Selamat sejahtera dan Salam bahagia rakan-rakan pembaca.
Lama saya menyepi. Itulah cabaran sebagai seorang penulis. Tugas dan tanggungjawab hakiki selaku ibu, isteri, anak dan dalam keluarga serta masyarakat menjadi persaingnya.
Lupakan seketika perihal kehidupan saya itu. Ehem...
Pada entry kali ini saya terpanggil untuk menjelaskan perkara di atas. Ramai ibu bapa tidak percaya dan kurang memberi penekanan akan perkara tersebut. Tambahan pula jikalau sesi pertemuan ibu bapa ini baru sahaja hendak dilaksanakan oleh pengusaha TASKA atau 'Day Care' bagi kanak-kanak seusia bawah 4 tahun.
Sikap begini perlu diperbetulkan menerusi sesi penjelasan dan pengedaran maklumat akan kepentingan menghadiri Sesi Perjumpaan Ibu Bapa anak-anak ini.
Memang benar, 'Report Card' kanak-kanak seawal usia 4 tahun ini tidak menjamin mereka ke asrama penuh. Tetapi perlu diingat 'Report Card' yang dimaksudkan adalah Rekod Pencapaian Kebolehan Kanak-kanak Mengikut Tahap Umur adalah penentu kecemerlangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak ini untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran hidup seharian mereka. Pada masa yang sama suntikan penyuburan nilai-nilai modal insan dan soft skill pada peringkat awal usia ini mampu mencorak kehidupan yang harmonis dan berketrampilan dalam mengharungi zaman remaja dan dewasa kelak.
Kita ambil nilai kerjasama dalam aspek perkembangan emosi, bahasa dan kerohanian kanak-kanak berumur 3 tahun.
Contoh; Rekod Pencapaian
Nama : A
Umur : 4 tahun
Penilaian Menerusi Aktiviti Dirancang.
Tarikh : 1/5/2012. Jam : 9:00 pagi - 9.45 pagi.
Aktiviti Bermain Pasir.
- Perkembangan emosi :
A gembira membina istana pasir bersama 2 orang rakan iaitu S dan D dengan ceria serta gelak ketawa.
- Perkembangan bahasa :
A berkongsi pendapat dan bercerita bentuk istana pasir yang dibinanya kepada rakan. Sesekali dia bersoaljawap tentang bentuk-bentuk imej yang rakan-rakannya bina."Kita pandaikan", A menghargai kebolehan dirinya dan rakan-rakan sepermainannya.
- Perkembangan kerohanian :
A berkata "Teacher, Alhamdulillah istana saya dah siap". Sambil A menunjukkan istana pasirnya.
Nota Guru:
Perkembangan emosi, bahasa dan kerohanian A berkembang secara sepadu. Beliau boleh berkerjasama dengan rakan-rakan. Tahniah!
Berdasarkan contoh di atas, penilaian kanak-kanak awal usia bukan dari segi akademik tetapi di nilai dari aspek perkembangan dan kebolehannya bersesuaian dengan tahap usia mereka. Di samping portfolio hasil kerja perkembangan kognitif dan perkembangan kreatif dan estetikanya.
Bagaimanapun adalah digalakkan para guru di TASKA atau pusat jagaan melampirkan gambar aksi kanak-kanak yang tetap berkenaan dengan nota perkembangannya.
Aktiviti perjumpaan ibu bapa ini boleh dilaksanakan 2 kali setahun.
Akhir kata SELAMAT HARI GURU.
2 ulasan:
salam puan, tahniah atas usaha puan untuk memberi kefahaman kepada ibu bapa betapa pentingnya laporan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Ingin saya berkongsi sedikit tentang laporan harian kanak-kanak. Setiap pergerakan, tingkah laku, aktiviti kanak-kanak dicatatkan setiap hari. Tidak ada satu pun yang boleh tertinggal. Dari hari pertama sehinggalah hari terakhir mereka berada bersama kita. Ibu bapa perlu didedahkan dengan semua aktiviti kanak-kanak. Laporan perkembangan menyeluruh kanak-kanak perlulah dilakukan 3 bulan sekali, maknanya dalam setahun kita perlu maklumkan kepada ibu bapa sebanyak 4 kali. Masih segar dalam ingatan saya kata-kata nasihat guru saya, `kamu kena menilai kanak-kanak setiap hari dan hendaklah dilaporkan kepada ibu bapa tiap-tiap 3 bulan sekali, barulah kamu boleh nampak apakah perkembangan yang berlaku dalam diri kanak-kanak. dan Untuk mengenali seorang kanak-kanak bukanlah satu masa yang singkat, sekurang-kurangnya seorang guru, pengasuh dan pendidik awal kanak-kanak boleh mengenali kanak-kanak dalam masa 2 tahun'.
terima kasih guruku IEYD 2007-2009.
Waalaikumsalam Puan, terima kasih kerana sedia berkongsi maklumat yang amat bermakna itu. Semoga ia berupaya meningkatkan mutu kemahiran para pendidik dalam tugasan perekodan klinikal secara berkala. Insya-Allah.
Catat Ulasan