Khamis, 26 April 2012

Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan

Apa itu Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan?

Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga dikenali sebagai  Kurikulum PERMATA atau Kurikulum Kebangsaan (KK).

KK menjadi garis panduan standard bagi pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengasuhan bagi peringkat  kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.   Sewajabnya ia diaplikasikan di semua TASKA seluruh negara.  Pada pemerhatian penulis KK masih tidak menyeluruh pengamalannya.  Khasnya pengusaha TASKA swasta atau persendirian.   Mereka pernah membaca atau terdengar Kurikulum PERMATA.  Namun majoriti di kalangan mereka masih tidak mendapat latihan mengenainya.   

Bagaimanapun itu bukan penghalang untuk anda menerokai isi kandungan KK.   Di mana ada kemahuan di situ pastinya ada jalan.

Baiknya KK ini ia telah menjelaskan skop fokus kepada 6 bidang pembelajaran dan 1 aspek pengasuhan lengkap.

(a)   Bidang Pembelajaran ialah;
1.  Perkembangan sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian
2.  Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
3.  Perkembangan pra-matematik dan pemikiran logik
4.  Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
5.  Perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri
6.  Perkembangan estetika dan daya kreatif

(b)  Bidang pengasuhan dan penjagaan yang meliputi;
1.  Keselamatan
2.  Pemakanan seimbang
3.  Amalan pengasuhan
4.  Penjagaan bayi dan kanak-kanak

Pada pendapat penulis, bagi pengusaha TASKA yang telah jadual perancangan aktiviti 'play group/play school'  tidak menghadapi masalah kerana saya yakin anda telah memiliki strategi bidang pembelajaran seperti yang terkandung dalam bahagian (a) di atas.  Manakala bahagian (b) anda memang telah melaksanakannya dengan baik kerana itu adalah 'core business' anda di TASKA.

sAYUGIA dinyatakan di sini, ramai di kalangan anda masih lemah dan kurang cekap dari segi aspek berikut;
  • Pedagogi pembelajaran menerusi permainan, penerokaan yang berfokus dan terancang mengikut kesediaan tahap peringkat umur kanak-kanak.  Di mana kanak-kanak belajar melalui kaedah mencuba, memikirkan sesuatu dan bertanya  pelbagai perkara.  Dapatan dan pengalaman perkongsian idea serta pendapat di antara rakan sebaya dan pendidik membantu kanak-kanak untuk bersedia memahami sesuatu perkara dalam sudut pandangan yang lebih luas.  Hasil pembelajaran tersebut seterusnya menjadi penyambung kepada proses pembelajaran seterusnya.

                  
  • Melaksanakan penaksiran perkembangan kanak-kanak melalui pelbagai teknik yang mengambarkan prestasi kanak-kanak yang sebenar.  Para pendidik perlu merekodkan setiap peringkat penilaian perkembangan kanak-kanak sama ada melalui pemerhatian daripada aktiviti yang dirancang atau menerusi pencapaian hasil pemerhatian senarai semak perkembangan atau catatan journal (enakdote).    Di mana hasil dapatan penaksiran pencapaian tahap perkembangan kanak-kanak adalah daripada sumber-sumber yang terbukti kesahihannya.  Malah bukti-bukti yang diperolehi daripada sekitaran yang sebenar dan daripada pelbagai situasi yang boleh mencerminkan prestasi sebenar kanak-kanak.

Pada pendapat saya 2 aspek yang memfokuskan pemerhatian klinikan dan perekodan jikalau dapat dilaksanakan oleh semua warga TASKA dengan berkala maka anda memang layak digelar sebagai penyelidik.  Dokumen anda ini perlu dikreditkan sebagai salah satu kemahiran yang boleh menyokong permohonan anda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.  Oleh kerana kemahiran di atas ada terkandung dalam 2 subjek Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.  Manakala individu yang telah memiliki Diploma dan mahu menlanjutkan pelajaran dalam Ijazah atau Master sudah barang tentu kemahiran dan pengalaman ini amat membantu anda untuk Kerja Tesis kelak.

Bagaimana hendak melakukannya?  Mulakan langkah pertama menggunakan apa yang anda tahu dan mampu lakukan.  
  • Rancang. 
  • Susun rangka fokus pembelajaran dan aktiviti 
  • Sediakan format item pembelajaran dan pentaksiran.  
  • Lakukan pemerhatian.  
  • Rekodkan hasil secara bertulis.   
  • Rekodkan aksi sebenar pemerhatian.
  • Kaji kaitan dengan teori perkembangan kanak-kanak
  • Buat rumusan penemuan
  • Dokumenkan
  • Kongsikan hasil penemuan/dapatan dengan ibu bapa
Mudahkan.  Lakukan dengan rasa penuh keseronokan.  






Sabtu, 21 April 2012

Evolusi Penjenamaan Mutu Perkhidmatan TASKA

Pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak, atau ringkasnya TASKA majoriti adalah golongan wanita.   Bermodalkan wang simpanan  mereka memulakan perniagaan perkhidmatan  pengasuhan dan penjagaan di penempatan rumah ‘corner lot’ baik rumah jenis kos rendah atau ‘semi-D’.


Dengan kepesatan perkembangan ekonomi,  ramai kaum ibu keluar bekerja.  Maka permintaan keperluan perkhidmatan ini semakin bertambah  dan terus berkembang.   Oleh itu anak-anak akan dijaga oleh warga TASKA.   Malah ada ketikanya jangka masa anak-anak  ditinggalkan lebih lama di TASKA daripada di rumah bersama ibu bapa.  Jadi, TASKA kini diibaratkan sebagai penganti peranan ibu bapa.   Atau dikenali juga sebagai ibu bapa ke-dua kepada kanak-kanak.   Malah tahap 'bonding' antara anak-anak dengan warga TASKA dan pendidik cukup rapat dan akrab.


Ironinya walaupun industri ini telah bertapak di Malaysia sejak zaman kolonial, khususnya di kawasan peladangan,  namun pembangunan standard komponen merangsang perkembangan pembinaan insan untuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 4 tahun banyak berlandaskan sekadar  memenuhi keperluan penjagaan dan pengasuhan golongan sasar sahaja. 


Jikalau ditinjau dari  ciri-ciri  kesihatan dan keselamtan juga masih di tahap yang membimbangkan para ibu bapa.  


Bagaimanapun kini telah ada sebilangan kecil pengusaha TASKA daripada golongan generasi Y  yang telah  mengorak langkah melakukan inovasi jihad dalam etika pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak dalam organisasinya.  Mereka sedia meneroka pendekatan proses pendidikan yang disebatikan dengan proses pengasuhan agar perkembangan kanak-kanak dapat berlaku dengan serentak, optimum dan berkesan.   Aspek pengasuhan bayi dan kanak-kanak bawah 4 tahun di TASKA pula diberi nilai tambah  yang lebih progresif dan dinamik.  Ianya meliputi aspek membina hubungan emosi, penjagaan, pemakanan, kebersihan, kesihatan, keselamatan dan keselesaan persekitaran.

Jadi, giliran anda  bila lagi hendak berubah?.

Rabu, 18 April 2012

Jihad Pengusaha TASKA untuk diwarisi generasi akan datang


Selamat sejahtera dan salam bahagia kepada pelayar atau pembaca blog CITRA KALBU.

Sudah beberapa hari saya tidak menitipkan nukilan.  Pada kesempatan entry petang ini saya ingin melontarkan idea untuk wadah pemikiran ummah.  Di mana saya tertarik dengan konsep JIHAD BISNES  (JB) yang dilontarkan oleh mantan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri  Dato’ Muhammad Ali Hashim yang terkandung dalam kertas kerja yang telah beliau bentangkan di KONGRES EKONOMI ISLAM KE-3,  KE ARAH SATU PENDEKATAN STRATEGIK KE ARAH PEMERKASAAN EKONOMI UMMAH  anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia, 2009.

Konsep ini ingin saya suntik dalam konteks bidang pengasuhan awal kanak-kanak atau perniagaan TASKA di Malaysia, umumnya diusahakan oleh individu wanita atau ibu tunggal secara kecil-kecilan sekadar untuk memenuhi tuntutan ekonomi keluarga.  

Menurut beliau, berdasarkan rekod lebih 90 peratus perniagaan orang Islam adalah syarikat milik keluarga, namun daripada jumlah itu hanya 10 peratus yang diwarisi sehingga kepada generasi ketiga. Situasi ini berbeza dengan perniagaan keluarga di Barat, Jepun dan Korea, yang mana syarikatnya berkembang sehingga menjadi organisasi antarabangsa, 

Persoalannya, adakah perniagaan TASKA kini menjadi syarikat milik keluarga?  Atau apabila ibu pengasas telah uzur, perniagaan berkenaan akan dijual sahaja?

Katanya  "Syarikat-syarikat milik Islam memerlukan usahawan yang memiliki pemikiran futuristik. Ini penting bagi menyediakan laluan perubahan".

Di sini para pengusaha perlu proaktif dan memiliki perancangan strategik untuk mengembangkan perniagaan dari sebuah syarikat perseorangan menjadi sebuah organisasi rangkaian global. 

Limkokwing University of Creative Technology misalnya boleh menjadi inspirasi kepada para pengusaha TASKA Malaysia memacu diri ke arah usahawan industri pengasuhan awal kanak-kanak.

Insya -Allah menerusi JB, perniagaan TASKA  yang diusahakan  dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang.  

Bagaimana cara untuk mengembangkan perniagaan?  Para pengusaha TASKA perlulah mendapatkan khidmat runding daripada pakar-pakar keusahawanan untuk membuat paper concept tersebut.  Nur Islam yang syumul  dijadi batu asas dan tunggak pengisian yang hendak diperdagangkan.

Nasihat beliau dalam JB, usahawan ditegah meniru bulat-bulat kaedah dan pendekatan umat bukan Islam jika ianya  jelas sekali boleh merosak dan memudaratkan akidah dan kehidupan ummah.  




Selain keuntungan kepada peniagaan yang berusaha bersungguh-sungguh, mereka yang terlibat juga akan dijanjikan rahmat jika perniagaan dilakukan dengan kebajikan dan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan. (riwayat al-Bukhari).

Dimana SALAH SATU matlamat utama  JB adalah MEMPERKAYA DAN MEMPERKASA BANGSA MELAYU DAN UMAT ISLAM SEHINGGA TERCAPAI SASARAN  65% DI PERINGKAT NEGARA DAN MENEBUS MARUAH UMAT ISLAM DI PERINGKAT GLOBAL. (STRATEGI UTAMA: MENERUSI MEMBINA DAYA KEUSAHAWANAN DAN DAYA SAING TINGGI SERTA KEUPAYAAN BISNES BERORGANISASI)

Seruan Jihad Bisnes adalah berdasarkan prinsip ajaran Islam bahawa ”tangan yang memberi 
iaitu tangan yang di atas – adalah lebih mulia daripada tangan yang menerima – tangan yang di bawah!”  Jihad Bisnes juga menegaskan supaya ahli bisnes Muslim akan membina dan menjayakan bisnes mereka ”seolah-olah mereka akan hidup selama-lamanya”, dan menginfakkan manfaat bisnes mereka dan mengorbankan semua ke jalan kepentingan besar Islam ”seolah-olah mereka akan mati esok.”

