Salam sejahtera.
Percayakah, bahawa anda adalah seorang pemimpin?.
Sedarkah bahawa Anda mempunyai team pengikut anda sendiri?.
Yakinilah bahawa anda adalah insan luar biasa di atas.
Kerna anda insan terpilih untuk memikul tanggugjawab cikgu, atau pendidik. Juga Pemimpin kepada diri dan kawan setugas.
Masih tidak percaya bahawa anda adalah seorang pemimpin?
Sebenarnya tanpa anda sedari, Anda telah melaksanakan sebahagian tugas sebagai PEMIMPIN. Antaranya seperti,
- memimpin diri untuk menjalankan tanggujawab selaku Khalifah Allah.
- mengajak ahli keluarga melakukan amalan yang dituntuti Islam dan menjauhi yang dilarang.
- selaku pendidik anda adalah pemimpin kepada anak-anak didik mendekati akhlak Rasulullah S.A.W.
- membimbing rakan atau insan sekeliling dalam melaksanakan tugasan semasa dengan baik.
- anda menjadi rujukan untuk mendapatkan pandangan dan khidmat sokongan rakan dan kenalan.
- anda menjadi pengikut yang positif kepada ketua organisasi.
- anda berupaya memberi impak kepada kemenjadian anak-anak murid.
- pandangan anda jadi pautan sebilangan rakan sekerja.
Sesungguhnya anda pemimpin yang bersahaja. Pemimpin yang efektif. Hendak tahu kenapa? Oleh kerana anda memiliki ciri-ciri ini. Antaranya adalah;
- anda tidak bossy.
- kehadiran anda disenangi.
- anda mudah didekati.
- anda sedia memberi telinga, hati dan hadir diri kepada keluh kesah rakan di sisi.
- anda sedia membimbing dan dibimbing dengan ikhlas hati.
- anda sabar dan saling bertoleransi.
- walaupun panik anda berupaya tenang dan merangka cara alternatif mengatasinya.
- anda kenalpasti rakan potensi untuk membangunkan kecemerlangan organisasi.
- anda berupaya mengatasi kelompok yang membenci secara diplomasi.
- anda sentiasa self-talk memotivasikan diri untuk meneruskan misi khidmat bakti.
- anda membina team di setiap posisi bagi melaksanakan tugas yang diberi.
- anda memiliki naluri memcipta pemimpin masa depan dalam organisasi.
- anda memiliki falsafah kepada rezeki berkat untuk dimiliki.
- kehadiran anda menjadi sumber inspirasi.
- anda tidak memerintah, namun melakukan kerja bersama mereka.
- kekadang melakukan sendiri kerja yang team tidak lunaskan dengan rela hati.
Mungkin anda berfikir... Bagaimana Anda mampu melakukan semua itu?
Jawapannya adalah Anda sering muhasabah diri kepada Ilahi. Hanya Allah yang menjadi saksi setiap kerja yang dilakukan setiap hari. Justeru itu anda tidak menjadi pahat dengan penukul. In Shaa Allah, apabila anda menjadikan kerja sebagai suatu amanah maka anda melaksanakan tugasan itu dengan nawaitu demi Allah. Sungguh pun jawatan kecil, Masya-Allah perincian pengalaman jika disuluri satu-persatu, nikmatnya seperti ketua jabatan dalam organisasi. Asas resume pengalaman kerja ini perlu disyukuri. Yakinilah ia bakal menjadi batu loncatan suatu hari. Aamiin.
Usah pandang ringan dengan pengalaman bekerja sebagai Cikgu Tadika atau Cikgu Taska.
Jikalau kita berfikir di luar kotak.
#sukajadicikgutadika