Selasa, 21 Februari 2012

CUBAAN bukan kegagalan

Hampir 2 bulan saya menanti.   Perasaan saya seperti menghitung hari saat kelahiran bayi berpertama.  Kemudian saya mengambil langkah proaktif.   Lalu mengirimkan emel.   Tunggu lagi.   Sepi tiada jawapan.   Akhirnya,  dengan segala kekuatan saya menghubungi penerbit.   Suara saya agak terketar jugak.   Maklumlah pertama kali bercakap dengan Pengurus Penerbitan sebuah syarikat ulung negara.   Lantas saya terbayang wajah pemilik suara di hujung talian.  Cik X (bukan nama sebenar).

"Emmm,  macam mana saya hendak cakap ye." Teragak-agak.
"Kenapa puan?"   Ujar saya tidak sabar.
"Ini puan Nooraini yang datang pada sesi perbincangan hari itu kan?"
"Begini."  Jeda Si wakil Penerbit.
"Adakah manuskrip saya ditolak?" Bidas saya segera.   Biasalah kalau berita kurang baik orang akan teragak-agak untuk mengucapkannya.  
"Lebih kurang begitulah.  Sebab syarikat kami telah ubah polisi hanya menumpukan kepada penerbitan majalah sahaja." Jelas Cik X.
"Ooo, baiklah.  Saya ucapkan terima kasih di atas segala masa dan tunjuk ajar yang telah pihak puan berikan pada sesi pertemuan kita yang lalu."  Ucapan itu saya akhiri dengan memberi salam.

Terpaku seketika saya dibuatnya.    Emmm lantas saya bermonolog ;

Wahai Nooraini,
ini baru permulaan
usah gusar
Insya-allah masih ada kesempatan untuk meneruskan perjuangan ini
terus berkarya
tanpa henti
akan tiba detik masa dan ketika
kamu
memetik buah daripada benih yang kamu semai
dalam batas-batas bait
dunia penulisan ini.

Syukur ke hadrat Ilahi,  kini Encik Editor penerbitan itu masih sedia menjadi sifu saya dalam dunia baru ini.
Itulah hikmah yang tersirna.

Namun sekali insan biasa, saya amat sedih kerana laptop saya rosak pada petangnya.  Maka semua 3 manuskrip novel dewasa dan 12  cerita kanak-kanak saya terkubur.

Hari ini saya bermula daripada ABC dan NOKTAH.

Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...