Ahad, 24 Ogos 2014

LARAS BAHASA LAPORAN PRAKTIKUM

Laporan praktikum adalah rekod rasmi yang menjadi tanda aras ketrampilan bakal pendidik.

Justeru itu bakal pendidik tidak berkompromi dalam cara penulisan laporan praktikum.  Ini juga merangkumi gaya mempersembahkan bahan lampiran aktiviti yang akan dan telah dijalankan dengan kanak-kanak.

Ciri-ciri gaya penulisan laporan praktikum;
1   Menggunakan ayat yang ringkas. Namun ia dilengkapi dengan subject dan predicert.
2.  Pastikan ejaan betul.
3.   Elakkan menulis ayat panjang.
4.  Gunakan tanda baca dengan bijak untuk mewujudkan   nada intonasi apabila pembaca atau penilai ptsktikum membacanya.
5.  Laporan mempunyai muka surat, tajuk, nombor lampiran dan isi kandungan.

Bahan lampiran  seperti lakaran dan bahan, alat bantu mengajar ;
1. Perlu kukuh.
2. Cukup bilangan.
3. Warna yang cerah dan menarik.
4. Mahir menggunakan bahan bagi mencapai objektif  pengajaran dan pembelajaran.
5. Memiliki unsur sensorial.
6.  Anda turut seronok menggunakannya.

Sekiranya laporan praktikum anda dilengkapi perkara di atas, InsyaAllah kejayaan cemerlang top 5 dalam gengaman.



Guru Tadika : Lawak

Lawak. ..mmm

Guru tadika perlu pandai melawak.  Ia dikenali sebagai kecindan.

Kenapa perlu ciri-ciri kecindan?
1.  Untuk menceriakan sesi pembelajaran dan pengajaran.
2.  Ia membantu anak-anak didik melibatkan diri dalam aktiviti secara spontan dan rela hati.
3.  Memotivasi anak-anak berkomunikasi dengan kita dengan yakin.
4.  Maklumat mudah diterima oleh anak-anak didik awal usia.
5.  Selaku pendidik lawak jenaka membantu kita memberi khidmat dengan penuh defikasi .

PEringAtan;
1.  Awas tutur kata. Juga gelak  ketawa.  Tatasusila, adap sopan dan gaya badan 300% perlu mengikut Islamic complians.  Oleh kerana kita role model kepada mereka.
2.  Pemilihan  perkataan guna laras bahasa tinggi.  Langkah ini penting sebab kedaulatan bahasa Melayu petlu didedahkan seawal usia 3 tahun.

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...