"Umie, kenapa kita kena tolong orang?"
Pertanyaan Nur Sakinah, satu-satunya puteri ku membuatkan aku berfikir sejenak sebelum memberikan jawapan. Oleh kerana sebagai orang dewasa mudah untuk aku menyatakan bahawa aku menolong orang lain kerana itu tanda keinsafan dan kesyukuran. Berkemungkinan ia sudah memadai. Namun untuk memaklumkan hal ini kepada kanak-kanak berusia 7 tahun barangkali sungguh kurang tepat. Juga penyataan tersebut tambah membingungkan akal pemikirannya untuk memahaminya.
Malah ia bukan sahaja sekadar ucapan. Sebaliknya ia menuntut butir-butir kata jawapan ku perlu mampu mendorong anak kecil ini turut melakukan tindakan yang sama. Iaitu sedia membantu orang lain yang memerlukan pertolongan dan keperihatinan.
Alahai... terselanga Indonesia sikit pulak. Tak ape yea.
"Kita kena tolong orang sebab Allah dan Rasulullah SAW menyuruh kita jadi orang yang boleh memberi bantuan dan pertolongan yang kita mampu. Sebagai tanda kita mensyukuri nikmat Allah kepada kita".
Nur Sakinah memandang muka ku dengan pandangan kosong. Jelas jawapan ku itu kabur pada pemahamannya.
"Contohnya, hari ini Sakinah telah beri sedekah dari duit belanja sekolah kepada mangsa kebakaran di kampung kita. Kita semua kena bersedekah kepada mereka kerana buku sekolah dan pakaian mereka habis terbakar. Jadi Kinah kena bersyukur sebab Kinah masih ada buku untuk dibaca, ada pakaian untuk dipakai dan masih ada rumah untuk tinggal dengan selesa walaupun rumah kita tidak besar."
"Sedekah pulak tidak kira banyak atau sedikit, yang penting berniat hendak bantu orang kerana Allah maka ia dikira ibadah. Bukan ke kita hidup ini untuk beribadah kepada Allah. Dan perlu mencontohi Rasulullah SAW yang amat suka membantu orang sehingga sanggup ikat perut sendiri." tambahku lagi.
"Kinah dah belajar sedekah adalah ibadah umum"
"Pandai anak Umie ni."
Sesungguhnya pengalaman bekerja dan bersukarela selama hampir 13 tahun dengan Yayasan Salam Malaysia memudahkan urusan harianku. Dan lebih utama lagi dunia kesukarelaan sentiasa memandu diriku untuk sentiasa muhasabah diri.
Semoga amalan mulia ini menjadi ikutan putera-putera dan puteri ku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan