Khamis, 16 Oktober 2008

KERJA SUKARELA



Zaman sekarang ramai orang kata kerja sukarela tidak relevan lagi. Oleh kerana mereka mempersoalkan 'no money no talk'. Tetapi ingatlah jodoh, maut dan rezeki adalah ketentuan-Nya. Yang penting keberkatan. Kemudian kita merasa kepuasan dengan sumbangan khidmat bakti yang mampu menjana perubahan kepada golongan yang dibantu. Walaupun perubahan daripada murung kepada ceria.




Suatu perubahan yang kecil namun tetap bermakna kepada mereka yang kesepian dan perlukan perhatian kasih sayang insan lain.


KESUKARELAAN

KESUKARELAAN melibatkan individu yang menabur bakti. Individu ini dikenali sebagai sukarelawan. Perjuangan khidmat bakti mereka membantu insan lain yang amat memerlukan bantuan pula dipanggil kesukarelaan.


Falsafah asal kesukarelaan merujuk kepada kerja tanpa ganjaran. Bagaimanapun dewasa ini, atas desakan hidup pelbagai pihak yang melakukan khidmat sosial atau terlibat dalam perkhidmatan pembangunan masyarakat atau kepimpinan NGO telah mula mempertimbangkan saguhati di atas titik peluh sukarelawan yang bantu mereka. Seperti pemberian tambang, elaun makan minum dan duit poket. Walaupun kecil namun ia tetap dihargai oleh si penerima iaitu sukarelawan.


Inilah tanda penghargaan yang perlu.


Sungguhpun demikian etika khidmat sukarelawan menekankan standard profesionalisme dalam kerja perlulah tip-top.

Rabu, 15 Oktober 2008

RUMAH NUR SALAM, Chow Kit

RUMAH NUR SALAM .. http://www.chowkids.org/ adalah sebuah hasil perjuangan 3 orang sukarelawan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) ... http://www.salam.org.my bagi menjana perubahan bermakna kepada kanak-kanak Chow Kit dari belenggu kedaifan dan rantai kehidupan generasi keluarga yang terjebak dalam kancah masalah sosial.

Mereka adalah Dr Hartini, Raja Azizan Suhaimi dan Kak Arfidah.

Saya merasa bertuah diberi tanggungjawab memantau dan bersama-sama mereka dalam proses penubuhannya.

Itulah bertuahnya bekerja di organisasi sosial seperti SALAM.

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...