Kanak-kanak seorang individu yang unik. Pada pengamatan saya selama menjadi pendidik
awal kana-kanak dan ibu, mereka seorang Khalifah Allah yang misteri dan penuh
kejutan. Masya-Allah, itulah anugerah
dan amanah Allah kepada kita – ibu ayah dan pendidik. Dalam Al-Quran jelas menyatakan kanak-kanak
ini umpama kain putih, ibu bapa dan pendidik yang mencorakkannya.
Subhanallah, lingkungan usia dua tahun hingga empat tahun
keupayaan kanak-kanak minda mereka menerima ilmu dan maklumat amat pantas. Kita selaku instruktor atau fasilitator perlu
bijaksana merancang perkara yang perlu mereka pelajari dalam menguruskan diri
mereka.
Misalnya sebelum anak di hantar ke taska atau tadika, ibu ayah perlu membimbing kanak-kanak ini asas kemahiran untuk mengenal dan menyebut nama objek –
barangan miliknya. Seperti warna bag,
tag nama yang terpamer. Seboleh mungkin
anak ini boleh menyuarakan frasa ayat yang sesuai apabila memerlukannya. Hal ini memudahkan petugas di taska memenuhi
keperluannya dengan pantas. Mengapa? Bagi mengharmonikan hubungan bonding antara
anak anda dan petugas. Anak anda
gembira. Petugas pula efision
melaksanakan tanggungjawabnya.
Kanak-kanak ada asas adap bersosial di institusi dengan
pelbagai peringkat umur, dewasa atau rakan sebayanya. Antaranya, memberi salam, ada sikap sabar
serta boleh memahami arahan serta mengikuti peraturan dan rutin organisasi. Kemahiran ini boleh diasuh di rumah dalam
tempoh minimum tiga bulan sebelum kanak-kanak berada di persekitaran yang
sebenar.
Asuh dan bimbing kanak-kanak dengan penuh disiplin dan
fleksibal yang berhekmah dan sabar. Perlu
diingat elak mudah tunduk dengan drama tangisan anak pada minggu pertama ketika
di tinggalkan di taska. Positifkan
diri dan tawakal kepada Allah.
Ketenangan ibu ayah adalah ketenangan emosi dan minda anak juga. Sesungguhnya ia suatu proses kehidupan anak
untuk bersaing dengan insan lain di dunia ini.