Salam ukuwah.
Bagaimana cara anda memotivasikan anak-anak didik untuk menulis?
Pada awal penglibatan saya dalam dunia pendidikan, saya mulakan aktiviti asas menulis dengan;
- menggoyak kertas helaian majalah lama.
- menggentel kertas.
- melakar jari telunjuk di atas garam/ pasir halus/ anggota badan serta permukaan meja juga lantai.
- melakar tanah menggunakan ranting.
- membuat gerak lazy eight di udara.
- mengulangi lurik garisan atau titik-titik bentuk huruf dalam petak mula dengan a hingga z.
Kaedah mengulangi lurik garisan atau titik-titik bentuk huruf dalam petak amat meninggalkan kesan ngeri kepada anak-anak yang belum sedia untuk belajar. Ramai ibu bapa keluh kesah kerana anak-anak enggan ke tadika atau meragam awal pagi apabila mahu dihantar ke tadika.
Saya tidak mahu menyeksa emosi anak-anak. Saya anak-anak didik riang ria dan gelak ketawa serta aktif dan cerdas apabila bersama mengikuti aktiviti di tadika.
Maka saya explore aktiviti alternatif ini sebagai tambahan dalam proses asas menulis.
Saya menggunakan pensil warna dan buku latihan garis tiga. Pemadam pensil TIDAK boleh digunakan. Setiap kesilapan biar kekal. Tetapi anak-anak perlu terus cuba hingga berjaya melakukan tugasan yang diberi.
Saya akan beri ๐๐๐๐ stiker pelbagai warna atau cop smiling akan dilekatkan di mukasurat buku latihan mereka antara bilangan 3 hingga 5. As a reward. Individu anak didik yang cemerlang akan menjadi assistant saya membantu kawan-kawan yang lemah. Mereka ini akan diberi gelaran Cikgu/Doktor/Profesor.
Antara assisgment yang anak-anak perlu lakukan adalah;
- buat 3 dot menggunakan warna yang sama. Kemudian tukar warna yang lain.
Objektifnya adalah untuk menggukuhkan cara memegang pensil. Pada masa yang sama anak-anak melakukan asas mengira dan mengenal warna. Kemudian saya minta anak-anak sebutkan nama objek yang ada dalam kelas yang sama warna, lantas membilang jumlahnya.
-conteng bentuk paten yang mereka suka menggunakan pelbagai warna. Lepas itu mereka tafsirkan contengan tersebut kepada rakan-rakan.
Objektifnya untuk membina keyakinan diri anak-anak. Di samping itu saya membina kemahiran bahasa dan komunikasi anak-anak. Sesi ini amat menarik minat saya untuk mengenalpasti potensi anak-anak yang boleh diketengahkan bagi membuat persembahan pada Majlis Graduasi Tadika.
-meniru bentuk simbul huruf perkataan bermakna dan lukis gambar berkaitan dengannya.
Misalnya ;
๐
mata
Objektifnya untuk membantu anak menulis, melukis dan membaca.
Alhamdulillah, kaedah ini membantu anak-anak didik saya boleh menulis, melukis, membaca dan menyuarakan pendapat dengan perbendaharaan kata yang tersusun.
Oleh yang demikian selaku pendidik, kita perlu meneroka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan dan tahap kebolehan anak-anak didik. Jadilah guru yang kreatif dan inovatif demi kemenjadian anak-anak murid. Baru le... ada keseronokan menjadi pendidik awal kanak-kanak. So, no strees dalam diary hidup. Kerana setiap yang kita lakukan ada objektif yang hendak dicapai. Itu KPI kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan