Rabu, 17 April 2019

KEMBALI BELAJAR ..


Belajar menuntut ilmu dalam apa jua peringkat usia memberi makna yang tinggi kepada minda.  Minda akan terus aktif berfungsi.  ya bekerja untuk mengingat fakta, berfikir menyelesaikan masalah, menakkul bagi mendapatkan penemuan dan kefahaman konsep dan ilmu baru.
Ilmu yang dipelajari mewarnai corak aliran neuron.  Ia amat mencabar trafik informasi maklumat yang berkitar dalam memori.  Khususnya untuk menyusun penuh strategik sama ada dalam folder memori jangka pendek atau memori jangka panjang.
Sesungguhnya belajar pemacu budaya fikir dalam kehidupan.


Rabu, 13 Mac 2019

Senyum...Seindah Suria...Sayang...Sayang.....Sayang...........

😊😊
Bagaimana  suasana taska/tadika anda sekarang?
Masih ramaikah anak-anak yang masih meronta dan menangis pada awal pagi meragam sindrom tempoh peleraian dengan ibu bapa?
Apakah perasaan anda ketika itu?
Macam mana reaksi anda terhadap cabaran tersebut?

Emmm.....
Anda perlu sentiasa tenang dan fokus kepada matlamat diri ketika memohon kerja dalam bidang industri pendidikan awal kanak-kanak.

Selaku ibu bapa ganti, anda haruslah membuka seluas-luasnya ruang bagi anak-anak ini mendapat kasih sayang yang sejati.

"Bagaimana untuk memulakannya, kerana saya belum berkahwin?"  
In Shaa Allah boleh.  Allah telah jadikan wanita ada naluri keibuan.  Bertanyalah kepada guru-guru otai anda.  Berdiskusilah dengan mereka yang ahli dan pakar dalam bidang ini.  Termasuklah ibu anda.  Malah anda boleh mengambil daripada pendekatan cara kita dibesarkan.  Paling mudah google.  Tambah kekerapan membaca artikel berkaitan hal ini.  

"Biar padan.  Ibu bapa dia cerewet bukan kepalang.  Memang sengaja hendak ibu bapa dia rasa getir menjaga anak dia yang asyik meragam.  Binggit tau.."

Kepada pendidik muda yang tidak memiliki pengalaman dalam bidang ini, perlu mencari peluang asas selaku entprerenur sosial .  

Ingatlah, anak-anak ini adalah makhluk Allah.  Mereka adalah pemimpin masa depan.  


You tube dan Video Ceriakan Sesi Induksi



Kaedah pengajaran dan pembelajaran berubah mengikut peredaran zaman.   Khususnya kini dunia digital telah menjadi suatu fenomena.  

Kepada para graduan kolej pendidikan awal kanak-kanak yang bakal melakukan praktikum, saya mencadangkan semasa sesi induksi gunalah video atau youtube yang bersesuaian dengan topik pengajaran.   Anda perlu membuat kajian dan merangkanya.

Contohnya jika tema haiwan, carilah video tentang bunyi haiwan atau habitatnya.  Pastikan anda memilih karektornya bersesuaian dengan minat kanak-kanak dan bersesuaian dengan adab budaya dan tidak bertentangan dengan akidah agama Islam.  

Oleh kerana sesi video ini mampu mengabungjalinkan tiga gaya kanak-kanak belajar iaitu secara visual (suka gambar yang berwarna-warni), audio (suka muzik dan pelbagai intonasi suara) dan kinestatik (suka menari dan gerakan badan).  

Ini membantu anda mewujudkan persekitaran pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.   Apabila anak-anak didik telah berasa relax dan energy aktifnya telah dilepaskan semasa sesi induksi, pastinya mereka telah ada ikatan selesa dan selamat.  

Perlu ingat, anda bertanggungjawab kepada kemenjadian bakal generasi masa depan.  Anda adalah agen pemangkin pembangunan modal insan seperti yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan individu yang berilmu, berkemahiran dan holistik. 

Rabu, 29 Mac 2017

Adakah anda pasti mahu mengambil bidang Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Saya mengucapkan tahniah kepada semua lepasan SPM 2016.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada anda yang memilih bidang Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak sama ada di institusi pendidikan tinggi awam  atau swasta.  Persaingannya tetap  hebat.

Lantaran itu, saya menyarankan anda membuat persiapan awal membaca bahan bacaan berkenaan ; 

1. Tafsiran kanak-kanak dari segi pandangan Tokoh-tokoh Islam dan Orientalis.
2. Dasar Pendidikan Negara.
3. Tokoh-tokoh yang dikaitkan dengan sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
4. Apa yang dimaksudkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak  dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek?
5. Teori-teori yang berkaitan 
6. Pedagogi.

Banyak lagi.

Selamat Maju Jaya.



 

Isnin, 19 Disember 2016

Anda adalah pemimpin. Mana ada, saya cikgu biasa aje..Jom, kita lihat dalam cermin diri.

Salam sejahtera.

Percayakah, bahawa anda adalah seorang pemimpin?.
Sedarkah bahawa Anda mempunyai team pengikut anda sendiri?.

Yakinilah bahawa anda adalah insan luar biasa di atas.
Kerna anda insan terpilih untuk memikul tanggugjawab cikgu,  atau pendidik. Juga Pemimpin kepada diri dan kawan setugas.

Masih tidak percaya bahawa anda adalah seorang pemimpin?

Sebenarnya tanpa anda sedari, Anda telah melaksanakan sebahagian tugas sebagai PEMIMPIN.  Antaranya seperti,
- memimpin diri untuk menjalankan tanggujawab selaku Khalifah Allah.
- mengajak ahli keluarga melakukan amalan yang dituntuti Islam dan menjauhi yang dilarang.
- selaku pendidik anda adalah pemimpin kepada anak-anak didik mendekati akhlak Rasulullah S.A.W.
- membimbing rakan atau insan sekeliling dalam melaksanakan tugasan semasa dengan baik.
- anda menjadi rujukan untuk mendapatkan pandangan dan khidmat sokongan rakan dan kenalan.
- anda menjadi pengikut yang positif kepada ketua organisasi.  
- anda berupaya memberi impak kepada kemenjadian anak-anak murid.
- pandangan anda jadi pautan sebilangan rakan sekerja.

Sesungguhnya anda pemimpin yang bersahaja.  Pemimpin yang efektif.  Hendak tahu kenapa?  Oleh kerana anda memiliki ciri-ciri ini.  Antaranya adalah;
- anda tidak bossy.
- kehadiran anda disenangi.
- anda mudah didekati.
- anda sedia memberi telinga, hati dan hadir diri kepada keluh kesah rakan di sisi.
- anda sedia membimbing dan dibimbing dengan ikhlas hati.
- anda sabar dan saling bertoleransi.
- walaupun panik anda berupaya tenang dan merangka cara alternatif mengatasinya.
- anda kenalpasti rakan potensi untuk membangunkan kecemerlangan organisasi.
- anda berupaya mengatasi kelompok yang membenci secara diplomasi.
- anda sentiasa self-talk memotivasikan diri untuk meneruskan misi khidmat bakti.
- anda membina team di setiap posisi bagi melaksanakan tugas yang diberi.
- anda memiliki naluri memcipta pemimpin masa depan dalam organisasi.
- anda memiliki falsafah kepada rezeki berkat untuk dimiliki.
- kehadiran anda menjadi sumber inspirasi.
- anda tidak memerintah, namun melakukan kerja bersama mereka.
- kekadang melakukan sendiri kerja yang team tidak lunaskan dengan rela hati.

Mungkin anda  berfikir... Bagaimana Anda mampu melakukan semua itu?
Jawapannya adalah Anda sering muhasabah diri kepada Ilahi.  Hanya Allah yang menjadi saksi setiap kerja yang dilakukan setiap hari.  Justeru itu anda tidak menjadi pahat dengan penukul.  In Shaa Allah, apabila anda menjadikan kerja sebagai suatu amanah maka anda melaksanakan tugasan itu dengan nawaitu demi Allah.  Sungguh pun jawatan kecil, Masya-Allah perincian pengalaman jika disuluri satu-persatu, nikmatnya seperti ketua jabatan dalam organisasi.  Asas resume pengalaman kerja ini perlu disyukuri.  Yakinilah ia bakal menjadi batu loncatan suatu hari.  Aamiin.

Usah pandang ringan dengan pengalaman bekerja sebagai Cikgu Tadika atau Cikgu Taska.
Jikalau kita berfikir di luar kotak.
#sukajadicikgutadika



Sabtu, 17 Disember 2016

Titik-titik >>> conteng >>> tiru bentuk simbul ....sebut/cerita ..... lukis, tulis dan warnakan

Salam ukuwah.

Bagaimana cara anda memotivasikan anak-anak didik untuk  menulis?

Pada  awal penglibatan saya dalam dunia pendidikan, saya mulakan aktiviti asas menulis dengan;
- menggoyak kertas helaian majalah lama.
- menggentel kertas.
- melakar jari telunjuk di atas garam/ pasir halus/ anggota badan serta permukaan meja juga lantai.
- melakar tanah menggunakan ranting.
- membuat gerak lazy eight di udara.
- mengulangi lurik garisan atau titik-titik bentuk huruf dalam petak mula dengan a hingga z.

Kaedah mengulangi lurik garisan atau titik-titik bentuk huruf dalam petak amat meninggalkan kesan ngeri kepada anak-anak yang belum sedia untuk belajar.  Ramai ibu bapa keluh kesah kerana anak-anak enggan ke tadika atau meragam awal pagi apabila mahu dihantar ke tadika.

Saya tidak mahu menyeksa emosi anak-anak.  Saya anak-anak didik riang ria dan gelak ketawa serta aktif dan cerdas apabila bersama mengikuti aktiviti di tadika.

Maka saya explore aktiviti alternatif ini sebagai tambahan dalam proses asas menulis.  

Saya menggunakan pensil warna dan buku latihan garis tiga.  Pemadam pensil TIDAK boleh digunakan.  Setiap kesilapan biar kekal.  Tetapi anak-anak perlu terus cuba hingga berjaya melakukan tugasan yang diberi.

Saya akan beri 😊😊😊😊 stiker pelbagai warna atau cop smiling akan dilekatkan di mukasurat buku latihan mereka antara bilangan 3 hingga 5.  As a reward.  Individu anak didik yang cemerlang akan menjadi assistant saya membantu kawan-kawan yang lemah.  Mereka ini akan diberi gelaran Cikgu/Doktor/Profesor.

Antara assisgment yang anak-anak perlu lakukan adalah;

- buat 3 dot menggunakan warna yang sama.  Kemudian tukar warna yang lain. 
Objektifnya adalah untuk menggukuhkan cara memegang pensil.  Pada masa yang sama anak-anak melakukan asas mengira dan mengenal warna. Kemudian saya minta anak-anak sebutkan nama objek yang ada dalam kelas yang sama warna, lantas membilang jumlahnya.  

-conteng bentuk paten yang mereka suka menggunakan pelbagai warna. Lepas itu mereka tafsirkan contengan tersebut kepada rakan-rakan.
Objektifnya untuk membina keyakinan diri anak-anak.  Di samping itu saya membina kemahiran bahasa dan komunikasi anak-anak.  Sesi ini amat menarik minat saya untuk mengenalpasti potensi anak-anak yang boleh diketengahkan bagi membuat persembahan pada Majlis Graduasi Tadika.

-meniru bentuk simbul huruf perkataan bermakna dan lukis gambar berkaitan dengannya.  
Misalnya ; 
👀 
mata
Objektifnya untuk membantu anak menulis, melukis dan membaca.

Alhamdulillah, kaedah ini membantu anak-anak didik saya boleh menulis, melukis, membaca dan menyuarakan pendapat dengan perbendaharaan kata yang tersusun.

Oleh yang demikian selaku pendidik, kita perlu meneroka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan dan tahap kebolehan anak-anak didik.  Jadilah guru yang kreatif dan inovatif demi kemenjadian anak-anak murid.  Baru le... ada keseronokan menjadi pendidik awal kanak-kanak. So, no strees dalam diary hidup.   Kerana setiap yang kita lakukan ada objektif yang hendak dicapai. Itu KPI kita.

Jumaat, 16 Disember 2016

Over Sayang.....

#ceritaanakdidik.
Salam ukuwah.
Saya mengganggap anak-anak didik seperti anak saya sendiri.  Manakala para ibu bapa sebagai ahli keluarga.  Maka pemasalahan anak-anak kami saling bekerjasama memantau dan membimbing mereka secara berterusan.  Bagaimanapun perihal Airil (bukan nama sebenar)  saya memang over sayang dan prihatin.  Kenapa?  Bacalah kisahnya...
***
Airil ini memang suka bermain di bawah meja.  Kemudian gemar pula buat pensil warnanya bertaburan di atas lantai.  Biasanya Fatin, Danish, Akmal dan Hafiz akan senyum saja.  
Tetapi saya akan pujuk Airil untuk duduk di kerusinya.   Sikap Airil yang seperti kanak-kanak berusia 3 tahun ini memang mengganggu ketenteraman kelas.  Walhal usia sebenarnya adalah 5 tahun.  
“Cikgu, kami risau dengan Airil dah 5 tahun masih tidak tahu bercakap, tidak boleh membaca dan menulis lagi.”  Ujar Puan Suraya suatu hari.
“Sikap Airil dan cara bermain banyak persamaan dengan adiknya Rania yang berumur 3 tahun.” Jelas ibu Airil lagi.
Saya tidak putus asa untuk mendekati Airil.  Baik secara pujukan, pujian, pemberian penghargaan seperti memberi stiker juga hadiah pensil serta buku nota.  Namun saya masih tidak berjaya membentuk kesediaan Airil untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
“Cikgu akan telefon Papa Airil.  Beritau Airil koyakkan buku Arissa.”   Suara saya tegas.  Sambil memujuk Arissa yang sedang menangis. 
“Jangan!. Tak nak Papa. Cikgu nak tulis.”  Jerit Airil.  Dengan tangisan.
Saya terus memeluk Airil. Bahagia kerana Airil boleh bercakap buat pertama kalinya.

Alhamdulillah.  Saya merasa amat bersyukur dengan perkembangan tersebut.  Kini Airil sudah boleh membaca, menulis dan menghafal Surah Lazim.  Juga berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan di tadika. 

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...