- Terdapat segelintir masyarakat menganggap bahawa generasi merdeka kurang minat melibatkan diri dalam kerja sukarela.
Namun bagi saya, ramai generasi anak merdeka, khususnya belia memiliki hati nurani yang mulia dan sedia mengorbankan masa lapang bagi melibatkan diri dalam aktiviti sukarela.
Bagaimanapun mereka ini tidak menemui 'right button' bagi memacu tenaga dalam usaha murni ini.
Berikut disertakan tips ringkas bagi tujuan tersebut;
1. anda perlu mengenal pasti waktu yang boleh disumbangkan, seperti hari dan tempoh
masa.
2. kenal pasti golongan sasar yang anda bersedia dekati dan bantu sepenuh hati, no main-
main heh..
3. anda memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh dikongsikan
4. dapatkan maklumat akan organisasi yang menyediakan peluang khidmat sukarela yang
anda mahu sumbangkan
5. anda dinasihatkan agar menghubungi organisasi berkenaan dan berbincang akan objektif hasrat murni anda untuk berbakti kepada nusa bangsa berdasarkan kudrat yang ada
Pada tahap 5, ia memerlukan kecekalan kerana terdapat organisasi yang terlalu statik dengan program yang berteraskan kuantiti dan promosi media. Maka anda kena menunggu.
Jika itu yang menimpa anda maka dicadangkan anda menganjurkan aktiviti kesukarelaan dengan geng-geng anda di organisasi yang terpilih
Selasa, 15 September 2009
BAGAIMANA hendak mulakan kerja sukarela?
YAYASAN SALAM MALAYSIA dalam kenangan
Akhir bulan Mei 2009, dengan berat hati aku telah meninggalkan bidang kerjaya di SALAM. Setelah hampir 12 tahun lebih berkhidmat di sini. Bermula hanya sebagai Eksekutif Projek yang tiada pengalaman dalam bidang kesukarelaan.
Pada waktu itu di awal 1997 tiada lagi NGO yang menganjurkan program latihan dan aktiviti kesukarelaan. Bagaimanapun berkat bantuan dan tunjuk ajar kepimpinan Mr Hng Hung Yong, Encik Anuar Tahir, Mr Paul Selva Raj dan Dr Azizan Bahari aku mampu mengharunginya.
Syukur, Alhamdulillah aku amat puas kerana pada 3 tahun akhir menjawat tanggungjawab selaku Eksekutif Kanan (Pengurusan Sukarelawan) SALAM kami telah berjaya menubuhkan penempatan selamat untuk kanak-kanak Chow Kit yang dikenali sebagai Rumah Nur Salam dan juga sebuah penempatan bagi wanita yang bermasalah sosial iaitu Rumah Sinar Salam.
Aku terlibat terus dengan projek pembangunan komuniti ini dengan restu Y. Bhg. Tan Sri Razali Ismail, Pengerusi Yayasan Salam Malaysia.
Uniknya projek ini ia telah mengamalkan konsep 1 Malaysia dalam modus operandinya.
Sesungguhnya bidang kesukarelaan sesuatu yang inovatif dan mendahului era dan zamannya. Khususnya bagi individu yang berkhidmat itu mempunyai kemahiran berfikir, merencana, merancang, mengurus, melaksanakan serta mewujudkan team kerja yang memiliki keikhlasan hati untuk membantu golongan sasar yang memerlukan sokongan dan bantuan.
Yang nyata bekerja dengan hati yang bersih mampu mencernakan idea dan keupayaan mengurus keadaan. Mengapa demikian? Oleh kerana walaupun mereka adalah staf namun 80% komitmennya dalam tugas adalah dalam bentuk sumbangan sukarela kerana mereka tiada mengeluh untuk overtime atau bonus. Sebaliknya mengutamakan keberkatan Illahi di dunia dan akhirat.
Khamis, 16 Oktober 2008
KERJA SUKARELA

Zaman sekarang ramai orang kata kerja sukarela tidak relevan lagi. Oleh kerana mereka mempersoalkan 'no money no talk'. Tetapi ingatlah jodoh, maut dan rezeki adalah ketentuan-Nya. Yang penting keberkatan. Kemudian kita merasa kepuasan dengan sumbangan khidmat bakti yang mampu menjana perubahan kepada golongan yang dibantu. Walaupun perubahan daripada murung kepada ceria.
Suatu perubahan yang kecil namun tetap bermakna kepada mereka yang kesepian dan perlukan perhatian kasih sayang insan lain.
KESUKARELAAN
KESUKARELAAN melibatkan individu yang menabur bakti. Individu ini dikenali sebagai sukarelawan. Perjuangan khidmat bakti mereka membantu insan lain yang amat memerlukan bantuan pula dipanggil kesukarelaan.
Falsafah asal kesukarelaan merujuk kepada kerja tanpa ganjaran. Bagaimanapun dewasa ini, atas desakan hidup pelbagai pihak yang melakukan khidmat sosial atau terlibat dalam perkhidmatan pembangunan masyarakat atau kepimpinan NGO telah mula mempertimbangkan saguhati di atas titik peluh sukarelawan yang bantu mereka. Seperti pemberian tambang, elaun makan minum dan duit poket. Walaupun kecil namun ia tetap dihargai oleh si penerima iaitu sukarelawan.
Inilah tanda penghargaan yang perlu.
Sungguhpun demikian etika khidmat sukarelawan menekankan standard profesionalisme dalam kerja perlulah tip-top.
Rabu, 15 Oktober 2008
RUMAH NUR SALAM, Chow Kit
RUMAH NUR SALAM .. http://www.chowkids.org/ adalah sebuah hasil perjuangan 3 orang sukarelawan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) ... http://www.salam.org.my bagi menjana perubahan bermakna kepada kanak-kanak Chow Kit dari belenggu kedaifan dan rantai kehidupan generasi keluarga yang terjebak dalam kancah masalah sosial.
Mereka adalah Dr Hartini, Raja Azizan Suhaimi dan Kak Arfidah.
Saya merasa bertuah diberi tanggungjawab memantau dan bersama-sama mereka dalam proses penubuhannya.
Itulah bertuahnya bekerja di organisasi sosial seperti SALAM.
Mereka adalah Dr Hartini, Raja Azizan Suhaimi dan Kak Arfidah.
Saya merasa bertuah diberi tanggungjawab memantau dan bersama-sama mereka dalam proses penubuhannya.
Itulah bertuahnya bekerja di organisasi sosial seperti SALAM.
Langgan:
Catatan (Atom)
Misi Ramadhan 1445H
Salam Ukuwah. Alhammdulillah. Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini. Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...
-
Introduction. The philosophical foundation of curriculum helps to determine the purpose of education and the purpose to set goals of ...
-
LAPORAN PRAKTIKUM PELATIH Panduan Umum berkenaan maklumat yang dikongsikan ini adalah berdasarkan keperluan utama institusi, kemudian...
-
Selamat sejahtera dan Salam bahagia rakan-rakan pembaca. Lama saya menyepi. Itulah cabaran sebagai seorang penulis. Tugas dan tanggun...