aNAK-anak telah memulakan hari persekolahan 2012.
Selaku ibu aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi akan perkembangan positif ini.
Bagaimana reaksi anak mereka?
Biasalah, anak-anak akan bercerita pengalaman hari pertama duduk di kelas baru. Emm.. paling banyak cerita adalah Puteri ku Nur Sakinah. Beliau amat teruja akan sistem undian pemilihan dirinya selaku Penolong Ketua Kelas. Telah menang majoriti mengalahkan teman sekelas. Kemudian, bagaimana dengan yakin dia pula mencalonkan rakan baiknya selaku Bendahari Kelas dan juga menang majoriti.
"Kinah, betul tak sangka kawan-kawan akan sokong Kinah" bercahaya sinar matanya ketika mengungkapkan kata-kata tersebut.
"Umi, ok lah tu, abang Syafiq jadi pengawas perpustakaan, abang Syahmi jadi pengawas dan Kina jadi Penolong Ketua Kelas:" tambahnya lagi.
Selaku ibu aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi akan perkembangan positif ini.
Bagaimanapun aku teruntun dengan ungkapan kata dua orang ibu yang menolak tawaran anaknya untuk jawatan pengawas. Sebabnya kos pakaian seragam yang mahal.
Bagaimana reaksi anak mereka?
Menurut kata ibunya pada awalnya anak mereka memang menjauh diri. Namun apabila dengan lembut mereka memujuk kerana ibu bapa tidak berkemampuan maka anak mereka menerima dengan rela.
Cerita ini aku kongsikan dengan anak-anak. Lalu aku menyarankan agar mereka mengucapkan syukur kepada Allah kerana mereka berpeluang menikmati kemudahan yang dimiliki kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan