Khamis, 29 Mac 2012

Kebajikan Kanak-Kanak Tersepit Oleh Keperluan Hidup Keluarga

Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran di luar norma keperluan asas tumbesaran dan perkembangannya akan menghadapi kecelaruan nilai-nilai murni dalam kehidupan pada masa depan.  

Kenapa?

Umumnya kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah akan tidur pada waktu malam seawal jam 9 malam.  Terkadang awal lagi.   Hal ini bergantung kepada jadual aktiviti pada siang hari.   Ini adalah rutin kanak-kanak yang normal.

Tetapi kanak-kanak yang di bawa oleh ibu bapa berniaga di pasar malam atau Uptown akan berjaga sehingga dinihari.  Menurut sebilangan ibu bapa peniaga, anak-anak mereka ini akan tidur pada siang hari sepuas-puasnya.  Dalam aspek inilah yang saya maksud pada awal entry.

Kesan jangka panjang :

1.  Apabila telah memasuki alam persekolahan mereka sukar untuk bangun awal.  Kesannya mereka akan kerap ponteng sekolah kerana sering menerima hukuman di atas kelewatan tersebut.   Rentetan dari itu pencapaian pelajaran mereka juga mengecewakan.   Akhirnya mereka terus keciciran dalam akademik.

2.  Kanak-kanak yang berjaga hingga larut malam, kurang cergas pada siang hari.   Mereka akan mengasingkan diri daripada bersosialisasi dengan rakan-rakan sebaya kerana mahu melelapkan mata buat seketika.   Akhirnya rakan-rakan sekolah menjadi lali lalu kurang mengindahkannya.   Kesannya kanak-kanak ini akan menjadi pelarian isu kawan dengan bergaul dengan golongan remaja yang boleh menerima mereka.   Iaitu geng-geng melepak yang merokok, ponteng sekolah dan gengsterism.   

3.  Apabila telah remaja, anak-anak ini tidak akan mahu membantu ibu bapa berniaga di pasar malam.  Sebaliknya dia akan memberi helah hendak buat homework di rumah.  Walhal, apabila ibu bapa tiada mereka akan berpelisiran di luar rumah.   Pergaulan mereka semakin bebas.   Nauzubillah, paling menyedihkan mereka akan merobah identiti perempuan menjadi pinkid dsbg.  Kerana masyarakat kurang sikit pandang serong jikalau anak lelaki remaja pulang dinihari.  Itu yang rancak menjalin hubungan cinta sejenis bagi mengelakkan membunting anak haram.

4.  Mereka sedia melarikan diri dari rumah apabila ibu bapa menegur demi kebaikan.   Tetapi waktu itu sudah terlambat.   Mereka telah mempunyai strategi tersendiri cara menyelesaikan pemasalahan hidup.  Formulanya senang sahaja, janji dapat handphone, makan, tempat tinggal dan membonceng cukup.   Halal haram cara bagaimana untuk mendapatkannya tolak tepi.  Janji enjoy beb...

5.  Cara melarikan diri daripada tension senang aje clubing, hidu gam atau dadah atau estacy.  Lupa segala masalah.  Tanpa mereka sedar bahawa ia akan menjadi lebih parah.  Dan boleh melangsungkan kehidupan sebagai gelandangan.  Khususnya apabila telah dibuang oleh keluarga.

Maka, saya tercari-cari jawapan bagi mengatasi cycle life masalah dan virus masyarakat ini.

InsyaAllah ini alternatif nya iaitu mengasuh anak-anak sedari kecil menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola mereka.   Bagaimana anak yatim dalam usia kanak-kanak lagi mengambil upah mengembala kambing bagi membantu kehidupan keluarga bapa saudaranya.   Walaupun masyarakat Jahiliyah ketika itu mengalami masalah sosial, tetapi Rasulullah telah digelar sebagai Al-Amin.   

Malah kini, ada ketikanya murid yang baik akhlaknya sering dibuli.   Maka tenteramkan anak-anak kita boleh mempertahankan diri demi keselamatan.   Namun bayangkan bagaimana cabaran yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW ketika peringkat awal pengislaman di Mekah.   Sungguh menyedihkan.   Beliau dicerca, dilontar dengan batu dan sebagainya.   Apakah cara Nabi Muhammad SAW mencari ketenangan dari segala cubaan itu?   Ya... beribadah kepada Allah.   

Oleh itu, anak-anak yang menghayati siroh Nabi Muhammad S.A.W. akan cemerlang pada sudut EQ dan IQnya.  Jikalau diamati juga, ramai anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan utama Negara adalah daripada kalangan latar belakang keluarga nelayan, petani dan tukang sapu.  Yang hidup sekadar cukup pakai.   Namun mereka amat menekankan rezeki yang halal, kelangsungan amalan ibadah kepada Allah dan hubungan dengan masyarakat di jaga.  Rutin kehidupan mereka mengikut norma-norma budaya insan.  Malam rehat.  Awal subuh cergas mencari rezeki.  Tanpa mengabaikan tuntutan ibadah kepada PenciptaNya.

Kesimpulannya, elakkan daripada melanggar norma-norma kitaran hidup seorang insan Khalifah Allah.  Amalkanlah cara hidup yang berasaskan Sunnah dan Syariat.  Insya-Allah kita mampu menjaga ahli keluarga tersayang daripada unsur-unsur negatif ini.   Memang kita tidak berupaya mengawal persekitaran, namun Allah telah memberi keupayaan kepada kita mentadbir urus Khalifahnya yang ada dalam rumah kita.   Semoga diri kita dan ahli keluarga kita menjadi agen perubah atau sinar dalam kegelapan masyarakat pada zamannya kelak.   Menerusi jalan contoh dan teladan ke arah kebaikan agar menjadi ikutan kelompok yang berdampingannya.   Semoga zuriat kita terus memiliki sifat-sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah dalam melayari kehidupan fana ini. 

Nota :  Penulis berpengalaman dalam program kesukarelawanan komuniti jalanan sehingga berjayanya penubuhan Rumah Nur Salam (pusat sehenti selamat untuk anak-anak gelandangan di Chow Kit) dan Rumah Sinar Salam (pusat sehenti untuk wanita bermasalah sosial di Chow Kit).  

Sumber  Rujukan: 
"Dilema bawa anak berniaga lewat malam" tulisan Siti Aishah Yusoff, Utusan Malaysia (MEGAfokus), 29 Mac 2012, Khamis - mukasurat 2.


Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...