Aku bertanya pada diri. Dan seharusnya setiap kita yang hidup di bumi bertuah Malaysia ini juga perlu bertanya kepada mata hati.
"Adakah kita tidak pernah menerima usaha kebajikan hasil perjuangan UMNO yang diwarisi?"
Generasi FELDA khususnya, adalah pembuktian jelas bahawa rakyat yang berusaha gigih meningkatkan ekonomi diri, berlandaskan aturan tahap-tahap plan strategi pembangunan ekonomi pertanian yang dirancang sudah pasti kini telah meraih hasilnya.
Pada awal menjejakkan kaki ke tanah rancangan, tanah tapak rumah penuh dengan tunggul kayu hutan, Panas sebab tiada pokok sekeliling rumah. Jarak rumah ke kebun jauh. Di tepi hutan. Pagi subuh kena berhimpun di Pejabat Felda. Basikal tiada. Menapaklah membelah suasana pagi. Menyusuri lereng bukit anak-anak pokok getah yang perlu dibaja.
Getah, harganya tidak menentu. Untuk menambah pendapatan keluarga. Ada yang berniaga. Ada berkebun sayur dan menanam pokok buah-buahan dan tanaman kontan. Sambil itu berpakat membuka kolam ikan.
Getah telah tua. Skim penanaman semula diikut. Tukar kepada kelapa sawit.
Jikalau dahulu menyewa tanah orang untuk bertani. Dengan penyertaan sebagai peneroka FELDA mereka, keluarga dan keturunannya berupaya bangun menjadi penyumbang kepada pembangunan negara. Bukan lagi selaku penerima khidmat sumbangan negara.
Di mana anak-anak FELDA yang berhingus pada suatu ketika dahulu. Yang ada ketikanya perkembangan dan pertumbuhan pembesaran hasil sumbangan kebajikan bantuan makanan sekolah seperti susu, barli dan sebagainya. Kini mereka sebilangannya adalah jutawan dan usahawan berjaya. Ini menyumbang penambahan bilangan individu berjaya menerusi DEB.
aDAKAH ITU bukan kebajikan namanya?
Terkini penerima biasiswa JPA yang belajar di luar negara yang kurang berminat berkhidmat di tanah tumpah darahnya. Juga hasil sumbangan kebajikan pemerintah BN. tIDAK dekokrasikan pemerintah? Oleh kerana baru kini ia disuarakan. Hal ini bukan menyekat generasi muda mencari pengalaman dan kepakaran di luar sana.
Malah terdapat insan yang amat tebal semangat nasionalis mencintai negara, bangsa dan agama sedia mengharungi segala kepayahan menjadi seorang perintis bidang-bidang baru. Ramai dikalangan mereka kini telah menjadi Tan Sri, Datuk. Tidak kurang hebat para usahawan TERNAK tani menerusi SME.
sELAKU ibu yang paling ketara adalah khidmat kebajikan kesihatan yang telah disediakan kepada para ibu mengandung oleh pihak Kementerian Kesihatan. Kos vaksin dalam siri program imunisasi kepada bayi bukan murah.
Jikalau PAS benar-benar jujur dan amanah, di mana janji PRU 12 anda. Antaranya;
$ wang sumbangan kepada keluarga yang anaknya masuk U,
$ pemansuhan cukai pintu
$ mansuhkan tol
$ memastikan harga barangan tidak naik
Sekiranya Muktamar PAS telah sebulat suara bersetuju, sewajarnya dasar negara kebajikan PAS perlu dilaksanakan sekarang di negeri-negeri jajahannya. Tanpa menunggu PRU 13.
Jikalau tidak ia hanyalah omongan kosong dan lirik2 lagu politik semata.
Yang pasti era pemerintahan kini perlu di arah glokal. Sahsiah diri rakyat memiliki jatidiri insaniah yang mantap. Kecintaan kepada watan tidak berbelah bagi. Agama adalah amalan dan pesuluh diri. Budaya terus didokong.
Justeru itu setiap individu rakyat perlu memiliki wawasan semangat selaku seorang pejuang dan perintis untuk meneroka bidang-bidang baru dengan lebih cergas. Oleh kerana ia adalah suatu ibadah fardu kifayah. Segalanya bermula dari diri sendiri, peringatkan ahli keluarga terdekat seterusnya kepada rakan taulan yang sedia menerima secara rendah hati dengan tawaduk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan