bersih, kemas serta cantik?

Jawap soalan tersebut dengan jujur dan ikhlas.
In Shaa Allah anda akan mendapat cara kerja yang lebih strategik 2017.
Malah anda mampu membina empayar dalam industri ini.

Isnin, 12 Disember 2016

Kenapa malas membersih, mengemas dan menggemop?

"Kebersihan itu separuh daripada Iman".

Semua kita hafal penyataan di atas.
Lazimnya kita suka kepada kebersihan.
Oleh kerana kebersihan itu indah.
Kebersihan itu adalah persekitaran yang kemas, menyenangkan kepada pancaindera kita.  Iaitu selesa mata memandang. Sedap hidung menghidu.  Kotoran habuk tidak kelihatan.

Keadaan tersebut di atas merujuk kepada persekitaran fizikal logistik.  Misalnya suasana persekitaran sudut atau bilik aktiviti serta kelas.  Termasuklah persekitaran luar dan dalam institusi taska, tadika serta prasekolah.

Masalahnya kini, majoriti junior Pendidik Awal Kanak-Kanak yang terlatih dan berlatar belakang lulusan pendidikan tinggi jijik untuk melakukannya.  Kenapa?  

Pendidik Awal Kanak-Kanak VS Amah

Salam Ukuwah.

Saya terpanggil untuk membicarakan hal di atas.   Ekoran pandangan masyarakat yang amat prajudis akan khidmat profesion Pendidik Awal Kanak-kanak (PAKk).  Ia mencakupi PAKk yang berkidmat di taska, tadika juga prasekolah.  

Mari kita renungkan secara umum tugasan antara seorang PAKk  dengan amah.

Tugasan Seorang PAKk adalah seperti berikut:
1.  Bertanggungjawab keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.
2.  Perlu merangka dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap umur,          kebolehan dan kesediaan individu kanak-kanak.
3.  Membuat pemerhatian dan merekodkan pencapaian perkembangan kognitif, sosio-emosi, fizikal          termasuklah motor kasar dan motor halus serta nilai-nilai akhlak kanak-kanak.
4.  Mereka akan berkongsi maklumat pencapaian kanak-kanak dengan pengusaha, ibubapa serta              penjaganya.
5.  Mereka turut menjaga diet kanak-kanak.
6.  Mereka memahami matlamat visi dan misi kanak-kanak adalah Khalifah Allah, PERMATA                Negara dan pelapis pemimpin masa depan negara bangsa Malaysia.

Manakala tugasan Amah hanya seperti di bawah;
1.  Menjaga keperluan asas kanak-kanak.

Jelas bahawa khidmat PAKk lebih menyeluruh dan holistik berbanding amah atau pembantu rumah.  Walaupun mereka melakukan tugas cebuk berak dan mandi budak.

Oleh yang demikian, saya menggesa para ibubapa berbudi bahasa dan hargailah khidmat PAKk anak-anak anda.

Kepada para Pendidik Awal Kanak-kanak (PAKk) marilah kita santuni anak-anak syurga dengan akhlak budi pekerti Nabi Muhammad Sollaullah hu Alaihiwasallam.  In Shaa Allah kita mendapat rezeki yang barakah.  Anggaplah segala cabaran dan masalah semasa bertugas sebagai suatu hidangan enak di Jannah kelak.  Aamiin. 





Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...