Ahad, 24 Ogos 2014

LARAS BAHASA LAPORAN PRAKTIKUM

Laporan praktikum adalah rekod rasmi yang menjadi tanda aras ketrampilan bakal pendidik.

Justeru itu bakal pendidik tidak berkompromi dalam cara penulisan laporan praktikum.  Ini juga merangkumi gaya mempersembahkan bahan lampiran aktiviti yang akan dan telah dijalankan dengan kanak-kanak.

Ciri-ciri gaya penulisan laporan praktikum;
1   Menggunakan ayat yang ringkas. Namun ia dilengkapi dengan subject dan predicert.
2.  Pastikan ejaan betul.
3.   Elakkan menulis ayat panjang.
4.  Gunakan tanda baca dengan bijak untuk mewujudkan   nada intonasi apabila pembaca atau penilai ptsktikum membacanya.
5.  Laporan mempunyai muka surat, tajuk, nombor lampiran dan isi kandungan.

Bahan lampiran  seperti lakaran dan bahan, alat bantu mengajar ;
1. Perlu kukuh.
2. Cukup bilangan.
3. Warna yang cerah dan menarik.
4. Mahir menggunakan bahan bagi mencapai objektif  pengajaran dan pembelajaran.
5. Memiliki unsur sensorial.
6.  Anda turut seronok menggunakannya.

Sekiranya laporan praktikum anda dilengkapi perkara di atas, InsyaAllah kejayaan cemerlang top 5 dalam gengaman.



Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...