" Kak Ngah, Usu tersentuh sangat bila balik dari tadika hari ni,
Masyita *** beri kad ucapan hari ibu yang dia lukis dan tulis sendiri"
"Walaupun tak cantik mana. Usu bangga dengan dia.
Terima kasih Kak Ngah kerana selalu ingatkan Usu
suatu hati bila tiba masanya Masyita boleh menulis jugak.
Tak perlu paksa-paksa anak. Nie mungkin berkat tak kena marah lagi
bila menconteng dinding. Jadi dia kreatif."
Ucapan itu diakhiri dengan gelak.
Coretan situasi di atas menjadi penjelasan kepada penyataan Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) dalam artikel blog beliau bertajuk Proses Kreativiti Bukan Hasilnya;
"Memahami adalah proses bukan hasil yang diperlukan oleh kebanyakan kanak-kanak. Kehidupan kita dalam orientasi kerja, budaya menumpukan penghasilan kadangkala kita terlepas pandang kepada perkara yang mudah untuk keseronokan melakukan sesuatu demi kepuasan diri. Kanak-kanak bagaimana pun mendapatkan kepuasan lebih daripada keseronokan. Mereka melalui proses dan mengembirakan saat yang dilalui. Oleh itu tidak perlu tergesa-gesa untuk menghabiskan sesuatu atau merasa tekanan kepada menyiapkan sehingga selesai. Kanak-kanak merasa seronok membawa pulang hasil rekaannya."
Senada dengan itu, saya mengingatkan diri bahawa pendidik awal kanak-kanak elakkan sikap menggesa kanak-kanak menyiapkan sesuatu tugasan mengikut perspektif kehendak diri. Iaitu kerja yang kemas, lukisan yang berwarna cantik serta letak atur yang sempurna. Contohnya warna daun mesti hijau. Jangan marah atau herdik wajah ibu yang dilukis diwarnakan hitam.
Sebaliknya berkomunikasilah dan santunilah kanak-kanak bagi mencari jawapan kepada seni keunikan kreatif mereka itu. Pastinya anda akan menemui rasional menerusi luahan kata-kata dari mulut mungil mereka atau hanya bahasa senyap. Di sini kita selaku pendidik perlu peka akan signal gerak-geri tutur gerak badannya yang sepi.
Berdasarkan pengamatan saya, aktiviti seni dan kraflah kita dapat berseronok dan berseloroh dengan anak-anak didik ketika melakukan hasil kerja mereka. Namun dalam persekitaran yang terkawal.
Saya amat berpuas hati kerana kanak-kanak ini akan merayu-rayu untuk membawa pulang hasil kerja mereka.
"Ala... teacher, boleh lah. Saya nak tunjukkan pada mama".
" Saya pun"
Hubungan bonding antara pendidik dan kanak-kanak pun terjalin. Memang best!
*** Masyita baru berumur 4 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan