Salam sejahtera semua.
Besar jumlah tenaga pekerja muda pendidik awal kanak-kanak yang bekerja di tadika swasta persendirian sering lompat-lompat kerja. Dalam lain perkataan mereka ini suka tukar-tukar tadika. Ke mana tu? Pastinya ke tadika yang menawarkan gaji yang lebih besar jumlahnya.
Tanya punya tanya kadar perbezaan adalah kurang dari RM 200.00. Iaitu jumlah gaji kasar dalam lingkungan RM 900.00. Lumayan tu. Bonus tahunan lebih kurang RM 100.00.
Sikit. Tak berbaloi kerja. Rungut segelintir pendidik. Yang kaya pengusaha.
Wahai teman-teman usah rungsing dan kecewa. Pokoknya kita perlu menggunakan falsafah "duit datang saya layan".
Antara caranya adalah;
1. Mengadakan kelas mingguan seperti mengaji atau group tuisyen. Yang ini anggaran yuran bulanan RM 60.00 seorang.
2. Menganjurkan program bulanan. Misalnya 2 kali sebulan. anda mengadakan aktiiti 'art and craft', 'playgroup', program siri cepat baca dan sebagainya. Anda kenakan bayaran yuran penyertaan RM 100.00 seorang peserta. Refreshment - pot luck.
3. Menyumbang tenaga sebagai penceramah untuk program siri latihan PERMATA, Bayaran penceramah lumayan. Namun sebelum itu anda perlu mengikuti kurus, labadahhan dan praktikum/ Dan anda perlu ada lesen mengajar.
4. Cubalah menjadi penulis buku. Royalti berpanjangan jika di PTS atau Karangkraf.
Ye lah...
hendak senang bukannya mudah. Usaha perlu berlipat kali ganda.
Ada kerja baru pulus mari. InsyaAllah.
Sebaiknya usaha kita ini disulami dengan doa dan amalan solat Dhuha.
Sesungguhnya dengan adanya lebihan wang saku ini, anda boleh beribadah dengan lebih tenang dan bersedekah lebih kerap lagi kepada golongan yang memerlukan bantuah.
Wallahualam.