Selasa, 6 September 2016

Bonus RM +++++ vs Duit keperluan & Jariah (Keuntungan hingga Ke Jannah

Spektrom Kerjaya Era Mellinium




 Umum kita bekerja mahu mendapatkan pendapatan yang lumayan.  Demikian jua dengan diri ini.  Oleh kerana selalu berkira-kira mahu itu dan mahu ini.  Biasalah nurani seorang wanita.  Paling kurang nak persalinan tudung atau pakaian muslimah baru setiap kali menerima wang gaji.

 Bagaimanapun kalbu iman ku tersentap dengan coretan waaps kiriman seorang teman iaitu:

Wahai anak Adam
janganlah engkau takut dengan kesempitan rezeki
sedangkan harta Ku sangat banyak
dan
harta Ku tidak akan habis selamanya!

Wahai anak Adam
Aku ciptakan engkau untuk beribadah
maka janganlah
engkau bermain-main
dan
Aku telah tetapkan rezeki bagimu
maka
janganlah engkau berpenat-lelah

Demi kemuliaan Ku dan Keagungan Ku
jika engkau redha terhadap pemberian Ku
maka Aku akan tenangkan jiwa dan raga mu
dan engkau menjadi orang terpuji di sisi Ku

dan jika engkau tidak redha terhadap pemberian Ku
dan demi kemuliaan Ku dan keagungan Ku
Aku akan bebankan engkau dengan dunia
dan
engkau akan berlari-lari seperti haiwan melata di daratan
kemudian engkau tidak akan medapat apa-apa
melainkan apa yang telah Aku tetapkan...

---petikan Hadis Qudsi 


Lantaran itu, aku membuka fail kursus The Little Caliph Program 2012.   Masya-Allah!  Maha Suci  Mu Ya Allah.  

Sesungguhnya aku sedar bahawa pekerjaan ku adalah ibadah.  Seluruh kehidupan ku adalah sebahagian ibadah fardhu kifayah kepada Ummah.   Iaitu mendidik Ummat Nabi Muhammad SAW untuk mengenali ALLAH dan mengikuti Sunnahnya seperti yang disuratkan dalam Al Quran dan Hadis.


Justeru itu wahai teman para pendidik awal kanak-kanak atau cikgu tadika bersama kita betulkan nawaitu bekerja demi jihad kepada Allah dan meneruskan perjuangan memandaikan ummat akan ilmu tauhidkan Allah.

Semoga Allah Merahmati dan Memberkati ibadah jariah ini.

Amin.

Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...