Rabu, 30 Mei 2012

Panggilan Petugas di Taska : "Teacher"

Selamat sejahtera dan salam bahagia.

Teman semua saya ingin berkongsi akan perkara di atas.

Majoriti, taska menggunakan panggilan berbentuk kekeluargaan kepada para tugasnya.  Seperti kakak, Mak Usu, Ibu dan sebagainya.   Rasionalnya kerana petugas taska adalah 'pengganti' ibu bapa kepada anak-anak yang diasuh dan dijaga di sana.

Umumnya, penampilan mereka ketika bertugas adalah berpakaian simple iaitu berkemaja T atau blaus dan berseluar panjang atau seluar sukan. 

"Buat apa nak bergaya, kita cuma jadi pengasuh.  Emak bapak budak-budak ini pun aggap kita macam bibik," Itu adalah antara suara hati petugas di Taska.   

Maka, saya cuba melakukan anjakan paradigma dalam sudut tatacara pakaian bekerja di 'day care' center.  Ya, saya berpakaian seperti ke pejabat walaupun saya melakukan tugasan  mengasuh, menjaga dan menjalankan aktiviti dengan anak-anak.   

Kemudian saya membahasakan diri sebagai 'teacher' dengan anak-anak asuhan di sini.   Pada mulanya suatu perkataan asing bagi mereka.   Namun kini, apabila sudah memasuki minggu ke-4, keceriaan terpancar dalam hubungan antara kami.  

Rakan setugas saya juga menumpang rasa bangga dan ceria kerana merasai diri mereka dihormati.  Tambah girang hati beliau kerana pada Sambutan Hari Guru yang lalu beliau turut menerima cenderahati daripada beberapa orang kanak-kanak di bawah asuhan dan jagaannya.

"Akak, saya rasa bangga bertugas dengan akak di 'day care'.  Seronok jadi 'teacher' dia orang ini."

Saya amat bersyukur, kerana mampu menaikkan martabat dan semangat motivasi diri petugas dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.  Kini, ibu bapa juga turut terbiasa dengan budaya panggilan 'teacher'.   Walaupun kecil namun ia memberi seribu rahmat dan cahaya kehidupan kepada para petugas muda belia yang baru menceburi bidang ini. 

Persoalannya, Kenapa 'teacher' tidak cikgu atau guru?  

Secara peribadi panggilan cikgu atau guru adalah gelaran formal di institusi sekolah.   '"Teacher"  adalah role model kepada setiap pengisian objektif belajar menerusi bermain, pemerhatian dan amalan kehidupan kanak-kanak untuk pengalaman mengharungi cabaran kehidupan masa depan.


Sabtu, 19 Mei 2012

Kanak-kanak TASKA pun ada 'report card' ke?

Selamat sejahtera dan Salam bahagia rakan-rakan pembaca.

Lama saya menyepi.   Itulah cabaran sebagai seorang penulis.  Tugas dan tanggungjawab hakiki selaku ibu, isteri, anak dan dalam keluarga serta masyarakat menjadi persaingnya.  

Lupakan seketika perihal kehidupan saya itu.  Ehem...

Pada entry kali ini saya terpanggil untuk menjelaskan perkara di atas.   Ramai ibu bapa tidak percaya dan kurang memberi penekanan akan perkara tersebut.   Tambahan pula jikalau sesi pertemuan ibu bapa ini baru sahaja hendak dilaksanakan oleh pengusaha TASKA atau 'Day Care' bagi kanak-kanak seusia bawah 4 tahun.

Sikap begini perlu diperbetulkan menerusi sesi penjelasan dan pengedaran maklumat akan kepentingan menghadiri Sesi Perjumpaan Ibu Bapa anak-anak ini.  

Memang benar, 'Report Card' kanak-kanak seawal usia 4 tahun ini tidak menjamin mereka ke asrama penuh.  Tetapi perlu diingat 'Report Card' yang dimaksudkan adalah Rekod Pencapaian Kebolehan Kanak-kanak Mengikut  Tahap Umur adalah penentu kecemerlangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak ini untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran hidup seharian mereka.   Pada masa yang sama suntikan penyuburan nilai-nilai modal insan dan soft skill pada peringkat awal usia ini mampu mencorak kehidupan yang harmonis dan berketrampilan dalam mengharungi zaman remaja dan dewasa kelak.

Kita ambil  nilai kerjasama dalam aspek perkembangan emosi, bahasa dan kerohanian kanak-kanak berumur 3 tahun.

Contoh;  Rekod Pencapaian

Nama : A
Umur :  4 tahun

Penilaian Menerusi Aktiviti Dirancang.
Tarikh : 1/5/2012. Jam : 9:00 pagi - 9.45 pagi.
Aktiviti Bermain Pasir.

- Perkembangan emosi :
A gembira membina istana pasir bersama 2 orang rakan iaitu S dan D dengan ceria serta gelak ketawa.

- Perkembangan bahasa :
A berkongsi pendapat dan bercerita bentuk istana pasir yang dibinanya kepada rakan.  Sesekali dia bersoaljawap tentang bentuk-bentuk imej yang rakan-rakannya bina."Kita pandaikan", A menghargai kebolehan dirinya dan rakan-rakan sepermainannya.  

- Perkembangan kerohanian :
A berkata "Teacher,  Alhamdulillah istana saya dah siap".  Sambil A menunjukkan istana pasirnya.

Nota Guru:
Perkembangan emosi, bahasa dan kerohanian A berkembang secara sepadu.  Beliau boleh berkerjasama dengan rakan-rakan.  Tahniah!

Berdasarkan contoh di atas, penilaian kanak-kanak awal usia bukan dari segi akademik tetapi di nilai dari aspek perkembangan dan kebolehannya bersesuaian dengan tahap usia mereka.  Di samping portfolio hasil kerja perkembangan kognitif dan perkembangan kreatif dan estetikanya.

Bagaimanapun adalah digalakkan para guru di TASKA atau pusat jagaan melampirkan gambar aksi kanak-kanak yang tetap berkenaan dengan nota perkembangannya.

Aktiviti perjumpaan ibu bapa ini boleh dilaksanakan 2 kali setahun.  

Akhir kata SELAMAT HARI GURU.


 

Selasa, 1 Mei 2012

PROGRAM 'PLAY GROUP'

tREND di pusat jagaan kanak-kanak dan TASKA akan menyediakan program di atas kepada kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 4 tahun.  

Wow! bayaran yuran untuk program ini juga lumayan.

Dengan syarat para ibu bapa diberi penerangan yang jelas berkenaan visi, misi dan keberhasilannya program berkenaan kepada anak-anak mereka.   Jika bercakap tentang keberhasilan maka sudah tentu para pengusaha mesti menyediakan alat mengukur pencapaian kanak-kanak yang mengikuti aktiviti ini dalam suatu tempoh tertentu secara berkala.   Laporan dapatannya perlu dimaklumkan kepada ibu bapa  pada Sesi Bertemu Ibu Bapa.

Para pengusaha boleh mengenakan yuran program yang berbeza mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu.    Ia bergantung kepada kos peralatan yang digunakan oleh individu kanak-kanak dalam program berkenaan.   

Sekiranya anda menetapkan tempoh penilaian berkala itu bagi masa 4 bulan sekali, maka pada bulan tersebut anda pengusaha akan menerima penambahan nilai pendapatan.

Jadi rangkalah program 'play group' anda sekarang.

"Bagaimana?"  

Mulakan buat researh di internet akan topik ini SEGERA.  Kemudian design mengikut nilai-nilai budaya hidup masyarakat majmuk dan ia tidak menyalahi syarak dan undang-undang.  Be creative to explore this methodology..  

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...