Sesungguhnya kepentingan memperkasa perniagaan dan ekonomi ummah telah terbukti melalui penglibatan  Baginda SAW sendiri dalam bidang ini.  Malah kita maklum dalam  sejarah Islam menyaksikan aktiviti perniagaan bukan sesuatu yang janggal dalam Islam. Selain Rasulullah SAW, isteri Baginda Siti Khadijah dan para sahabat seperti Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain juga peniaga unggul pada zaman mereka.


Moralnya:

Konsep JIHAD BISNES menuntut individu usahawan Muslim berusaha keras dan bersungguh-sungguh dalam bekerja untuk mengembangkan perniagaan bagi mendapatkan keuntungan.  Maka mereka berupaya mengeluarkan zakat malah melaksanakan wakaf demi pembangunan ummah.   Apabila perniagaan berkembang sesungguhnya mereka dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga para pekerja/petugas yang bernaung dalam organisasinya.




Sabtu, 14 April 2012

BUTIRAN LAPORAN PRAKTIKUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


LAPORAN PRAKTIKUM PELATIH

Panduan Umum berkenaan maklumat yang dikongsikan ini adalah berdasarkan keperluan utama institusi, kemudian saya tambah berdasarkan pengalaman semasa menjalani praktikum mengajar bagi Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Institut Perkembangan Awal Kanak-kanak (IEYD).

1.       Sediakan fail yang sesuai – Ukuran ketebalan yang sesuai.  Digalakkan guna ring file bersampul plastic berwarna putih.  Memudahkan pelatih menghias muka hadapan dan belakangnya kelak
2.       Semua dokumen dicetak pada A4, font  Arial/Times, saiz 12, spacing 1.5. after 10 pt.
3.       Sediakan folder dan sub folder mengikut tajuk-tajuk.
4.       Susunan kandungan mengikut urutan yang dicadangkan.
5.       Boleh sediakan lebih daripada satu fail jika fail pertama telah penuh.
6.       Portfolio perlulah menarik, kreatif dan mudah untuk disemak.

Maklumat  di muka hadapan fail adalah:

LAPORAN PRAKTIKUM
Program
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (A7116)

Taska : 13 feb 2012 hingga 9 mac 2012
Tadika : 19 mac 2012 hingga 13 april 2012

Kolej  Perkembangan Awal Kanak-kanak
(alamat penuh, no. tel, fak,website)

 





                                               
Butiran yang perlu ada dalam LAPORAN PRAKTIKUM PELATIH  Di bawah adalah senarai semak butiran isi kandungan fail LAPORAN PRAKTIKUM  bagi rujukan pelatih.   Sila catatan muka surat pada setiap helaian. 
Unit
Tajuk dan Butiran Isi Kandungan
Catatan
A
MUKADIMAH
-          Laporan praktikum ini untuk apa?
-          Dimana anda menjalani praktikum?
-          Tempoh masa?
-          Penghargaan kepada pihak taska dan tadika
-          Tandatangan
-          Nama penuh
-          No. kad pengenalan
-          Tarikh

***disertakan 1 gambar anda bersama penyelia taska dan tadika, nyatakan penerangan tentang gambar secara ringkas.

B
PROFIL PELATIH
-          Gambar ukuran passport
-          Nama penuh
-          No. kad pengenalan
-          Umur/tempat lahir
-          Alamat surat-menyurat
-          No. telefon
-          Emel
-          No. pelajar
-          Nama kursus
-          Tempat belajar
-          Falsafah anda
-          Lampiran
·         surat tawaran praktikum
·         rekod kehadiran di taska/tadika
·         salinan cuti sakit



C
PROFIL TASKA atau TADIKA
a.       Nama
b.      Alamat surat-menyurat
c.       No. tel/faks/emel
d.      Gambar taska/tadika
e.      Peta lokasi
f.        Visi
g.       Misi
h.      Falsafah
i.         Carta organisasi
j.        Senarai nama kakitangan/pendidikan
k.       Peraturan taska/tadika
l.         Takwim Tahunan taska/tadika
m.    Rancangan Kalendar Tema  taska/tadika
n.      Jadual harian taska/tadika
o.      Jadual menu harian taska
p.      Jumlah keseluruhan kanak-kanak taska;
·         Taska
-          2 bulan hingga 24 bulan
-          24  bulan hingga  36 bulan
-          36 bulan hingga 48 bulan
*** Contoh bentuk jadual.
 Bil.
Nama kanak-kanak
Tarikh lahir
No. Surat beranak





q.      Maklumat murid kelas tadika
r.        Jumlah keseluruhan kelas dan murid di tadika berkenaan
·         Nyatakan nama penuh guru bertugas
·         Latar belakang pendidikan
·         Rekod butiran murid di kelas pelatih AJAR (boleh dibuat dalam bentuk jadual)
-          Nama penuh murid
-          No. surat beranak
-          Tarikh lahir
-          Umur
-          Jantina
-          Latar belakang keluarga
o   Nama penuh bapa
(i)      Pekerjaan
(ii)    No. telefon
o   Nama penuh ibu
(i)      Pekerjaan
(ii)    No. telefon
o   Alamat surat-menyurat


D
RANCANGAN BULANAN
a.       Masukkan tema bulanan (dalam bentuk jadual dan gambar atau sebagainya)
***gunakan kreativiti anda.


E
RANCANG WEB PENGAJARAN
a.       Minggu ke minggu
b.      Harian berdasarkan jadual harian
***dalam bentuk maping atau jadual


F
RANCANGAN MINGGUAN
a.       Rekodkan aktiviti yang dirancangkan dalam seminggu – Isnin hingga Jumaat
·         Taska – merujuk jadual aktiviti harian (berdasarkan perkembangan kanak-kanak)
·         Tadika – merujuk kepada tunjang, tema dan subtema (Rujuk KSPK)
***sila catatkan no. SP . Rujuk  format kolej.


G
RANCANGAN HARIAN
***Rujuk format yang telah ditetapkan oleh kolej.


H.
JURNAL
a.       Pelatih  praktikum
·         Tarikh
·         Catatan refleksi (selepas setiap sesi pengajaran)
·         Merenung akan kekuatan diri merujuk kepada ciri-ciri seorang guru cemerlang.
-          Sahsiah
-          Kemahiran P&P
-          Alat bantu mengajar
-          Pedagogi
-          Pengurusan kelas
-          Kaedah /teknik komunikasi
·         Mencatatkan kelemahan
-          Mengenalpasti punca kelemahan
-          Atau kegagalan
o   mencapai objektif P&p
o   mengawal murid
o   menarik minat murid
·         Catatan tempoh tindakan susulan  akan diambil bagi  mengatasi kelemahan tersebut.
·         Tandatangan
·         Nama penuh
·         Masa

b.      Catatan  pemerhatian harian FOKUS kepada seorang kanak-kanak
·         Pemasalahan
·         Penemuan pencapaian  dalam perkembangan
·         Insiden yang amat signifikan dengan kebolehan
·         Berkaitan rapat dengan kecerdasan pelbagai dan perkembangan IREJ.
·         Lampiran
-          Gambar  aksi kanak-kanak berkaitan peristiwa itu.
-          Biodata dirinya (nama penuh, tarikh lahir, umur dan  kegemaran)
o   Latar belakang keluarga, ibu bapa, adik-beradik
o   Alahan
o   Pemasalahan pembelajaran, pergaulan, emosi, nilai-nilai murni dan komunikasi berhemah.



I
PORTFOLIO KANAK-KANAK (untuk taska) /MURID (untuk tadika)
a.       Gambar aktiviti  kanak-kanak mengikut
·         TASKA – perkembangan kanak-kanak
·         TADIKA- semua tunjang KSPK
***sila tulis catatan perihal objektif aktiviti yang dijalankan, hasil pengajaran, masa dan tarikh.
b.      Lembaran kerja dan hasil kerja
·         TASKA – perkembangan kanak-kanak
·         TADIKA- semua tunjang KSPK
***telah ditanda, tarikh, komen pelatih akan pencapaian kanak-kanak.
c.       Gambar Aksi kanak-kanak menunjukkan mereka terlibat secara langsung dengan aktiviti tersebut/ ketika menggunakan bahan  bantu mengajar  (BBM) . Sila tulis caption objektif aktiviti yang dijalankan, hasil pengajaran, masa dan tarikh.


J
PENUTUP
-          Catatan  Pengalaman
-          Adakah mencapai objektif
-          Cadangan atau komen kepada Unit Praktikum Kolej
-          Sekian, terima kasih.
-          tandatangan
-          Nama penuh
-          tarikh



Disediakan Oleh:
Nooraini binti Haji Khaironi
Penilai Praktikum
27hb Februari 2012, 10:32 malam.

Ahad, 8 April 2012

Etika kerja pendidik di taska perlu transformasi

Saya amat terpanggil untuk berkongsi maklumat berkenaan kenyataan Prof. Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan KEPERLUAN UNTUK TRANSFORMASI, Mingguan Malaysia, Ahad 8 April 2012, muka 10.  Lalu maklumat itu terarah kepada bidang pengasuhan awal kanak-kanak negara.  

Khususnya, penyataan bagi mencapai negera maju, kerajaan berperanan sebagai facilitate ekonomi.  Contohnya untuk memenuhi keperluan pusat asuhan kanak-kanak, kerajaan hanya perlu memberi khidmat bimbingcara dengan sokongan dasar, perundangan dan akta yang merangsang pihak swasta atau individu rakyat upper midle income menubuh dan menyelianya dalam gerbang ekonomi yang sihat dan sejahtera kanak-kanak.   

Menjangkau situasi itu, saya juga mendapati usaha mendayaupaya bidang kuasa dan tangggungjawab agensi kerjaan, swasta dan individu usahawan industri (kini hanya dikenali sebagai pengusaha taska) jelas disusungalurkan dalam Dasar Asuhan dan Didikan Kanak-kanak Kebangsaan menerusi Konsep Kurikulum Kebangsaan PERMATA .  

Persoalannya, adalah rakyat umum menerusi tanggungjawab individu proaktif untuk menjiwai dan membudayakan evolusi pembangunan negara ini?    Bagaimana dengan warga kerja dalam bidang pengasuhan awal kanak-kanak?  Adakah anda sedia melakukan anjakan paradigma meneroka evolusi dalam industri ini?

Misalnya menekankan budaya kerja yang berlandaskan aspek;
1.  produktiviti
2.  integriti
3.  menekankan Bidang Keberhasilan Keutamaan Negara (NKRA) dalam tugasan kita
4.  menjadi rakyat minda kelas pertama
5.  mengekalkan  memartabatkan jati diri bangsa negara
6.  sedia mengamalkan budaya kerja  kreatif dan inovasi
7.  menjunjung Rukun Negara
8.  mengamalkan gaya hidup berlandaskan syariat

Semuanya perlu bermula daripada 'dunia' yang ada dalam gengaman tangan kita.  Bagaimana hendak memulakannya?  Ya, mudah sahaja menerusi diskusi bersama iaitu komen anda kepada entry ini.    Bagi memulakan dengan kekuatan yang anda miliki.  

Cuba fikir-rikirkan;
- pengusaha taska sebagai usahawan rangkaian francis global (pengalaman 20 tahun ke atas)
- penyelia taska sebagai CEO (pengalaman 15 tahun ke atas)
- pengasuh taska sebagai pendidik murabbi (diploma/sarjana muda)
- pembantu pengasuh taska sebagai pra-kaunselor  bertauliah (persijilan)
- tukang masak sebagai pakar pemakanan (persijilan)
- ibu bapa kanak-kanak sebagai 'stakeholder/ potensi rakan niaga.

Wasalam. Selamat bersantai bersama keluarga. 


Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...