dEWASA KINI sedang hangat tentang isu gaji minimun RM 900.00 STAF TASKA. Ramai pengusaha yang pening kepala. Malah dilaporkan majikan telah mendapat penangguhan melaksanakannya.
Oleh kerana majoriti pengusaha 100% bergantung kepada hasil kutipan yuran tahunan. Jadi untuk menaikkan gaji staf, mereka perlu menaikkan yuran kemasukan dan bulanan para pelanggannya.
Akibatnya, ramai ibu bapa mulai gusar dengan ura-ura kenaikan yuran bulanan taska. Mereka amat terbeban. Khususnya kepada ibu bapa yang mempunyai anak lebih daripada seorang yang dihantar di taska sebab tuntutan ekonomi. Hal ini menjadi topik panas dalam beberapa pertemuan dengan kalangan ibu muda di majlis perkahwinan dan majlis tahlil atau marhaban.
Saya memberi pandangan peribadi yang ikhlas setelah dipinta oleh mereka. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua. Oleh kerana saya adalah seorang ibu kepada 3 orang anak. Juga pernah bertugas selaku pengasuh dan Penyelia TASKA. Hendak tahu pendapat saya?
Jawapannya, memang kakitangan taska berhak menerima bayaran upah/gaji minumun RM 800.00 hingga RM 900.00 sebulan.
Oleh kerana mereka bertugas bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00malam. Terdapat sesetengah organisasi taska seawal jam 6.30pagi. Kemudian staf yang sama perlu stay-back hingga jam 9.00 malam sebab ibu bapa terpaksa balik lewat atas urusan kerja. Bayaran overtime yang staf ini terima kadang-kala 1 jam hanya RM 2- RM 5/= SAHAJA. Dan ia dikira selepas jam 7.30 malam.
Tahukah anda menjaga, mengasuh dan mendidik kanak-kanak amat tinggi cubaannya. Kerapkali apabila bersimbang dengan kakitangan taska, mereka memang terkejar-kejar bagi memenuhi keperluan diri. Umpamanya seperti waktu solat, rehat dan makan. Kalau diikutkan tempoh masa mereka bersama anak-anak anda lebih 12 jam.
Pagi anda hantar anak busuk masam , namun petang apabila anda jemput anak anda, mereka sudah comel dan wangi. Sebilangan besar balik anak tinggal tidur aje.
Walhal pada waktu siangnya anak-anak comel ini telah diberi ilmu asas kehidupan daripada para pendidik ini dengan penuh kasih sayang dan amanah serta bertanggungjawab.
Paling bahagia jikalau tiba-tiba julung-julung kalinya anak kecil anda yang masih pelat telah boleh membaca Surah Al-Fatihah dan maknanya secara bernasyid dengan gaya sekali. Mahupun telah pandai menyuap makanan sendiri. Dan sebagainya.
Berbaloi ke dengan bayaran yuran RM 250 hingga RM 350 sebulan. Anda sendiri pun tidak teringin sama sekali bukan. Tahukah anda terdapat segelintir pendidik ini memiliki degree dan diploma?.
ATAUPUN satu lagi alternatif para PENGUSAHA dan PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK boleh usahakan untuk meningkatkan pendapatan diri adalah dengan cara;
1. Menganjurkan siri 'play group' kepada anak-anak antara 16 bulan hingga 9 tahun pada hujung minggu. Durasinya antara jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi, dengan kadar bayaran RM 30.00 sekepala. Aktiviti yang dijalankan melibatkan circle time, aktiviti perkembangan sosio-emosi, kognitif, bahasa, fizikal serta islamiyat/hafazan.
2. Menganjurkan kursus keibubapaan berkenaan SPA Bayi; menangani tenteram anak; perihal merangsang perkembangan fizikal, bahasa, sosioemosi dan kognitif anak 2 hingga 4 tahun. Dan banyak lagi topik.
3. Menganjurkan Kem Cepat Baca usia 6 hingga 9 tahun, ketika hujung minggu atau cuti sekolah.
4. Mengadakan Kem Bestari Solat.
5. Mengadakan Kem Chef Cilik pada cuti sekolah.
Hooi... banyak lagi program berbayar yang boleh menambahkan poket anda.
Akhir kata kembali kepada pilihan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan