Muhasabah diri.
Bingkas dari syok sendiri.
Berlari menjejak peluang optimum potensi
diri.
FB Nooraini Khaironi,12 Oktober
2017-11.28pm.
Kita adalah makhluk. Berperanan selaku Khalifah Allah. Hamba kepada Maha Pencipta iaitu Allah
Azawajalla. Kita insan yang tidak
sempurna. Oleh yang demikian kita
disarankan agar melakukan muhasabah
diri. Matlamatnya untuk sentiasa
meningkatkan nilai taqwa pada kaca mata Ilahi.
Apakah
itu muhasabah diri?
Muhasabah diri ini adalah menilai diri sendiri. Lalu kita
sedaya upaya melakukan perubahan
dalam proses memperbaiki diri dalam hubungan kita dengan Allah. Pada masa yang sama memurnikan hubungan
sesama makhluk ciptaan-Nya. Ia meliputi
urusan seharian hubungan antara manusia dengan manusia, haiwan bahkan
alam semesta. Tidak terkecuali objek
yang tidak bernyawa. Seperti barang
keperluan, harta awam, air, udara, seluruh cekrawala dan isi bumi.
Ia merangkumi ibadah fardhu ain dan fardhu
kifayah.
Menerusi proses penilaian diri setiap hujung
malam membangunkan rasa syukur dalam diri.
Pada waktu yang sama kita berupaya melatih
membina upaya roh ihsan di jiwa
sanubari. Di mana roh ihsan ini
menghidupkan deria sensori bahawa segala perlakuan kita diperhatikan oleh
Allah. Dan apa sahaja yang kita lakukan mesti
mematuhi perintah-Nya dan menjauhi dan meninggalkan segala larangan-Nya. Segalanya demi menuntut keredaan Allah Yang
Maha Esa.
Oleh itu solok Iman dan akhlak Islam menjadi
timbang tara untuk menjuruskan setiap perbuatan kita bernawaitu sebagai ibadah kepada Al Khaliq
Pencipta kita.
Kenapa
perlu muhasabah diri?
Kita perlu melakukan muhasabah diri kerana mahu menjadikan diri kita lebih baik
daripada semalam. Dengan cara itu kita
akan melalui satu proses kejayaan dalam kehidupan.
Pada masa yang sama kita berupaya melakukan tindakan yang terbaik yang
boleh kita lakukan untuk meningkatkan
kualiti diri dari hari ke hari.
Oleh yang demikian, kita kena sentiasa
positif dan berusaha untuk berubah bagi mencapai kehidupan yang lebih tenang
fikiran, sejahtera emosi dan memakmurkan kesyukuran dalam jiwa nurani.
Bagaimana
cara untuk melakukan muhasabah diri?
Ia mudah untuk dilaksanakan. Yakin
anda boleh melakukannya.
Yang penting kita ada kemahuan untuk
melaksanakan mengikut kesesuaian masa dan keselesaan diri sendiri. Masa yang
terbaik adalah selesai solat. Kita
masih berwuduk. Duduk bertafakur tenang
dan berniat untuk melakukan muhasabah diri kerana keredaan Allah. Mulakan
dengan beristigfar. Mengucap dua kalimah
syahadah. Diikuti dengan selawat.
Disusuli dengan kita bertanya kepada diri sendiri tentang apa
perbuatan yang kita berasa tenang dan menilai apakah setiap perlakuan tersebut
sesuai dengan perintah-perintah Allah Taala.
Selepas itu dengan penuh rasa rendah
diri, kita mohon kemaafan kepada
Tuhan. Dengan perasaan rendah diri yang
sama kita memaafkan kepada semua insan yang telah menyakiti hati dan menjadi
asbab kecelaruan fikiran dan tekanan dalam hidup kita. Sebaliknya kita doakan mereka agar hidup
sejahtera dan bahagia.
Kemudian berdoa kepada Allah untuk memberi
petunjuk yang benar.
Langkah selanjutnya, kita muhasabah diri bagi
merangka plan tindakan strategi untuk memulakan aktiviti esok hari.
Pada peringkat ini kita perlu bertanya tiga
soalan ini kepada hati kita berlandaskan Iman.
Pertamanya, apakah perbuatan yang diinginkan itu mampu dilakukan atau tidak. Kedua, apakah perbuatan itu sesuai
syariat. Ketiga, apakah perbuatan itu
akan dilakukan ikhlas kerana Allah.
Rumusan daripada penilaian diri ini, kita
boleh tulis atau gambarkan dalam bentuk rajah yang jelas untuk panduan. Tindakan ini dikenali sebagai vision board iaitu impian yang akan kita capai.
Kita perlu istiqomah mempraktikkan amalan
muhasabah diri setiap hari.
Hari demi hari kita perkemaskan ibadah solat
lima waktu. Disusuli juga antaranya diikuti dengan amalan ibadah sunat seperti solat sunat Dhuha, zikir kubra Surah
Al Matsurat dan puasa sunat.
Apakah
faedah yang kita perolehi setelah melakukan muhasabah diri?
Faedah muhasabah diri, membuatkan kita
bingkas dari syok sendiri.
Setiap kali melakukan proses muhasabah diri,
selaku seorang muslim kita akan mengetahui akan kelemahan serta akan aib diri sendiri, baik dalam hal amalan ibadah
kita mahupun aktiviti dalam urusan duniawi.
Lantas kita tahu apa yang harus diperbaiki
pada keesokkan hari. Agar hari esok lebih baik daripada hari ini.
Seperkara lagi, seseorang yang sering
muhasabah diri akan gerun melakukan kemaksiatan dan keburukan. Oleh kerana dia sedar setiap saat dirinya
sentiasa diawasi oleh Allah Subhanahuwatallah.
Malah jiwa rohani kalbunya sering
menghidupkan kesedaran bahawa untuk
merasa tenang dan damai dalam hidup hanya dengan melakukan kebaikan dan
amal soleh demi mendekatkan diri kepada Ilahi.
Insya Allah dia akan berwaspada dengan bisikan hawa nafsu yang
membinasakan.
Sesungguhnya muhasabah diri adalah aplikasi
memperkasakan potensi diri untuk membina kejayaan yang total dan optimum di dunia dan akhirat. Oleh kerana ia didasari oleh Islam, Iman dan lkhsan.
Nikmat
muhasabah diri.
Subhanallah.
Amalan muhasabah diri ini menghidupkan sifat
kehambaan kita kepada Allah Taala, Di sinilah punca nikmat beribadah kepada Pencipta
kita. Maka berputiklah rasa kasih dan rindu kepada
Baginda Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah.
Terbit pula jentikan kalbu rasa kesyukuran yang mendalam kepada segala
nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita.
Rentetan itu, kita akan berusaha keras menghindari diri dari melakukan
perbuatan yang akan menghanguskan pahala kita. Lantas dengan sedar kita akan berfikir
bercakap dan berbuat yang baik-baik.
Sesungguhnya kemahiran melaksanakan amalan muhasabah
diri satu demansi membina solusi diri untuk membina kejayaan dalam urusan
duniawi dan ukhrawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan