Khamis, 16 Februari 2012

Wahai anak bangsa! SEMARAKkan kerja amal, kerja kemasyarakatan dan kerja kesukarelaan

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Indris Jusoh menyuarakan kesungguhan untuk  menyemarakkan budaya kerja amal di kalangan kakitangan dan para pelajarnya.  dalam lebih banyak program kesukarelawanan termasuk di luar negara.- sumber Utusan Malaysia, 3/2/2012.

Saya selaku rakyat Malaysia yang juga bekas kakitangan printis penubuhan Yayasan Salam Malaysia, sebuah organisasi yang diamanahkan mengamarahkan etika kesukarelaan di kalangan orang muda dan seluruh rakyat Malaysia amat mengalu-alukan usaha murni ini.  

Alangkah indah dan ideal pada suatu ketika nanti,  etika kesukarelaan ini menjadi budaya hidup rakyat Malaysia.  

Oleh kerana kuasa penyatuan seluruh masyarakat lebih utuh dan hebat daripada kuasa politik.  Oleh itu kesukarelaan ini dikategorikan sebagai sektor ke-3 penyumbang kepada kemajuan pembangunan masyarakat.  Malangnya nilaiannya tidak tercatat dalam  KDNK.

Saya amati banyak kumpulan pertubuhan sukarela dengan kudrat dan sumber yang terbatas terus berjuang menyumbang tenaga dan kepakaran demi kesejahteraan komuniti yang memerlukan.

Lumrahnya, sektor ke-3 ini akan memajukan di kawasan yang tidak termampu oleh sektor awam dan sektor swasta bangunkan, atas alasan tempat terpencil dan tidak ekonomik serta  kos projek yang tinggi. 

Namun kegigihan para sukarelawan yang berjiwa murni berupaya menrealisasikan kemajuan pembangunan komuniti terpinggir ini.

Faedahnya komuniti yang tinggal di hutan hujan tropika mampu menikmati sinar elektrik dan anak-anak muda boleh berFB kerana ada pusat ICT komuniti di sana.  Nikmat kemajuan ini dikecapi hasil teknologi solar yang praktikal dengan kos pemasangan dan penyelengaraan berdasarkan keupayaan yang ada.  Seterusnya golongan muda dilatih untuk menyelengarakan kemudahan tersebut.   Akhirnya mereka ini berupaya mempromosikan homestay di rumah panjang di peringkat antarabangsa.   

Walaupun tiada sekolah formal, namun kanak-kanak di penempatan ini tetap berpeluang mendapat pendidikan informal.   Hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan menjadi wadah sukarelawan menabur bakti.  Hasilnya anak-anak ini berpeluang memiliki asas pengetahuan 3 M iaitu membaca, mengira dan menulis.   

(berdasarkan awal projek kemasyarakatan di Julau dan Bario)



Indahnya dunia kesukarelawanan ini, sentiasa menjana perubahan bermakna kepada golongan yang dibantu.  Ini menjelaskan pengupayaan tenaga para sukarelawan amat tekal dan jitu.

Suatu lagi yang jarang dicatatkan dalam bentuk dokumen bahawa kejayaan sentuhan kejayaan dunia kesukarelawanan adalah power of mind.   Dalam kepayahan dan serba kekurangan, sering para sukarelawan akan mengatasi segala halangan dengan strategi yang kreatif dan inovatif bagi mencapai objektif misi mereka.   Rembesan endorfein sentiasa membuat mereka ini fokus dan ceria melalui setiap cabaran.  Ekoran itu mereka akan menjadikan masalah adalah peluang untuk meningkatkan kepakaran diri dalam bidang masing-masing.   Oleh itu individu sukarelawan sentiasa menikmati nikmat kepuasan yang sukar dinyatakan dalam bentuk pengucapan atau tulisan apabila telah selesai menlaksanakan projek mereka.

Hal ini berjaya meningkatkan sifat keprinatinan mereka kepada masyarakat.  

Justeru itu mereka tidak menjadi individu yang keluh kesah dan asyik menuding jari menyalahkan pihak lain.  Sebaliknya mereka akan berikhtiar untuk mengatasi keadaan.  Atau paling tidak sedia menerima seadanya  Oleh kerana mereka bijak mensyukuri nikmat yang dimiliki.   

Jom... bersukarela berdasarkan keupayaan masa, tenaga dan minat khidmat yang hendak anda sumbangkan kepada masyarakat.   Sesungguhnya sumbangan anda mampu menentukan kedudukan Malaysia di tangga yang lebih baik daripada sekarang iaitu tempat ke-80 dalam carta World Giving Index. pada masa depan.   

Jadilah insan yang berupaya menyumbang kepada kesejahteraan DAN BUKANNYA SEKADAR penerima sahaja. 

 



 

Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...