oleh
Datin Nooraini binti Khaironi.
Gambar sumber: babycenter.com.my
Bayi di Taska ada aktiviti tersusun bagi rangsang pertumbuhan dan perkembangan
yang holistik (fisikal, emosi, rohani dan inteleknya)
Kenapa Taska penting kepada bayi ANDA?
Kini majoriti kaum ibu bapa bekerja. Ramai di kalangan keluarga B40 adalah adalah kategori keluarga nukleus. Di mana dalam isi rumah terdiri daripada ibu, ayah dan anak. Tidak seperti era sebelum perindustrian dan proses pemangkinan urbanisasi. Semasa ramai keluarga tinggal di dengan persekitaran ahli keluarga terdekat. iaitu datuk, nenek, pak cik, mak cik dan sepupu sepapat. Bila ibu ayah hendak bekerja anak dijaga oleh mereka.
Cuba kita renung keadaan sekarang. Keluarga yang tinggal di kawasan urban dan pinggiran bandar amat memerlukan sokongan perkidmatan penjagaan Taska. Seawal 2 bulan bayi telah melalui proses rangsangan pembelajaran kurikulum pengasuhan dan pendidikan awal PERMATA. Pelbagai aktiviti pembelajaran terancang berdasarkan kesesuaian perkembangan umur bayi bagi merangsang perkembangan fizikal, emosi, rohani dan intelek atau kognitif oleh pendidik.
Pendidik ini berperanan sebagai ibu bapa ganti atau penjaga kepada bayi. Demi keselamatan bayi Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Malaysia telah menetapkan nisbah 1 orang pendidik untuk 3 orang bayi. Manakala petateh 1 orang pendidik 10 orang kanak-kanak dengan seorang pembantu. Para pendidik ini memiliki kelayakan profesional minimum sijil pengiktirafan Kursus Asuhan PERMATA. Malah terdapat juga yang memiliki Diploma, Ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Dewasa kini terdapat segelintir pendidik ada latar belakang pendidikan Master Ph.D dan berpegalaman luas dalam bidang kejuruteraan, perbankan, sumber manusia telah menceburkan diri dalam industri Taska.
Proses asimilasi profesionalism di Taska Malaysia sedang ke arah standard global. Malah lulusan Diploma, Ijazah dan Master dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak ramai telah membuka Taska dalam komuniti mereka. Bayaran yuran anggaran RM 300 hingga RM 450 bergantung kepada lokaliti masing-masing.
Sedangkan kos operasi mereka tinggi apabila kerajaan telah meletakkan tahap gaji minumum RM 1000. Tapi kerajaan tidak menyediakan skim caruman kepada Operator. Tambah pula dihimpit dengan kekangan sikap pelanggan culas membuat pembayaran yuran bulanan.
Umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Khususnya dalam cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan penutupan Taska. Sifir mudahnya pendapatan bulanan mereka zero atau sifar atau kosong.
Bagaimana tahap kesulitan yang akan para pengusaha Taska tanggung sekiranya tempoh PKP di lanjutkan?
Apa kesannya kepada pelanggan, seandainya Taska, industri perkhidmatan bersekala kecil yang banyak berbakti kepada bakal pemimpin masa depan ini tutup?
Para pelanggan Taska budiman, dengan mata hati gambarkan esok PKP telah TAMAT. Anda suami isteri perlu bekerja normal hour. Di manakah bayi anda mahu ditempatkan?
Pertimbangkan dengan hati yang ikhlas. Samalah waktu saat getir ini saling berganding bahu saling bantu membantu.
Mungkin sudah tiba masanya Taska di Malaysia lebih kreatif mempromosikan pakej voucher cara pembayarannya. Dalam mencari solusi pakej rangsangan kewangan Taska untuk survivor jangka masa panjang.
Di sini saya usulkan pakej rangsangan kewangan Taska bagi Bilik bayi;
1) Pakej Asas = RM 350.00 /bulanan (perkhidmatan asas jagaan & pendidikan rutin)
2) Pakej Gold = RM 500.00/bulanan (perkhidmatan asas jagaan & pendidikan rutin
+ 1 siri ceramah keibubapaan (2 peserta) + 2 kali siri online aktiviti)
3) Ala carte program :
- RM 100.00 > 1 orang peserta : 1 Siri Ceramah Keibubapaan
- RM 150.00 > 2 orang peserta : 1 Siri Ceramah keibubapaan.
- RM 150.00 > 2 kali siri online aktiviti.
- RM 100.00 > setiap 1 siri online aktiviti (personal coach)
4) Bayaran overtime anak RM 25.00 /jam selepas pukul 6 petang. Bayaran RM10.00 dikenakan bagi ibubapa yang hantar anak sebelum 8.00pagi. Oleh kerana masa operasi Taska adalah pukul 8.00 pagi Oleh kerana Taska perlu menugaskan pendidik bekerja di luar masa kerja. Objektifnya supaya bonding anak dengan ibu bapa berterusan.
Selain itu, para Pengusaha Taska lebih proaktif dalam proses meningkatkan kualiti kehidupan bayi semasa bersama likungan tempoh pemantauan team pendidik anda.
Usaha-usaha advokasi akan nilai tinggi perkhidmatan Taska di Malaysia perlu lebih versatile menerusi pelbagai medium media terkini. Khasnya dalam memberi kesedaran kepada para ibu bapa dan penjaga bayi akan kualiti perkhimatan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di Taska dengan cara asuhan orang gaji di rumah. Perkara ini perlu diamarahkan oleh setiap individu dalam industri pendidikan awal kanak-kanak dari pelbagai latar belakang pendidikan.
Inilah hikmah besar PKP kepada industri Taska Negara yang perlu berubah demi survivor kelangsungan perkhidmatan kepada bayi, Khalifah Allah.
Cabaran PKP adalah peluang untuk membina legasi kelestarian perkhidmatan Taska yang terus relevan dengan hablum mi nallah hablum mi nan nas.
Transformasi itu mula dari diri.
Tukar masalah kepada cabaran. Ia akan mengerakkan mindset positif untuk anda jadikan ia peluang untuk explore pelbagai kaedah bagi mengembangkan perkhidmatan Taska masing-masing.
Salam maju jaya para HERO pejuang bayi PERMATA Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan