Dinihari ini saya ingin berkongsi petikan berikut;
Ahmad Barizi, editor buku Holistika Pemikiran Pendidikan A. Malik Fadjar, menguraikan bahwa pendidik yang profesional tidak saja knowledge based, tetapi lebih bersifat competency based, yang menekankan pada penguasaan secara optimal konsep keilmuan berdasarkan nilai-nilai etika dan moral.[27]Terlintas dalam kotak ingatan bahawa ESQ dan EQ amat membantu kecemerlangan hidup seseorang secara holistik. Penyataan di atas turut mengetuk kesedaran selaku pendidik awal kanak-kanak aku perlu membina potensi diri anak-anak didik seawal usia menggunakan pendekatan kepelbagai kecerdasan - Horward Gadners.
Bahkan pendidik mesti melaksanakan konsep humanisme religius. Humanisme religius adalah pengembangan individu dalam rangka menerapkan dan meraih tanggungjawab (istikmal atau perfection), sehingga ucapan, cara bersikap dan tingkah laku guru ditunjukkan agar peserta didik bisa menjadi insan kamil yakni sempurna dalam kaca mata peradaban manusia dan sempurna dalam standar agama.[28]
Kenyataan di atas menegaskan bahawa pendidik adalah jurutera insan rabanni. Jadi selaku pendidik perlu celik mata hati. Dan mempunyai misi jihad untuk melahirkan pelapis bakal-bakal ulama dan cendekiawan Islam.
Oleh kerana kita perlu menjadikan gedung ilmu sebagai amalan sedekah ibadah fardhu kifayah memakmurkan alam.
Kecemerlangan akademik belum bermakna kecemerlangan kehidupan. Semata-mata berpaksikan kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada sifat-sifat kejahilan, kebebalan dan kehaiwanan. Guru bertanggungjawab memastikan bahawa ilmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pintar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah insan yang diharapkan mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepentingan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman.
Semoga kita mampu
menjadikan diri sebagai model dan pusat anutan (centre
of self-identification), teladan, dan konsultan bagi anak-anak didiknya, Dengan harapan mereka adalah pewaris kemerdekaan yang mampu bertanggungjawab
dalam membangun peradaban pada masa depan (civilization of the future).[31
Semuanya bermula dengan niat suci
Bismillah Hirohman Nir Rohim
Perkenankan Ya Allah
Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan