#ceritacikgutadika
Salam ukuwah.
Teman yang budiman.
Sedar tak bahawa dalam diri setiap guru tadika perangainya gila-gila. Atau kebudak-budakan. Betul tak?
Sikap
keanak-anakan perlu ada dalam diri guru tadika.
Tidak kira berapa umur anda.
“Cikgu Oni ni macam budak-budaklah”. Gelak Hanis apabila saya main silat
dengan anak-anak didik. Oleh kerana
hendak menunjukkan bahawa orang Melayu ada gerak mempertahankan diri. Ia dikenali sebagai silat. Pahlawan Jepun, Ninja dikenali sebagai
karate. Kanak-kanak seronok belajar daripada perlakuan dan penglibatan.
Namun
keriangan tersebut meninggalkan pengalaman ngeri pula. Apabila seminggu selepas itu Puan Sabariah
memarahi saya kerana anaknya Haziq memberitau bahawa saya menendang di
perutnya.
“Ya
Allah!!!. Sudah hilang akalkah saya
hingga saya akan berbuat demikian kepada anak puan?” Dengan sedih saya bertanya
Puan Sabariah.
Kemudian
saya menjelaskan aktiviti main-main silat dalam kelas. Namun ia berjalan dengan gelak-ketawa. “Haziq, bestkan kita main-main silat dengan
kawan-kawan”. Haziq tersenyum. “Ada ke cikgu tendang Haziq?” Haziq
tunduk. Perlahan-lahan geleng kepala.
Lalu
saya memangku Haziq. Memuji dia yang
selalu cakap benar dan selalu tolong cikgu serta kawan-kawan. Akhirnya dia beritau perutnya terkena bucu
katil semasa hendak menangkap Putih, kucingnya.
Alhamdulillah,
sejak peristiwa itu Puan Sabariah mulai ramah dan lebih prihatin akan
perkembangan pembelajaran anaknya Haziq.
Saya pula sentiasa
berwaspada dengan individu anak-anak didik dan ibu bapa. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Pada masa yang sama saya amati bahawa sikap tenang dan
jujur In Shaa Allah mampu menyelesaikan masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan