Akhir bulan Mei 2009, dengan berat hati aku telah meninggalkan bidang kerjaya di SALAM. Setelah hampir 12 tahun lebih berkhidmat di sini. Bermula hanya sebagai Eksekutif Projek yang tiada pengalaman dalam bidang kesukarelaan.
Pada waktu itu di awal 1997 tiada lagi NGO yang menganjurkan program latihan dan aktiviti kesukarelaan. Bagaimanapun berkat bantuan dan tunjuk ajar kepimpinan Mr Hng Hung Yong, Encik Anuar Tahir, Mr Paul Selva Raj dan Dr Azizan Bahari aku mampu mengharunginya.
Syukur, Alhamdulillah aku amat puas kerana pada 3 tahun akhir menjawat tanggungjawab selaku Eksekutif Kanan (Pengurusan Sukarelawan) SALAM kami telah berjaya menubuhkan penempatan selamat untuk kanak-kanak Chow Kit yang dikenali sebagai Rumah Nur Salam dan juga sebuah penempatan bagi wanita yang bermasalah sosial iaitu Rumah Sinar Salam.
Aku terlibat terus dengan projek pembangunan komuniti ini dengan restu Y. Bhg. Tan Sri Razali Ismail, Pengerusi Yayasan Salam Malaysia.
Uniknya projek ini ia telah mengamalkan konsep 1 Malaysia dalam modus operandinya.
Sesungguhnya bidang kesukarelaan sesuatu yang inovatif dan mendahului era dan zamannya. Khususnya bagi individu yang berkhidmat itu mempunyai kemahiran berfikir, merencana, merancang, mengurus, melaksanakan serta mewujudkan team kerja yang memiliki keikhlasan hati untuk membantu golongan sasar yang memerlukan sokongan dan bantuan.
Yang nyata bekerja dengan hati yang bersih mampu mencernakan idea dan keupayaan mengurus keadaan. Mengapa demikian? Oleh kerana walaupun mereka adalah staf namun 80% komitmennya dalam tugas adalah dalam bentuk sumbangan sukarela kerana mereka tiada mengeluh untuk overtime atau bonus. Sebaliknya mengutamakan keberkatan Illahi di dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan