Jumaat, 21 Disember 2012

TIMBANG BALAS KHIDMAT UNTUK KELUARGA DENGAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT

"Mengapa ambil cuti tanpa gaji untuk 2 bulan ini?"
"Bukankah hujung tahun hendak pakai banyak duit bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak?"
"You tak apalah husband gaji besar"
"Tidak takut ke nanti hilang seniority dalam organisasi?"


Itulah antara keluhan, luahan pendapat dan anggapan beberapa orang rakan sejawat apabila mengetahui bahawa saya akan mengambil cuti tanpa gaji bagi November dan Disember ini.  

Keputusan ini saya lakukan kerana ingin berada di rumah bersama-sama dengan anak-anak ketika mereka bercuti hujung tahun ini.   Bagaimanapun sesekali saya akan meninggalkan mereka 3 beradik di rumah dengan segala kelengkapan keperluan mereka demi melaksanakan tugasan freelance bagi wang saku sendiri. Bahagianya, jaduah harian saya lebih bebas.  Walaupun tetap dihimpit oleh dateline.   Biasalah...

Oleh kerana dewasa kini wanita mempunya pilihan corak iklim kerjaya mereka.   Namun demikian tahap profesionalisme dan disiplin perlu tinggi bagi memastikan tugasan yang diperolehi dapat diselesaikan dengan baik dan tepat berdasarkan matlamat persefahaman bidang khidmat yang ditawarkan.

Imbuhan nilai ekonomi yang diperolehi memang kecil marginnya.   Tetapi kepuasan dan nilai sosialnya amat tinggi kepada diri saya.   Mengapa saya memperkatakan demikian?  Oleh kerana saya masih diperingkat tenaga pakar runding, sebaliknya masih amatur.  Justeru itu saya mengkalisifikasikan peringkat awal social entrepreneur dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak ini. 

Berkat rezeki anak-anak sungguhpun kadar nilai wang yang saya terima kecil,  syukur Alhamdulillah ia masih melapangkan urusan saya menampung keperluan diri.   Tambahan pun pendapatan suami saya juga bukanlah besar.   

Yang pasti kesederhanaan budaya hidup kami sekeluarga  menjadi asas kebahgiaan dan kegembiraan yang hakiki.  Amin.  

Makanya, ciptalah dunia kerjaya anda.   Usah gusar akan rugi, sekiranya kita dapat menenerima hakikat nilai ringgit ekonomi dan nilai sosial serta keberkatan rezeki kurniaan Illahi.

Sabtu, 15 September 2012

KHALIFAH ganti SUPERMOM

Salam sejahtera teman.

Lama sungguh saya tidak merakamkan coretan.  Al maklum ruang masa yang biasa diperuntukan untuk menaip nukilan diganti dengan urusan rumah tangga.  Sambil itu membaca buku tulisan Y. Bhg Tan Sri Muhammad  Ali Hashim bertajuk KHALIFAH GANTI SUPERMAN.

Walaupun baru suku isi kandungan yang sempat saya baca namun intipati yang diperolehi amat terkesan di hati.   Malah memotivasikan diri untuk mengalakkan diri melakukan injakan paradigma dalam menguruskan urusan harian.

Bagaimana caranya?

Apabila kita mampu meletakkan fokus mind-set bahawa setiap apa yang dilakukan adalah kerana tanggungjawab melaksanakan ibadah kepadaNya.  Dimulakan dengan bacaan BISMILLAH.  Apabila telah selesai kita kata ALHAMDULILLAH.  Bagaimanapun sekiranya dalam proses melakukan kerja itu dibelenggui oleh cubaan dan permasalahan maka berzikir, beristighfar serta berkata dalam diri bahawa segalanya adalah kifarah bagi mencucikan diri. 

Di samping itu sulamilah segala perlakuan kita dengan ayat-ayat Al-Quran yang kita telah hafaz.  

Teman lakukan dengan penuh istiqamah dan konsisten.  Insya-Allah, anda akan merasai kemanisan nikmat ketenangan.  Tambah lapang fikiran apabila kita terus memperkukuhkan mutu solat kita.

Marilah kita terus meningkatkan amalan bagi menjadikan keluarga kita sebagai keluarga Qurani.

Ahad, 26 Ogos 2012

RINDU KEPADA ANAK-ANAK DIDIK

Seminggu cuti Hari Raya, perasaan rindu mulai menerjah dalam kalbu akan gerangan perangai hiruk-pikuk dan gurau senda serta renggekan anak-anak didik.

Makanya aku hanya ada beberapa jam sahaja masa untuk mencari puzzle angry bird untuk mereka.  Insya-Allah itulah reward ku kepada mereka yang telah menunjukkan kemajuan baik dari segi fizikal, bahasa komunikasi, sahsiah dan kerohaniannya.

Semoga Allah mempermudahkan urusan ku itu.  

Amin..  

Sabtu, 18 Ogos 2012

RAGAM RAMADHAN

Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya.

Namun ia meninggalkan pelbagai kenangan dan pengajaran kepada setiap individu.  Lakaran cerita duka dan dugaan Ramadhan juga berbeza antara individu.

Bagaimanapun itu semua adalah mesej Allah kepada hambaNya agar terus meningkatkan kebaikan dan mutu solat demi Syahadah.

Khamis, 12 Julai 2012

POLITIK DI TEMPAT KERJA

sALAM sejahtera semua.

Perkara di atas memang sudah menjadi sambal udang dalam nasi lemak. Di mana-mana organisasi budaya ini akan kita berhadapan dengannya.  

Memang sungguh memeritkan emosi dan kalbu.  Oleh kerana terkadang ia mengganggu kelancaran tugasan secara kumpulan.  Misalnya insiden ini terjadi bagi team teacher dan regunya iaitu assistant teacher group baby, sudah barang tentu stress teacher yang tidak suka menangguh kerja.   Bagi beliau kebajikan anak-anak adalah tanggungjawab utama berbanding dengan isu peribadi sekeliling di tempat kerja.  

Hal ini turut saya hadapi di semua tempat kerja saya yang lalu dan kini.   Jadi saya umpamakan politik di tempat kerja ini sebagai bunga-bunga cinta dan ombak rindu dalam kehidupan.

Kenapa?

Pemasalahan ini membuatkan kita lebih tawaduk dengan nikmat nyawa yang Allah pinjamkan.   Mungkin itu adalah kifarah kepada dosa-dosa kita di dunia.  Bermohonlah semoga keampunan juga daripadaNya agar kita dijauhi keperitan dan keseksaan di akhirat kelak.   

Justeru itu, selaku hambaNya kita perlu yakin itulah kecintaan Allah kepada kita supaya kita terus mengingati-Nya setiap hela nafas di kandung badan.  

Banyakkanlah berzikir dan membaca doa Nabi Yunus AS ketika di dalam perut ikan Nun.  Kemudian disulami dengan bacaan Surah Insyirah.  

Insya-Allah kita berupaya mengawal keadaan secara bijaksana dengan kemahiran sosio emosi dan Iman.


Ahad, 8 Julai 2012

"WORKING WITH HEART"

Salam sejahtera teman.

Kenyataan di atas yang membawa maksud BEKERJA DENGAN SEPENUH HATI amat menarik perhatian saya.  Oleh kerana ia lebih menjurus kepada ESQ.  

Seketul daging yang bernama HATI ini, sekiranya bersih KALBUnya maka bersihlah niat, fikiran dan amalannya.  Hal ini membuatkan seseorang petugas atau kakitangan tidak kira dalam bidang apa sekalipun akan melakukan tugasannya tanpa memerlukan pengawasan sepenuhnya daripada ketuanya.   

Staf seperti ini amat proaktif dan memiliki inisiatif untuk menyumbang kepada pembangunan kerjayanya di sebuah organisasi.  Jikalau direnungkan sahsiah staf/teacher taska jenis ini, dia merupakan seorang insan yang amat ikhlas berkhidmat kepada anak-anak didiknya.  Staf ini akan melayan anak-anak secara adil tanpa membezakan dari segi latar sosial, tahap kecerdasan, rupa paras, budaya, kaum dan agama.  

Mereka amat memahami bahawa setiap anak itu adalah Khalifah Allah yang perlu diberi asuhan dan bimbingan yang bermanfaat kepada kehidupan masa depannya.  Lantaran itu semua aktiviti akan disepadukan lima aspek perkembangan iaitu kerohanian, sosio emosi, bahasa dan komunikasi, kognitif dan fizikal.  Dengan itu dia berupaya menjalankan aktiviti tugasannya dengan pendekatan belajar melalui bermain dengan seronok.  Aura positif ini dapat dirasai oleh anak-anak.  Maka anak-anak ini akan melibatkan diri dalam setiap aktiviti dengan gembira.


Sekiranya menghadapi sebarang cabaran seperti karenah ibu bapa atau ragam rakan sejawat atau perangai kanak-kanak, beliau akan menerima dengan hati terbuka.   Lalu bermuhasabah bahawa setiap pemasalahan itu adalah kifarah untuknya.  Dan cubaan itu sebagai peluang untuk dia meningkatkan lagi keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.


Jikalau sebaliknya, iaitu busuk hati dan berhasad dengki akibatnya segala urusan menjadi haru-biru, resah-gelisah, stress, tikam belakang dan berleluasalah budaya 'mengipas satay'.  Rezekinya tidak ke mana.  

Justeru itu,  marilah sama-sama kita menjadikan kerja sebagai ibadah umum dan jihad demi memandaikan ummah.






Rabu, 6 Jun 2012

Senyuman Penawar Segala Keluhan

Cuti sekolah sering memberi tekanan emosi kepada teacher di day care atau taska.   Oleh kerana terdapat sebilangan teacher turut bercuti 'mengejut' pada tempoh tersebut.   Ini  membuatkan suasana tempat kerja menjadi agak tegang.

"Relax.  Bawa bertenang.  Insya-Allah, kita berupaya melaksanakan tugasan hari ini dengan sempurna". Ujar A, yang lebih senior daripada kalangan kami.  Sambil tangannya cekap menyenduk meehoon goreng ke dalam pinggan.  

Saya mengangguk setuju.

"Tapi tak adillah.  Masing-masing telah dapat cuti secara bergilir.  Kenapa dia perlu ambil cuti tambahan tanpa fikirkan kita yang terbeban dengan tugasan nie".  Tegas C.  Kurang puas hati.  Air mukanya menjadi keruh.  Tiada seri.  Tiada senyuman.   

"Stress orang lah." Bentak C lagi.

Insiden tersebut tambah jelas di kotak fikiran saya selepas membaca artikel 'Hati lebih tenang jika berjaya tahan marah, pemaaf' - sumber : Tazkirah laman web Masjid Negara, Berita Harian,  Agama, Isnin, 4 Jun 2012.

Nabi Muhammad SAW bersabda;

"Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Maka selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang sekecil-kecilnya.  Kemudian berfikirlah sejenak untuk menilai dan memunasabah diri.  Pada waktu itu syaitan tidak berpeluang menyemarakkan perasaan marah.  Sebaliknya akan terbit keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat besar kepada diri.  Khasnya dari sedi sudut ketenangan jiwa dan rohani.  Oleh kerana orang yang pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan kebaikan.

Satu perkara lagi orang yang pemaaf mudah senyum.   

Senyuman mampu melahirkan perasaan gembira, mendamaikan hati, mententeramkan jiwa, mampu mengusir kedukaan dan stress.  Sebaliknya menerbitkan rasa lega dan berlapang dada.  Juga menceriakan jiwa yang lesu.   

Yang paling penting senyuman adalah pembuka pintu rezeki dan mengeratkan kasih sayang.

Haa..., kekawan semua dua sifat ini perlu ada dalam diri kita selaku pendidik pendidikan awal kanak-kanak iaitu pemaaf dan senyuman yang ikhlas.   Sesungguhnya sifat pemaaf dan amalan senyuman yang ikhlas tidak menjadikan seseorang itu hina atau rendah diri.  Sebaliknya ia mampu mengangkat harga diri dan kewibawaan seseorang.



Wallahualam.


Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...