Ahad, 8 Julai 2012

"WORKING WITH HEART"

Salam sejahtera teman.

Kenyataan di atas yang membawa maksud BEKERJA DENGAN SEPENUH HATI amat menarik perhatian saya.  Oleh kerana ia lebih menjurus kepada ESQ.  

Seketul daging yang bernama HATI ini, sekiranya bersih KALBUnya maka bersihlah niat, fikiran dan amalannya.  Hal ini membuatkan seseorang petugas atau kakitangan tidak kira dalam bidang apa sekalipun akan melakukan tugasannya tanpa memerlukan pengawasan sepenuhnya daripada ketuanya.   

Staf seperti ini amat proaktif dan memiliki inisiatif untuk menyumbang kepada pembangunan kerjayanya di sebuah organisasi.  Jikalau direnungkan sahsiah staf/teacher taska jenis ini, dia merupakan seorang insan yang amat ikhlas berkhidmat kepada anak-anak didiknya.  Staf ini akan melayan anak-anak secara adil tanpa membezakan dari segi latar sosial, tahap kecerdasan, rupa paras, budaya, kaum dan agama.  

Mereka amat memahami bahawa setiap anak itu adalah Khalifah Allah yang perlu diberi asuhan dan bimbingan yang bermanfaat kepada kehidupan masa depannya.  Lantaran itu semua aktiviti akan disepadukan lima aspek perkembangan iaitu kerohanian, sosio emosi, bahasa dan komunikasi, kognitif dan fizikal.  Dengan itu dia berupaya menjalankan aktiviti tugasannya dengan pendekatan belajar melalui bermain dengan seronok.  Aura positif ini dapat dirasai oleh anak-anak.  Maka anak-anak ini akan melibatkan diri dalam setiap aktiviti dengan gembira.


Sekiranya menghadapi sebarang cabaran seperti karenah ibu bapa atau ragam rakan sejawat atau perangai kanak-kanak, beliau akan menerima dengan hati terbuka.   Lalu bermuhasabah bahawa setiap pemasalahan itu adalah kifarah untuknya.  Dan cubaan itu sebagai peluang untuk dia meningkatkan lagi keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.


Jikalau sebaliknya, iaitu busuk hati dan berhasad dengki akibatnya segala urusan menjadi haru-biru, resah-gelisah, stress, tikam belakang dan berleluasalah budaya 'mengipas satay'.  Rezekinya tidak ke mana.  

Justeru itu,  marilah sama-sama kita menjadikan kerja sebagai ibadah umum dan jihad demi memandaikan ummah.






Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...