#ceritaanakdidik.
Salam ukuwah.
Saya mengganggap anak-anak didik seperti anak saya sendiri. Manakala para ibu bapa sebagai ahli keluarga. Maka pemasalahan anak-anak kami saling bekerjasama memantau dan membimbing mereka secara berterusan. Bagaimanapun perihal Airil (bukan nama sebenar) saya memang over sayang dan prihatin. Kenapa? Bacalah kisahnya...
***
Airil ini memang suka bermain di bawah meja. Kemudian gemar pula buat pensil warnanya
bertaburan di atas lantai. Biasanya Fatin,
Danish, Akmal dan Hafiz akan senyum saja.
Tetapi saya akan pujuk Airil untuk duduk di kerusinya.
Sikap Airil yang
seperti kanak-kanak berusia 3 tahun ini memang mengganggu ketenteraman
kelas. Walhal usia sebenarnya adalah 5
tahun.
“Cikgu,
kami risau dengan Airil dah 5 tahun masih tidak tahu bercakap, tidak boleh
membaca dan menulis lagi.” Ujar Puan
Suraya suatu hari.
“Sikap
Airil dan cara bermain banyak persamaan dengan adiknya Rania yang berumur 3
tahun.” Jelas ibu Airil lagi.
Saya
tidak putus asa untuk mendekati Airil. Baik
secara pujukan, pujian, pemberian penghargaan seperti memberi stiker juga
hadiah pensil serta buku nota. Namun
saya masih tidak berjaya membentuk kesediaan Airil untuk melakukan aktiviti
pembelajaran.
“Cikgu
akan telefon Papa Airil. Beritau Airil
koyakkan buku Arissa.” Suara saya
tegas. Sambil memujuk Arissa yang sedang
menangis.
“Jangan!. Tak nak Papa. Cikgu nak tulis.” Jerit Airil.
Dengan tangisan.
Saya terus memeluk Airil. Bahagia kerana
Airil boleh bercakap buat pertama kalinya.
Alhamdulillah. Saya merasa amat bersyukur dengan
perkembangan tersebut. Kini Airil sudah
boleh membaca, menulis dan menghafal Surah Lazim. Juga berkomunikasi dengan guru dan
rakan-rakan di tadika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan