29 jUn 2013, Sabtu, Taman Metropolitan, Kepong. Atau dikenali sebagai Taman Layang-layang. Kami berpeluang lepak santai dengan adik-adik junior Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak yang telah tamat menjalani praktikal di Tadika Ar-Razi.
Jelas terpancar keterujaan mereka yang mahu melangkah ke dunia kerjaya pendidikan awal kanak-kanak. Insya-Allah mereka ini akan menyertai Minggu Kerjaya di kolej pada 8 dan 9 Julai nanti.
Strategi - Persiapsiagakan Diri.
A. Peringkat Persiapan Awal.
1. Sediakan 3 salinan Resume/Biodata Diri dan segala salinan sijil berkaitan pelajaran, sijil korikulum,
kursus, penghargaan. Kenapa? Untuk diserahkan kepada agensi yang akan menemuduga anda.
2. Bawa bersama anda folder salinan asal setiap sijil di atas.
3. Pastikan tampal gambar ukuran paspot di resume anda.
4. Sediakan lampiran gambar ABM kreatif yang TERBAIK anda semasa praktikal dan aktiviti yang
dijalankan bersama kanak-kanak. Buat catatan ringkas akan nama jenis perkembangan, kemahiran
dan umur kanak-kanak yang terlibat dan hasil P&p yang dicapai.
5. Hafal satu lagu kanak-kanak. Kemudian fikirkan jawapan sekiranya ditanya
"Kenapa anda memilih lagu tersebut?" Point yang perlu ada dalam jawapan anda adalah;:
- merangsang perkembangan bersepadu
- beri contoh lirik lagu yang anda nyayikan kelak bahagian mana sesuai dengan
perkembangan kognitif, bahasa, kerohanian dan fizikal beri contoh gerakan
kreatif yang dilakukan semasa menyayikan lagu tersebut..
6. Buat latihan karangan pendek 180 perkataan in English
"Why I choise as early child educator?". Dalam masa 10 minit.
Bahasa Melayu.... kacang je....
Insya-Allah, bersambung esok...........