Pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak, atau
ringkasnya TASKA majoriti adalah golongan wanita. Bermodalkan wang simpanan mereka memulakan perniagaan perkhidmatan pengasuhan dan penjagaan di penempatan rumah
‘corner lot’ baik rumah jenis kos rendah atau ‘semi-D’.
Dengan kepesatan perkembangan ekonomi, ramai kaum ibu keluar bekerja. Maka permintaan keperluan perkhidmatan ini semakin bertambah dan terus berkembang. Oleh itu anak-anak akan dijaga oleh warga TASKA. Malah ada ketikanya jangka masa anak-anak ditinggalkan lebih lama di TASKA daripada di rumah bersama ibu bapa. Jadi, TASKA kini diibaratkan sebagai penganti peranan ibu bapa. Atau dikenali juga sebagai ibu bapa ke-dua kepada kanak-kanak. Malah tahap 'bonding' antara anak-anak dengan warga TASKA dan pendidik cukup rapat dan akrab.
Ironinya walaupun industri ini telah bertapak
di Malaysia sejak zaman kolonial, khususnya di kawasan peladangan, namun pembangunan standard komponen merangsang perkembangan pembinaan
insan untuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 4 tahun banyak berlandaskan sekadar memenuhi keperluan penjagaan dan pengasuhan golongan sasar sahaja.
Jikalau ditinjau dari ciri-ciri kesihatan dan keselamtan juga masih di tahap yang
membimbangkan para ibu bapa.
Bagaimanapun kini telah ada sebilangan kecil
pengusaha TASKA daripada golongan generasi Y yang telah mengorak langkah melakukan inovasi jihad dalam
etika pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak dalam organisasinya. Mereka sedia meneroka pendekatan proses
pendidikan yang disebatikan dengan proses pengasuhan agar perkembangan
kanak-kanak dapat berlaku dengan serentak, optimum dan berkesan. Aspek pengasuhan bayi dan kanak-kanak bawah 4
tahun di TASKA pula diberi nilai tambah yang
lebih progresif dan dinamik. Ianya
meliputi aspek membina hubungan emosi, penjagaan, pemakanan, kebersihan,
kesihatan, keselamatan dan keselesaan persekitaran.
Jadi, giliran anda bila lagi hendak berubah?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan