Ahad, 24 Ogos 2014

LARAS BAHASA LAPORAN PRAKTIKUM

Laporan praktikum adalah rekod rasmi yang menjadi tanda aras ketrampilan bakal pendidik.

Justeru itu bakal pendidik tidak berkompromi dalam cara penulisan laporan praktikum.  Ini juga merangkumi gaya mempersembahkan bahan lampiran aktiviti yang akan dan telah dijalankan dengan kanak-kanak.

Ciri-ciri gaya penulisan laporan praktikum;
1   Menggunakan ayat yang ringkas. Namun ia dilengkapi dengan subject dan predicert.
2.  Pastikan ejaan betul.
3.   Elakkan menulis ayat panjang.
4.  Gunakan tanda baca dengan bijak untuk mewujudkan   nada intonasi apabila pembaca atau penilai ptsktikum membacanya.
5.  Laporan mempunyai muka surat, tajuk, nombor lampiran dan isi kandungan.

Bahan lampiran  seperti lakaran dan bahan, alat bantu mengajar ;
1. Perlu kukuh.
2. Cukup bilangan.
3. Warna yang cerah dan menarik.
4. Mahir menggunakan bahan bagi mencapai objektif  pengajaran dan pembelajaran.
5. Memiliki unsur sensorial.
6.  Anda turut seronok menggunakannya.

Sekiranya laporan praktikum anda dilengkapi perkara di atas, InsyaAllah kejayaan cemerlang top 5 dalam gengaman.



Guru Tadika : Lawak

Lawak. ..mmm

Guru tadika perlu pandai melawak.  Ia dikenali sebagai kecindan.

Kenapa perlu ciri-ciri kecindan?
1.  Untuk menceriakan sesi pembelajaran dan pengajaran.
2.  Ia membantu anak-anak didik melibatkan diri dalam aktiviti secara spontan dan rela hati.
3.  Memotivasi anak-anak berkomunikasi dengan kita dengan yakin.
4.  Maklumat mudah diterima oleh anak-anak didik awal usia.
5.  Selaku pendidik lawak jenaka membantu kita memberi khidmat dengan penuh defikasi .

PEringAtan;
1.  Awas tutur kata. Juga gelak  ketawa.  Tatasusila, adap sopan dan gaya badan 300% perlu mengikut Islamic complians.  Oleh kerana kita role model kepada mereka.
2.  Pemilihan  perkataan guna laras bahasa tinggi.  Langkah ini penting sebab kedaulatan bahasa Melayu petlu didedahkan seawal usia 3 tahun.

Khamis, 29 Mei 2014

AKTIVITI KONSEP MATH DI RUMAH

cUTI sekolah .

Anak-anak gembira.
Tiada kongkongan rutin berjadual belajar dalam kelas.
Bebas melakukan aktiviti yang digemari.  Khususnya mereka yang tinggal berdikari di rumah.  Oleh kerana ibu bapa pergi mencari rezeki.

Bagaimana pula anak-anak kecil yang tinggal dengan ibu di rumah?
Khususnya anak-anak yang aktif di tadika.
Sudah barang tentu para ibu mengeluh.  Penat.

Wahai ibu kekasih Allah.

Mari kita melakukan aktiviti bersama-sama mereka sebelum kita menggurus rumahtangga.

Langkah pertama ukirkan senyuman.  Sapa dan berbual mesra dengan anak-anak.  Jikalau terasa stress, berzikirlah bersama-sama mereka.  Jikalau anak-anak berlari, anda duduk bersandar sejenak di kerusi memerhatikan mereka.  Tenangkan fikiran.  Tarik nafas dalam dalam kiraan 30 secara menaik iaitu 1,2,...hingga 30.Kemudian  perlahan-lahan lepaskan nafas dengan kiraan 30 secara menurun iaitu 30,29, 28 hingga 1.

Jadi untuk mengurangkan keriuhan anak-anak berlari.  Bersama-sama mereka melangkah jalan mengundur dengan kiraan 1 hingga 30.  Jalan ke hadapan dengan kiraan menurun iaitu 30, 29 hingga 1.  Ulang aktiviti tadi menggunakan bahasa English pula.  

Aktiviti seterusnya merangkak.  Anda boleh menggunakan kaedah mengira yang sama.

Diikuti dengan antiviti melompat ke depan jika nombor ganjil. Melompat ke belakang bagi bilangan nombor genap.

Pastikan setiap aktiviti mulakan dengan Bismillah.  Alhamdulillah apabila telah selesai melakukannya.

Break.

Beri anak-anak Khalifah Allah minum air masak.  Adap diasuh.  Ambil cawan tangan kanan.  Mulakan Bismillah dan  membaca doa.  Teguk minuman dengan perlahan.  Selesai minum ucaplah Alhamdulillah. 

Sesudah itu wahai ibu yang dirahmati Allah, berilah anak-anak alat permainan pula.

Ketika mereka leka bermain dengan alat permainannya, bolehlah anda melakukan tugas harian.  Namun demikian para ibu perlu peka kepada keselamatan anak-anak setiap ketika.

Eheem  Insya-Allah anak-anak ini akan seronok.  Syukur semasa melakukan aktiviti ini  para ibu juga bersenam dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Alhamdulillah badan juga cergas sihat.



### Hem... bermainlah dengan anak-anak di awal usia.  Dakap, peluk dan cium mereka.  Itu terapi yang paling mustajab.  


Selasa, 4 Februari 2014

DAKAPAN DAN EYE TO EYE CONTACT MEREDAKAN ESAKAN DAN TANGISAN ANAK-ANAK

Sungguhpun telah memasuki bulan ke-dua persekolahan namun masih ada anak-anak didik yang terganggu emosinya.  Reaksi sebegini umumnya dilihat berlaku di kalangan anak-anak didik yang baru pertama kali memasuki alam persekitaran taska/tadika.   

Ada segelintir anak-anak ini menangis teresak-esak hingga muntah.  Jua terdapat di antara mereka itu tertidur sepanjang waktu pembelajaran.   

Ada pula senario anak-anak ini tidak mahu masuk ke kelas mereka.  Sebaliknya meronta-ronta mahu masuk dalam kelas individu teacher yang disenangi olehnya.

Peristiwa ini berlaku kepada saya.  Tahun ini ada 4 orang anak yang  melekat di kelas saya.   Pada awalnya saya memang tidak selesa.   Oleh kerana berlaku  penambahan beban kerja.  Sebab kehadiran mereka ini mengganggu kelancaran perjalanan aktiviti pembelajaran dan pengajaran kelas.   Stressss...

Akhirnya Allah memberi ilham cara pengurusan diri dalam menangani keadaan demikian iaitu;
1.  Motiasi diri - sesungguhnya aku insan terpilih oleh anak-anak syurga untuk bermain dengannya, layan je ..
2.  Binalah  suasana selamat dan selesa - dakap dan ingatkan pesanan ibu ayah agar   belajar dan berkelaluan baik ketika di sekolah.
3.  Rendahkan kedudukan badan anda dan bina Eye to eye contact - setiap kali berkomunikasi dengannya.
4.  Nada suara pula - perlahan memujuk, tegas dan jelas.

Alhamdulillah ....walaupun sesekali mereka datang singgah ke kelas saya, selepas diusap bahu sambil memberi kata-kata perangsang secara eye to eye contact, kemudian apabila diminta kembali ke kelas mereka semula, mereka patuh denga langkah yang yakin dan senyuman.

Melihat perubahan positif anak tersebut, saya mengucap syukur ke hadrat Illahi di atas pengalaman terindah ini.  

Khamis, 30 Januari 2014

WHY ALLAH CREATES US FOR 2 EARS AND 1 MOUTH?

Sudah sebulan saya bersama 12 kanak-kanak dalam Class 5 years Ibnu Haitham untuk sesi 2014.  Amat mencabar.   Kelas  Advance pula.  Anak-anak Jannah  yang bijak berbicara.

Semalam kesabaran ku amat tercabar.  Bising  ya... amat.  Oleh kerana mereka perlu menyiapkan activity mewarna worksheet.  Mentalah aku sedang membuat bacaan dengan seorang kanak-kanak di hadapan kelas.  Apabila selesai aku meminta kanak-kanak itu kembali ke tempatnya untuk menyambung tugasan mewarnanya.

Dengan tegas dan nada yang nyaring aku memberi Salam.  Mereka menjawap serentak.  Aku terus membelek setiap buku anak-anak didik.  Masya-Allah ramai yang tidak mula lagi.   Ya Allah... apa yang harus aku lakukan... bingung mencari ilham.  Tiba-tiba....

Q :  Little Caliphs how many mouth do you have?
A:  One teacher Oni.
Q: How many ears do you have?
A: Two teacher Oni cantik.  (they are laughing)
Q: Which once is many, mouth or ears?
A: Ears.
Q: Which once is less?
A: Mouth is one.
Q: Whom create it?
A: Allah...

Then I rasionalkan...

" Itu sebabnya kena kurangkan bercakap kerana  Allah cipta satu mulut, dua telinga dan dua tangan supaya kita banyakkan mendengar  untuk buat kerja yang teacher minta dengan cepat siap dan kemas.  Bila membaca nanti barulah boleh baca kuat dan betul."  

"Teacher, teacher.  I'm done"  Hail Hadi said.

"Subhanallah... excellent Hadi.  Alhamdulillah."   dapat 3 sticker untuk ditampal di Masya-Allah Chart dirinya.

Syukur hari ini mereka semua  mematuhi arahan dan menjalankan  tugasan dengan riang sekali.  Mungkin mereka enjoy sebab banyak active learning for math and pre-reading.








Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...