Sabtu, 13 Jun 2015

PENDIDIK PENJENAMAAN NEGARA BANGSA

Dinihari ini saya ingin berkongsi petikan berikut;

Ahmad Barizi, editor buku Holistika Pemikiran Pendidikan A. Malik Fadjar, menguraikan bahwa pendidik yang profesional tidak saja knowledge based, tetapi lebih bersifat competency based, yang menekankan pada penguasaan secara optimal konsep keilmuan berdasarkan nilai-nilai etika dan moral.[27] 
Terlintas dalam kotak ingatan bahawa ESQ dan EQ amat membantu kecemerlangan hidup seseorang secara holistik.  Penyataan di atas turut mengetuk kesedaran selaku pendidik awal kanak-kanak aku perlu membina potensi diri anak-anak didik seawal usia menggunakan pendekatan kepelbagai kecerdasan - Horward Gadners.  

Bahkan pendidik mesti melaksanakan konsep humanisme religius. Humanisme religius adalah pengembangan individu dalam rangka menerapkan dan meraih tanggungjawab  (istikmal atau perfection), sehingga ucapan, cara bersikap dan tingkah laku guru ditunjukkan agar peserta didik bisa menjadi insan kamil yakni sempurna dalam kaca mata peradaban manusia dan sempurna dalam standar agama.[28]

Kenyataan di atas menegaskan bahawa pendidik adalah jurutera insan rabanni.   Jadi selaku pendidik perlu celik mata hati.  Dan mempunyai misi jihad untuk melahirkan pelapis bakal-bakal ulama dan cendekiawan Islam.

Oleh kerana kita perlu menjadikan gedung ilmu sebagai amalan sedekah ibadah fardhu kifayah memakmurkan alam.
Kecemerlangan akademik belum bermakna kecemerlangan kehidupan. Semata-mata berpaksikan kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada sifat-sifat kejahilan, kebebalan dan kehaiwanan. Guru bertanggungjawab memastikan bahawa ilmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pintar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah insan yang diharapkan mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepentingan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman.

Semoga  kita  mampu menjadikan diri sebagai model dan pusat anutan (centre of self-identification), teladan, dan konsultan bagi  anak-anak didiknya,   Dengan harapan mereka adalah pewaris kemerdekaan yang mampu bertanggungjawab dalam membangun peradaban  pada  masa depan (civilization of the future).[31

Semuanya bermula dengan niat suci
Bismillah Hirohman Nir Rohim
Perkenankan Ya Allah
Amin. 




ETIKA GURU PRASEKOLAH


Salam sejahtera semua.

Kebelakangan ini saya amat terpanggil untuk mencari maklumat berkenaan ETIKA KERJA PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK.  Secara peribadi maklumat tersebut amat penting sebagai alat pengukur penanda aras nilai khidmat asuhan dan didikan sepanjang tempoh berkhidmat ini.  

Syukur Alhamdulillah pencarian maklumat ada terkandung dalam nukilan Izzah Khalil dan Adilah. Di sini saya akan kongsikan secara ringkas.  Bagaimana saya hanya memfokus kepada intipati maklumat berdasar kesesuaian bagi keperluan untuk saya merangka strategi ke arah memandapkan lagi mutu khidmat budi kepada anak-anak didik.  

Anak-anak didik kita ini adalah  KHALIFAH ALLAH.  Mereka ini adalah bidadari syurga yang telah diamanahkan kepada kita untuk ditarbiyahkan mereka akan ilmu Dinnul Islam, ilmu fardhu Ain, amalan sunnah Nabi Muhammad Sollallah Alaihiwasallam.  Termasuklah ilmu kemahiran bermasyarakat.

Sebelum menyusuri lebih jauh, suka saya petik maksud  perkataan ETIKA .  

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, Etika adalah nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan persatuan atau pekerjaan.

1.     Kod Etika Perilaku  Guru  Prasekolah

Adakah anda seorang guru  prasekolah  yang baik?   Setiap pendidik awal kanak-kanak perlu sentiasa membuat refleksi.  

Perkara yang sangat mustahak kepada seorang guru prasekolah adalah :   
  •       Melekakkan kanak-kanak dan keluarga mereka sebagai fokus yang utama. Kanak-kanak  adalah kanak-kanak, mereka perlu diterima, dihormati  dan dilayan dengan cara yang terbaik.
  •         Anda sentiasa menunjukkan  kelakuan yang  mengambil berat  tentang mereka. 
  •       Kita perlu senyum, ketawa, bercakap dengan kanak-kanak, berjenaka dengan kanak-kanak, meletakkan tangan  pada bahunya, duduk bersama  mereka, dan memeluk mereka jika perlu dan  memberitahu  kanak-kanak bahawa anda sangat mengambil berat terhadap mereka.

                  
                        
2.  Etika Tanggungjawab  Kepada  Kanak-Kanak

Selaku seorang pendidik kanak-kanak adalah  wajar kita mempunyai ciri-ciri profesional seperti berikut:
  • Peka terhadap perasaan  kanak-kanak dan kualiti kanak-kanak berfikir.
  • Lebih mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan keselamatan kanak-kanak
  • Sedia mendengar  suara hati kanak-kanak dan memahami mereka.
  • Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada kanak-kanak.  
  • Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan  dan memaksimakan  komunikasi  bersama           kanak-kanak.
  • Sentiasa  melindungi hak kanak-kanak.
  • Bersikap adil terhadap setiap individu kanak-kanak tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
  •  Menerima kanak-kanak sebagai individu  yang berbeza dan menggunakan aspek yang positif  dalam  kumpulan kanak-kanak.
  • Membuat kawalan yang baik daripada membuat  ugutan (threatening).
  • Memberikan perasaan yang responsif, sentiasa memberi galakan  dan memberi peluang kejayaan kepada kanak-kanak serta memberi sokongan  apabila mereka dalam keadaan  yang kebingungan dan  keliru.
  • Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak.
  • Membawa unsur kecindan (humor) dan daya imaginasi  dalam kumpulan.
  • Meningkatkan dan memaksimakan komitmen  terhadap kekuatan dan potensi kanak-kanak. 
  • Membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu tahap penguasaan kemahiran mengikut tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran mereka.
  
3.    Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa           

Pendidik awal kanak-kanak juga mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga kanak-kanak seperti:
  • Sebagai seorang guru anda adalah seorang manusia yang mementingkan manusia lain. 
  • Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
  • Kita mempunyai etika tanggungjawab untuk merahsiakan semua maklumat mengenai kanak-kanak dan keluarganya kecuali yang berhak mengetahuinya. 
  • Kita tidak boleh menceritakan  hal kanak-kanak di hadapan ibu bapa mereka, kerana ini akan merosakkan konsep kendiri kanak-kanak.
  • Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
  • Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak  mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
  • Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
  • Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

4.    Etika Tanggungjawab  Kepada Masyarakat

Pendidik  adalah role model kanak-kanak dalam masyarakatnya.  Justeru itu nilai-nilai budaya kesopanan perlu didedahkan kepada kanak-kanak.
  • Guru pendidikan awal kanak-kanak  harus memupuk kesantunan  diri kepada kanak-kanak di bawah  jagaannya supaya menghormati  ibu bapa dan orang yang lebih tua
  • Mengelakkan diri mengajar kanak-kanak tentang ajaran yang  bertentangan dengan adat  dan budaya  masyarakat.
  • Berpegang kepada tingkah laku  yang sopan dan diterima  oleh masyarakat.
  • Mempamerkan  bahasa pertuturan yang baik untuk  menjadi ikutan  kanak-kanak dan  keluarga.
  • Menunjukkan cara berpakaian  yang sopan  dan  terpuji.
  • Menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggung jawab sebagai seorang warganegara dan sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
  • Mengelakkan diri dari melakukan  perbuatan yang sumbang pada mata masyarakat.
  • Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
 
5.     Etika Tanggungjawab Terhadap Pentadbir

Guru mempunyai  etika dan tanggungjawap kepada pentadbir atau guru besar atau pengurus di premis nursery  iaitu :
  • Sentiasa patuh kepada arahan  perkhidmatan  atau arahan guru besar dari masa ke semasa. Contohnya arahan  menepati masa datang dan waktu  balik sangat penting.
  • Guru  mesti datang awal sebelum kanak-kanak datang.ke sekolah. Guru tidak boleh  balik sebelum kanak-kanak semua balik ke rumah masing-masing.
  • Guru  perlu menunggu  kanak-kanak sehingga ibu bapa  mereka menjemput mereka balik.
  • Jawatankuasa pentadbir perlu menetapkan  masa paling lewat untuk mengambil anak mereka dan sekiranya  lewat perlu dimaklumkan lebih awal dan  bayaran  lebih masa perlu dikenakan  mengikut jam yang ditetapkan.
  • Guru tidak boleh meninggalkan  kanak-kanak tanpa guru lain atau pembantu. Kita perlu sentiasa hadir bertugas bersama kanak-kanak.
  • Segala kelengkapan dan perabut yang dibeli dan digunakan perlu direkod dan dilaporkan kepada pentadbir dari masa kesemasa.
  • Guru  hendaklah membuat permohonan kepada pentadbir sekiranya hendak membawa kanak-kanak untuk aktiviti lawatan dan mendapatkan keizinan  dari ibu bapa atau penjaga tentang lawatan yang hendak dilaksanakan.
  • Segala perkara yang melibatkan kewangan perlu mendapat arahan dari pentadbir, dan sekiranya memungut  yuran atau sumbangan wang perlu diserahkan kepada bahagian kewangan sekolah.
 
 6.     Etika Tanggungjawab  Selaku  Pekerja
 
Guru dan Pembantu tadika adalah menjadi ahli dan rakan sejawat  kepada  anda dalam melaksanakan  aktiviti–aktiviti  di prasekolah/ tadika/ taska. Anda yang menentukan senarai tugas dan agihan tugasan yang perlu dilakukan setiap hari di prasekolah/ tadika/ taska. Antara tugas yang yang mesti dilakukan oleh  pekerja adalah seperti berikut:
  • Mempastikan  prasekolah sentiasa bersih  dan kemas di dalam dan di luar bilik darjah. Contohnya mengelap lantai  bilik darjah setiap hari selepas kanak-kanak  meninggalkan bilik darjah.
  • Pembantu guru (khusus tadika/taska kerajaan) - Memasak makanan mengikut  menu yang anda ditetapkan pada setiap hari. Anda memastikan makanan yang dimasaknya  sentiasa bersih dan cara masak yang sesuai dengan selera kanak-kanak iaitu tidak pedas dan elakkan keracunan makanan.
  • Sentiasa hormat kepada pekerja dan menjaga kebajikannya
  • Anda perlu  membimbing pekerja  supaya  memahami psikologi kanak-kanak dan bekerjasama dalam melaksanakan saranan yang positif untuk kanak-kanak melakukannya  contohnya sentiasa mengucapkan terima kasih, menghormati orang tua dan memuji sekiranya kanak-kanak melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan terpuji.



Saya berpendapat selaku pendidik awal kanak-kanak sama ada guru tadika swasta atau pengasuh di taska juga pengusaha taska di rumah disarankan mematuhi kod etika ini.  Jadikan ia sebagai garis panduan budaya kerja yang profesional.   Dengan adanya garis panduan di atas, kita merasa  kerjaya bidang pendidikan awal kanak-kanak setanding dengan bidang kerjaya yang lain.  Secara tidak langsung kita memulakan langkah memartabatkan nilai kerjaya bidang ini pada mata masyarakat.


Sumber Rujukan:

http://www.slideshare.net/izzahkhalil/kod-etika-guru-prasekolah

 http://adilahskap.blogspot.com/2012/12/etika-guru-prasekolah.html

Khamis, 11 Jun 2015

CIKGU... GURU .... PENDIDIK .... DAIE ..... MURABBI... UMMAH NABI MUHAMMAD S.A.W.

hati berdetik
menginsafi diri
dalam hening dinihari

hati terus berdetik
nurani  iman
meratap  sembah mohon keampunan kepada Maha Pencipta

nurani kalbu ku
memohon barkah kepada Maha Rahmah

nurani keibuan ku
meminta hidayah kepada Robbul Izzati

kerna
aku 
hamba yang kerdil
kerna aku insan serba kekurangan
kerna aku tidak lengkang dengan hilaf 

Ya  Allah berikanlah daku hidayah dan petunjuk
pada setiap detik nadi hidupku
hanya ke jalan benar
perteguhkan iman 
dan 
Ad Din Nul Islam
jadi amalan budaya kehidupan

Amin Ya Robbalalamin.



Komponen Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak

Umum menyatakan perkembangan sosioemosi kanak-kanak berlegar kepada kebolehan mereka menguruskan perasaan dalaman.  Ia mencakupi menzahirkan perasaan gembira, marah, sedih, kehendak,  kemahuan serta keperluan fisiologi mereka.  Jikalau dirujuk kepada kanak-kanak berusia 2 tahun misalnya.  Belian akan ketawa menyatakan keseronokan atau gembira.  Ada ketikanya beliau akan membaling mainan bagi menunjukkan perasaan marahnya.  Yang pasti mereka akan menangis jikalau merasa sedih.  Tetapi kadangkala jikalau merasa sakit atau takut atau rasa tidak selamat, kanak-kanak   pada awal usia juga akan menangis.  Pada situasi begini, kita selaku orang dewasa perlu  sensitif dan peka akan maksud reaksi kanak-kanak terhadap  persekitarannya.

Oleh yang demikian Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang.   Di mana kanak-kanak berupaya menyatakan maksud tindakan ekspresi body language dan penyataan perasaan dalamannya agar difahami oleh orang disekelilingnya secara harmonis.   Secara langsung kanak-kanak belajar berinteraksi sosial dengan individu lain dalam setiap detik alam kehidupan.  Pengalaman dan rangsangan yang positif zaman kanak-kanak ini akan membantu dia menjadi seorang dewasa yang  berakhlak budi pekerti, berkeyakinan dan berketrampilan.

Justeru itu Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam urusan kehidupan harian dan kelak pencapaian pembelajaran mereka.

Kanak-kanak apabila rasa selamat
Dia akan ceria
Dia akan meneroka persekitarannya
Dia akan yakin untuk berbicara
Dia akan gembira berseloka
Dengan datuk nenek, ibu ayah, guru,  rakan dan siapa sahaja
Dia akan seronok bercerita apa yang dirasa
Dia akan riang bermain  mengecapi setiap detik kehidupan dengan bahagia dan sejahtera
Bersama rakan sebaya
Ingat wahai orang dewasa
Bermain
Membantu kanak-kanak memahami dunia orang dewasa
Kerana bermain memberi pengalaman bermakna

Dengan bermain kanak-kanak membina pengetahuan dan pengalaman.


Ahad, 7 Jun 2015

PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK MEMBENTUK GENERASI MASA DEPAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Oleh yang demikian para pendidik awal kanak-kanak sama ada di TASKA dan tadika perlu mengambil usaha yang lebih gigih secara kreatif untuk mengembangkan potensi anak-anak didik pada awal usia di bawah enam tahun secara holistik berasaskan akhlak sunnah Rasulullah s.a.w. dan berpaksikan tauhid kepada Allah.

Justeru itu para pendidik awal kanak-kanak perlu mengkaji kaedah pelaksanaannya yang bersesuaian dengan tahap kesediaan anak-anak didik.


Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...