Selamat sejahtera dan salam bahagia.
Teman semua saya ingin berkongsi akan perkara di atas.
"Akak, saya rasa bangga bertugas dengan akak di 'day care'. Seronok jadi 'teacher' dia orang ini."
Persoalannya, Kenapa 'teacher' tidak cikgu atau guru?
Teman semua saya ingin berkongsi akan perkara di atas.
Majoriti, taska menggunakan panggilan berbentuk kekeluargaan kepada para tugasnya. Seperti kakak, Mak Usu, Ibu dan sebagainya. Rasionalnya kerana petugas taska adalah 'pengganti' ibu bapa kepada anak-anak yang diasuh dan dijaga di sana.
Umumnya, penampilan mereka ketika bertugas adalah berpakaian simple iaitu berkemaja T atau blaus dan berseluar panjang atau seluar sukan.
"Buat apa nak bergaya, kita cuma jadi pengasuh. Emak bapak budak-budak ini pun aggap kita macam bibik," Itu adalah antara suara hati petugas di Taska.
Maka, saya cuba melakukan anjakan paradigma dalam sudut tatacara pakaian bekerja di 'day care' center. Ya, saya berpakaian seperti ke pejabat walaupun saya melakukan tugasan mengasuh, menjaga dan menjalankan aktiviti dengan anak-anak.
Kemudian saya membahasakan diri sebagai 'teacher' dengan anak-anak asuhan di sini. Pada mulanya suatu perkataan asing bagi mereka. Namun kini, apabila sudah memasuki minggu ke-4, keceriaan terpancar dalam hubungan antara kami.
Rakan setugas saya juga menumpang rasa bangga dan ceria kerana merasai diri mereka dihormati. Tambah girang hati beliau kerana pada Sambutan Hari Guru yang lalu beliau turut menerima cenderahati daripada beberapa orang kanak-kanak di bawah asuhan dan jagaannya.
"Akak, saya rasa bangga bertugas dengan akak di 'day care'. Seronok jadi 'teacher' dia orang ini."
Saya amat bersyukur, kerana mampu menaikkan martabat dan semangat motivasi diri petugas dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Kini, ibu bapa juga turut terbiasa dengan budaya panggilan 'teacher'. Walaupun kecil namun ia memberi seribu rahmat dan cahaya kehidupan kepada para petugas muda belia yang baru menceburi bidang ini.
Persoalannya, Kenapa 'teacher' tidak cikgu atau guru?
Secara peribadi panggilan cikgu atau guru adalah gelaran formal di institusi sekolah. '"Teacher" adalah role model kepada setiap pengisian objektif belajar menerusi bermain, pemerhatian dan amalan kehidupan kanak-kanak untuk pengalaman mengharungi cabaran kehidupan masa depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan