😊😊
Bagaimana suasana taska/tadika anda sekarang?
Masih ramaikah anak-anak yang masih meronta dan menangis pada awal pagi meragam sindrom tempoh peleraian dengan ibu bapa?
Apakah perasaan anda ketika itu?
Macam mana reaksi anda terhadap cabaran tersebut?
Emmm.....
Bagaimana suasana taska/tadika anda sekarang?
Masih ramaikah anak-anak yang masih meronta dan menangis pada awal pagi meragam sindrom tempoh peleraian dengan ibu bapa?
Apakah perasaan anda ketika itu?
Macam mana reaksi anda terhadap cabaran tersebut?
Emmm.....
Anda perlu sentiasa tenang dan fokus kepada matlamat diri ketika memohon kerja dalam bidang industri pendidikan awal kanak-kanak.
Selaku ibu bapa ganti, anda haruslah membuka seluas-luasnya ruang bagi anak-anak ini mendapat kasih sayang yang sejati.
"Bagaimana untuk memulakannya, kerana saya belum berkahwin?"
In Shaa Allah boleh. Allah telah jadikan wanita ada naluri keibuan. Bertanyalah kepada guru-guru otai anda. Berdiskusilah dengan mereka yang ahli dan pakar dalam bidang ini. Termasuklah ibu anda. Malah anda boleh mengambil daripada pendekatan cara kita dibesarkan. Paling mudah google. Tambah kekerapan membaca artikel berkaitan hal ini.
"Biar padan. Ibu bapa dia cerewet bukan kepalang. Memang sengaja hendak ibu bapa dia rasa getir menjaga anak dia yang asyik meragam. Binggit tau.."
Kepada pendidik muda yang tidak memiliki pengalaman dalam bidang ini, perlu mencari peluang asas selaku entprerenur sosial .
Ingatlah, anak-anak ini adalah makhluk Allah. Mereka adalah pemimpin masa depan.