Isnin, 12 Disember 2016

Pendidik Awal Kanak-Kanak VS Amah

Salam Ukuwah.

Saya terpanggil untuk membicarakan hal di atas.   Ekoran pandangan masyarakat yang amat prajudis akan khidmat profesion Pendidik Awal Kanak-kanak (PAKk).  Ia mencakupi PAKk yang berkidmat di taska, tadika juga prasekolah.  

Mari kita renungkan secara umum tugasan antara seorang PAKk  dengan amah.

Tugasan Seorang PAKk adalah seperti berikut:
1.  Bertanggungjawab keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.
2.  Perlu merangka dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap umur,          kebolehan dan kesediaan individu kanak-kanak.
3.  Membuat pemerhatian dan merekodkan pencapaian perkembangan kognitif, sosio-emosi, fizikal          termasuklah motor kasar dan motor halus serta nilai-nilai akhlak kanak-kanak.
4.  Mereka akan berkongsi maklumat pencapaian kanak-kanak dengan pengusaha, ibubapa serta              penjaganya.
5.  Mereka turut menjaga diet kanak-kanak.
6.  Mereka memahami matlamat visi dan misi kanak-kanak adalah Khalifah Allah, PERMATA                Negara dan pelapis pemimpin masa depan negara bangsa Malaysia.

Manakala tugasan Amah hanya seperti di bawah;
1.  Menjaga keperluan asas kanak-kanak.

Jelas bahawa khidmat PAKk lebih menyeluruh dan holistik berbanding amah atau pembantu rumah.  Walaupun mereka melakukan tugas cebuk berak dan mandi budak.

Oleh yang demikian, saya menggesa para ibubapa berbudi bahasa dan hargailah khidmat PAKk anak-anak anda.

Kepada para Pendidik Awal Kanak-kanak (PAKk) marilah kita santuni anak-anak syurga dengan akhlak budi pekerti Nabi Muhammad Sollaullah hu Alaihiwasallam.  In Shaa Allah kita mendapat rezeki yang barakah.  Anggaplah segala cabaran dan masalah semasa bertugas sebagai suatu hidangan enak di Jannah kelak.  Aamiin. 





Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...