sALAM sejahtera semua.
Perkara di atas memang sudah menjadi sambal udang dalam nasi lemak. Di mana-mana organisasi budaya ini akan kita berhadapan dengannya.
Memang sungguh memeritkan emosi dan kalbu. Oleh kerana terkadang ia mengganggu kelancaran tugasan secara kumpulan. Misalnya insiden ini terjadi bagi team teacher dan regunya iaitu assistant teacher group baby, sudah barang tentu stress teacher yang tidak suka menangguh kerja. Bagi beliau kebajikan anak-anak adalah tanggungjawab utama berbanding dengan isu peribadi sekeliling di tempat kerja.
Hal ini turut saya hadapi di semua tempat kerja saya yang lalu dan kini. Jadi saya umpamakan politik di tempat kerja ini sebagai bunga-bunga cinta dan ombak rindu dalam kehidupan.
Kenapa?
Pemasalahan ini membuatkan kita lebih tawaduk dengan nikmat nyawa yang Allah pinjamkan. Mungkin itu adalah kifarah kepada dosa-dosa kita di dunia. Bermohonlah semoga keampunan juga daripadaNya agar kita dijauhi keperitan dan keseksaan di akhirat kelak.
Justeru itu, selaku hambaNya kita perlu yakin itulah kecintaan Allah kepada kita supaya kita terus mengingati-Nya setiap hela nafas di kandung badan.
Banyakkanlah berzikir dan membaca doa Nabi Yunus AS ketika di dalam perut ikan Nun. Kemudian disulami dengan bacaan Surah Insyirah.
Insya-Allah kita berupaya mengawal keadaan secara bijaksana dengan kemahiran sosio emosi dan Iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan