Hampir 38 bulan saya meninggalkan dunia kerjaya. Semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perkembangan sahsiah, emosi dan kerohanian 2 orang putera dan seorang puteri yang Allah pinjamkan kepada saya selaku ibu kandung mereka.
Entry kali ini saya mahu berkongsi maklumat yang telah saya kumpul untuk renungan kita bersama bagi menjadi landasan gerak tindakan transformasi diri dan keluarga demi suatu kehidupan yang holistik dan berkat.
Ini adalah sebahagian catatan masa lapang saya yang sempat dihayati mengikut sudut pandangan dan ilmu yang dimiliki. Berikut adalah catatannya.
RUKUN ISLAM
Mengucap dua kalimah Syahadah
Menunaikan Solat
Melaksanakan ibadah puasa
Mengeluarkan zakat
Menunaikan haji
Ini teras jiwa selaku Khalifah Allah.
RUKUN IMAN
Percaya kepada Allah
Percaya kepada Malaikat
Percaya kepada Rasul
Percaya kepada Kitab
Percaya kepada Hari Kiamat
Percaya kepada Qada' dan Qadar Allah
Inilah inspirasi ESQ , insan pemikiran Kelas Pertama
RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kesopanan dan Kesusilaan
Di mana bumi di pijak di situlah langit di junjung. Ya! Malaysia, negara ku
WAWASAN 2020
Cabaran Wawasan 2020 bagi mewujudkan;
1. Negera Malaysia Bersatu
2. Masyarakat yang berjiwa bebas dan maju
3. Masyarakat demokratik yang matang
4. Masyarakat yang bermoral dan beretika
5. Masyarakat liberal dan bertolak ansur
6. Masyarakat saintifik dan progresif
7. Masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
8. Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
9. Masyarakat yang makmur, dinamik, giat dan kental
Menjadi misi dan visi setiap langkah Jihad Bil Hal dalam kerjayaku/juga tindakan ku
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid-murid
dalam semua aspek perkembangan (jasmani,emosi, rohani dan intelek)
untuk menguasai kemahiran asas (membaca, mengira, menulis dan menaakul)
dan memupuk sikap positif (berkomunikasi, bersosial dan memiliki nilai-nilai murni)
sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 (KSPK),
Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak
berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu
dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan
serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan
dan membentuk konsep kendiri yang positif
pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada
dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
2 Falsafah dan 1 Matlamat di atas menjadi tunjang asas asuhan anakndaku
Di sini saya fokus kepada objektif yang hendak dicapai, khusus memerlukan penglibatan ibu bapa yang utuh bagi menyuburkan potensi diri anak-anak iaitu dari segi aspek ;
1. Jasmani
- kanak-kanak mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas
- mempraktikkan amalan kesihatan yang baik (seperti gosok gigi, mandi bersih, kebersihan rambut dsbg)
- anak-anak kita boleh menguasai kemahiran psikomotor iaitu kemahiran motor halus
seperti menggenggam, menggentel, mencubit, menyepit dan menggoyak kertas. Juga kemahiran motor
kasar seperti berjalan, berlari, melompat, berguling, merangkak, main skipping dsbg.
2. Emosi
- mempunyai keyakinan diri
- berani mencuba
- boleh menghormati perasaan dan hak orang lain
3. Rohani
- anak-anak kita boleh mengamalkan nilai-nilai murni ( termasuklah menghormati orang tua dan rakan
sebaya serta orang sekeliling, semangat tolong-menolong, sedia berkongsi, sikap bertolak-ansur,
bekerjasama dsbg)
- mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian
4. Sosial
- berkebolehan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling
- boleh menyuarakan pandangan dan pendapat serta perasaan dengan berhemah
- sedia bekerjasama dengan orang lain.
4 aspek tersebut adalah inner dan kejiwaan seorang insan. Anak ini diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ibu bapanya yang menentukan corak hidupnya. Usah dicarik-carik atau dilakar ia menjadi Majusi mahupun Nasrani. Nauzubillah. Sewajarnya, kita tanamkan syariat dalam jiwa anak-anak sejak dalam kandungan lagi dengan bacaan kata-kata mukjizat Rasulullah S.A.W. iaitu bacaan Al-Quran. Kumandangkan alunan zikrullah ketika sejak lahir. Asuh dan beri pendedahan akan ibadah khusus dan umum ketika belum mumaiiz lagi. Selepas baligh lakukan pengukuhan segala amalan wajib dan umum bersama-sama mereka.
Jadikanlah rutin sebelum mereka menjejaki usia remaja.
InsyaAllah dengan berkat doa kedua ibu bapa yang mendoakan kesejahteraan kehidupan anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, Teguh iman dan Syahada serta beramal ibadah kepada Allah Robbuljalil. Dengan harapan mereka, anak-anak ini terhindar daripada segala penyakit sosial dan daki-daki dunia yang fana. Amin Robalalamin.
Kesimpulannya:
Asas asuhan kita kepada anak-anak perlulah berlandaskan kepada Syariat dan Sunnah. Oleh kerana itu yang boleh mensejahterakan kehidupan di dunia dan akhirat. Jadi segala butiran Rukun dan Falsafah yang tertera di atas jika difahami InsyaAllah akan memandu kita menjadi Khalifah Allah yang memberi manfaat kepada orang lain. InsyaAllah , anak ini berupaya menjadi insan yang cemerlang secara holistik dan mampu berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara, juga semesta.
Maka virus-virus kanser penyakit sosial remaja kini dapat dibendung.
Marilah wahai ibu, gunakan kuasa di tangan kita... iaitu tangan yang menghayun buaian mampu mencorak dunia millenium yang lebih sejahtera. Oleh kerana semuanya bermula daripada dunia rahim anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan