Rabu, 18 April 2012

Jihad Pengusaha TASKA untuk diwarisi generasi akan datang


Selamat sejahtera dan salam bahagia kepada pelayar atau pembaca blog CITRA KALBU.

Sudah beberapa hari saya tidak menitipkan nukilan.  Pada kesempatan entry petang ini saya ingin melontarkan idea untuk wadah pemikiran ummah.  Di mana saya tertarik dengan konsep JIHAD BISNES  (JB) yang dilontarkan oleh mantan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri  Dato’ Muhammad Ali Hashim yang terkandung dalam kertas kerja yang telah beliau bentangkan di KONGRES EKONOMI ISLAM KE-3,  KE ARAH SATU PENDEKATAN STRATEGIK KE ARAH PEMERKASAAN EKONOMI UMMAH  anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia, 2009.

Konsep ini ingin saya suntik dalam konteks bidang pengasuhan awal kanak-kanak atau perniagaan TASKA di Malaysia, umumnya diusahakan oleh individu wanita atau ibu tunggal secara kecil-kecilan sekadar untuk memenuhi tuntutan ekonomi keluarga.  

Menurut beliau, berdasarkan rekod lebih 90 peratus perniagaan orang Islam adalah syarikat milik keluarga, namun daripada jumlah itu hanya 10 peratus yang diwarisi sehingga kepada generasi ketiga. Situasi ini berbeza dengan perniagaan keluarga di Barat, Jepun dan Korea, yang mana syarikatnya berkembang sehingga menjadi organisasi antarabangsa, 

Persoalannya, adakah perniagaan TASKA kini menjadi syarikat milik keluarga?  Atau apabila ibu pengasas telah uzur, perniagaan berkenaan akan dijual sahaja?

Katanya  "Syarikat-syarikat milik Islam memerlukan usahawan yang memiliki pemikiran futuristik. Ini penting bagi menyediakan laluan perubahan".

Di sini para pengusaha perlu proaktif dan memiliki perancangan strategik untuk mengembangkan perniagaan dari sebuah syarikat perseorangan menjadi sebuah organisasi rangkaian global. 

Limkokwing University of Creative Technology misalnya boleh menjadi inspirasi kepada para pengusaha TASKA Malaysia memacu diri ke arah usahawan industri pengasuhan awal kanak-kanak.

Insya -Allah menerusi JB, perniagaan TASKA  yang diusahakan  dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang.  

Bagaimana cara untuk mengembangkan perniagaan?  Para pengusaha TASKA perlulah mendapatkan khidmat runding daripada pakar-pakar keusahawanan untuk membuat paper concept tersebut.  Nur Islam yang syumul  dijadi batu asas dan tunggak pengisian yang hendak diperdagangkan.

Nasihat beliau dalam JB, usahawan ditegah meniru bulat-bulat kaedah dan pendekatan umat bukan Islam jika ianya  jelas sekali boleh merosak dan memudaratkan akidah dan kehidupan ummah.  




Selain keuntungan kepada peniagaan yang berusaha bersungguh-sungguh, mereka yang terlibat juga akan dijanjikan rahmat jika perniagaan dilakukan dengan kebajikan dan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan. (riwayat al-Bukhari).

Dimana SALAH SATU matlamat utama  JB adalah MEMPERKAYA DAN MEMPERKASA BANGSA MELAYU DAN UMAT ISLAM SEHINGGA TERCAPAI SASARAN  65% DI PERINGKAT NEGARA DAN MENEBUS MARUAH UMAT ISLAM DI PERINGKAT GLOBAL. (STRATEGI UTAMA: MENERUSI MEMBINA DAYA KEUSAHAWANAN DAN DAYA SAING TINGGI SERTA KEUPAYAAN BISNES BERORGANISASI)

Seruan Jihad Bisnes adalah berdasarkan prinsip ajaran Islam bahawa ”tangan yang memberi 
iaitu tangan yang di atas – adalah lebih mulia daripada tangan yang menerima – tangan yang di bawah!”  Jihad Bisnes juga menegaskan supaya ahli bisnes Muslim akan membina dan menjayakan bisnes mereka ”seolah-olah mereka akan hidup selama-lamanya”, dan menginfakkan manfaat bisnes mereka dan mengorbankan semua ke jalan kepentingan besar Islam ”seolah-olah mereka akan mati esok.”

Sesungguhnya kepentingan memperkasa perniagaan dan ekonomi ummah telah terbukti melalui penglibatan  Baginda SAW sendiri dalam bidang ini.  Malah kita maklum dalam  sejarah Islam menyaksikan aktiviti perniagaan bukan sesuatu yang janggal dalam Islam. Selain Rasulullah SAW, isteri Baginda Siti Khadijah dan para sahabat seperti Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain juga peniaga unggul pada zaman mereka.


Moralnya:

Konsep JIHAD BISNES menuntut individu usahawan Muslim berusaha keras dan bersungguh-sungguh dalam bekerja untuk mengembangkan perniagaan bagi mendapatkan keuntungan.  Maka mereka berupaya mengeluarkan zakat malah melaksanakan wakaf demi pembangunan ummah.   Apabila perniagaan berkembang sesungguhnya mereka dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga para pekerja/petugas yang bernaung dalam organisasinya.




Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...