Umum menyatakan perkembangan sosioemosi kanak-kanak berlegar kepada
kebolehan mereka menguruskan perasaan dalaman.
Ia mencakupi menzahirkan perasaan gembira, marah, sedih, kehendak, kemahuan serta keperluan fisiologi
mereka. Jikalau dirujuk kepada
kanak-kanak berusia 2 tahun misalnya. Belian
akan ketawa menyatakan keseronokan atau gembira. Ada ketikanya beliau akan membaling mainan
bagi menunjukkan perasaan marahnya. Yang
pasti mereka akan menangis jikalau merasa sedih. Tetapi kadangkala jikalau merasa sakit atau
takut atau rasa tidak selamat, kanak-kanak pada
awal usia juga akan menangis. Pada situasi
begini, kita selaku orang dewasa perlu sensitif dan peka akan maksud reaksi kanak-kanak
terhadap persekitarannya.
Oleh yang demikian Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada
penguasaan kemahiran emosi yang matang. Di mana kanak-kanak berupaya menyatakan
maksud tindakan ekspresi body language dan penyataan perasaan dalamannya agar
difahami oleh orang disekelilingnya secara harmonis. Secara langsung kanak-kanak belajar
berinteraksi sosial dengan individu lain dalam setiap detik alam
kehidupan. Pengalaman dan rangsangan
yang positif zaman kanak-kanak ini akan membantu dia menjadi seorang dewasa
yang berakhlak budi pekerti, berkeyakinan
dan berketrampilan.
Justeru itu Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam
kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam urusan
kehidupan harian dan kelak pencapaian pembelajaran mereka.
Kanak-kanak apabila rasa selamat
Dia akan ceria
Dia akan meneroka persekitarannya
Dia akan yakin untuk berbicara
Dia akan gembira berseloka
Dengan datuk nenek, ibu ayah, guru, rakan dan siapa sahaja
Dia akan seronok bercerita apa yang dirasa
Dia akan riang bermain mengecapi setiap detik kehidupan dengan bahagia dan sejahtera
Bersama rakan sebaya
Ingat wahai orang dewasa
Bermain
Membantu kanak-kanak memahami dunia orang dewasa
Kerana bermain memberi pengalaman bermakna
Dengan bermain kanak-kanak membina pengetahuan dan pengalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan