oleh
Nooraini Khaironi
Kita hamba Tuhan.
Laksanakan ibadah suatu tuntutan.
Menuju Jannah impian setiap insan beriman.
Petikan : FB Nooraini Khaironi, 20/12/ 2017. 1.44am.
Kita
adalah Khalifah Allah. Anak-anak adalah
anugerah Allah. Semuanya adalah Ummah
Nabi Muhammad SAW. Hamba kepada Ilahi.
Sehubungan
dengan itu kita selaku ibubapa secara automatik ditauliahkan selaku
pendakwah. Oleh yang demikian, segala
urusan mengenalkan Allah dan menyantuni akhlak Sunnah Rasulullah SAW tertanggung
atas bahu kita semua.
Hal
ini seiringan dengan amanah bahawa ibubapa adalah pendidik utama. Daie pertama kepada anak-anak. Zuriat benih legasi keturunan kita. Dengan itu wujudkan suasana madrasah dalam
rumah kita. Selaras dengan ungkapan
baiti jannati. Ertinya rumah ku syurga
ku.
Justeru
itu mengajar ketauhidan Tuhan adalah
tugas hakiki ibubapa. Proses tarbiyah ini dimulakan dengan menyedarkan
diri sendiri dan ahli keluarga yang
dicintai bahawa hidup di dunia hanya sementara.
Amal ibadah kepada Yang Maha Esa
tunjang utama hidup hamba kepada
Pencipta-Nya.
Amanah
tersebut merupakan tanggungjawab yang telah ditauliahkan oleh Ilahi sejak azali. Dan menyakini bahawa akhirat akan menjelma
juga amanah termaktub dalam plan kehidupan tercatat oleh kalam Al-Khaliq dalam
Al Quran mukjizat Nabi Muhammad S.A.W..
Lantaran
itu kita perlu membimbing diri mempersiapkan diri. Mulakannya pada saat ini.
Selaku
pembimbing anak-anak, usah bertangguh untuk meningkatkan mutu amal ibadah
kepada Ilahi. Gunakan
setiap saat hela nafas kita yang Allah kurnia untuk berzikir kepada-Nya. Pada setiap
detik kesempatan yang diberi penuhi dengan amalan kebaikan dan kebajikan kepada
makhluk alam. Bukan sahaja untuk diri
kita. Ia juga melibatkan keseluruhan ahli
keluarga.
Dalam
hal ini, saya sering berbisik dalam hati ;
“Anak tidak cemerlang
dalam akademik, suatu perkara lumrah dunia ujian kehidupan. Mungkin juga anak-anak kita boleh menduduki
peperiksaan ulangan. Ataupun anak kita
boleh membuat menukar bidang pendidikan yang lain. Malangnya sekiranya kita gagal dan kecundang
dalam urusan di Padang Mahsyar maka padahlah dia. Kecundang jualah kita selaku ibubapa. Kerana
akhirat kekal abadi.”
Demi
sedar mengejar kejayaan dunia ini terkadang kita alpa berkemungkinan jiwa anak memberontak kerana
impian kita jauh tersasar daripada keupayaan inteleknya.
Statistik
menunjukkan peningkat bilangan anak-anak yang stress. Paling menyedihkan ada yang mengambil
tindakan di luar keimanan seperti terjun bangunan dan membunuh diri.
Antara
asbabnya ramai ibubapa menekankan
belajar untuk dapat A++ dalam peperiksaan.
Suatu pencapaian yang berasaskan
intelek akal logik sahaja. Sedangkan
hati dan jiwa kosong dengan Iman dan amal membangunkan nurani.
Di
mana kita mengabaikan nilai A untuk Allah dalam urusan seharian diri.
Menyedari
hal itu kita selaku ibu bapa hendaklah mengambil langkah mengharmonikan
hubungan antara kita dan anak. Serentak
dengan itu kita kembali ke pangkal jalan menuju keredoan Tuhan.
Lantaran
itu kita perlu lengkapkan anak-anak dengan Iman.
Berikut
tindakan yang ibu bapa boleh amalkan bagi menghidupkan roh Khalifah Allah dalam
diri anak-anak iaitu:
1. Sunnah mengazan dan qamat dilakukan ketika
menyambut kelahiran anak. Kemudian budaya
berkenaan diteruskan sepanjang hayat.
Dalam solat berjemaah misalnya.
Usah cemari pendengaran anak dengan bunyian yang lagha.
2. Pendidikan
akhlak berlandaskan sifat-sihat Rasulullah SAW iaitu siddiq, amanah, tabligh
dan fatonah diterapkan dalam kehidupan.
Ibu bapa perlu menjadi teladan.
Jadi kita kena pertontonkan amalan-amalan dan nilai-nilai yang mulia
seperti tutur kata sopan, menghormati orang tua, belas kasihan kepada orang
susah dan sebagainya.
3. Anak-anak
kena didedahkan dengan aktiviti fizikal ‘outdoor’ atau ‘indoor’ , bersesuaian
dengan peringkat umur dan jantinanya.
Misalnya dengan aktiviti riadah.
Elok juga digalakkan anak-anak menyertai acara sukan sunnah seperti
memanah dan menunggang kuda. Di samping
aktiviti sukan yang popular masa kini.
Antaranya berbasikal, scuba dan sebagainya. Selari dengan pepatah ada menyatakan, akal
yang cerdas dari tubuh yang sihat.
4. Bagi
menjauhi perkara-perkara yang mungkar, misalnya kita perlu jelaskan hal-hal
yang berkaitan dengan hukum hubungan lelaki dan perempuan, batasan aurat, adab
pergaulan dengan bukan mahram. Ini
termasuklah sifat malu dan intergreti maruah diri. Ilmu pengetahuan tentang hukum halal haram
ini dapat memelihara maruah diri, nama baik keluarga dan agama.
5. Anak-anak
kena dididik dengan naluri dan perasaan yang sentiasa positif. Ini membina naluri redho dan tawaduk kepada
Qada’ dan Qadar Allah. Ia dapat membantu
membina sikap kematangan mereka. Faktor
ini menlahirkan sifat yakin diri, sifat berani, kuat semangat, tabah, sabar dan
ehsan.
6. Berceritalah
dengan anak-anak bahawa cara hidup Islam ini indah. Dengan
cara berkongsi rasa nikmat tekala kita sentiasa memperbaiki mutu amalan Islam
dalam kehidupan yang memberi ketenangan dan kebahgiaan. Misalnya memperbanyakkan amalan zikirullah
dengan menyebut Hasmaul Husna seperti Allah,
Ya Rohman, Ya Rohim, Ya Rozzak, Ya Fattah hu Ya Alim. Disulami pula surah 3 Qul. Nyatakan faedahnya kepada kehidupan. Bersama-sama kita mengamalkannya.
Semuanya
bermula hari ini. Kita lakukan dengan
istiqomah sebelum nafas terhenti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan