Selasa, 4 Februari 2014

DAKAPAN DAN EYE TO EYE CONTACT MEREDAKAN ESAKAN DAN TANGISAN ANAK-ANAK

Sungguhpun telah memasuki bulan ke-dua persekolahan namun masih ada anak-anak didik yang terganggu emosinya.  Reaksi sebegini umumnya dilihat berlaku di kalangan anak-anak didik yang baru pertama kali memasuki alam persekitaran taska/tadika.   

Ada segelintir anak-anak ini menangis teresak-esak hingga muntah.  Jua terdapat di antara mereka itu tertidur sepanjang waktu pembelajaran.   

Ada pula senario anak-anak ini tidak mahu masuk ke kelas mereka.  Sebaliknya meronta-ronta mahu masuk dalam kelas individu teacher yang disenangi olehnya.

Peristiwa ini berlaku kepada saya.  Tahun ini ada 4 orang anak yang  melekat di kelas saya.   Pada awalnya saya memang tidak selesa.   Oleh kerana berlaku  penambahan beban kerja.  Sebab kehadiran mereka ini mengganggu kelancaran perjalanan aktiviti pembelajaran dan pengajaran kelas.   Stressss...

Akhirnya Allah memberi ilham cara pengurusan diri dalam menangani keadaan demikian iaitu;
1.  Motiasi diri - sesungguhnya aku insan terpilih oleh anak-anak syurga untuk bermain dengannya, layan je ..
2.  Binalah  suasana selamat dan selesa - dakap dan ingatkan pesanan ibu ayah agar   belajar dan berkelaluan baik ketika di sekolah.
3.  Rendahkan kedudukan badan anda dan bina Eye to eye contact - setiap kali berkomunikasi dengannya.
4.  Nada suara pula - perlahan memujuk, tegas dan jelas.

Alhamdulillah ....walaupun sesekali mereka datang singgah ke kelas saya, selepas diusap bahu sambil memberi kata-kata perangsang secara eye to eye contact, kemudian apabila diminta kembali ke kelas mereka semula, mereka patuh denga langkah yang yakin dan senyuman.

Melihat perubahan positif anak tersebut, saya mengucap syukur ke hadrat Illahi di atas pengalaman terindah ini.  

Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...