Rabu, 15 Februari 2012

ILMU UNTUK KESEJAHTERAAN AHLI KELUARGA

sALAM sejahtera teman semua.

Zohor ini aku merenung diri.  Besar sungguh tanda soal dalam diri tentang hal ini.  Emosi ini tersentuh oleh cakap-cakap orang sekeliling.

"Belajar tinggi.
Ilmu ada tapi tak memberi bakti pada komuniti
Duduk rumah mengurung diri.
Setiap hari melakukan rutin tanpa henti.
Lainlah kalau tidak berpelajaran memang sudah itu tempat sesuai untuk lumrah sisa diri.
Ala... apa nak risau anak boleh urus diri.
Sudah besar apa hendak di kesah lagi."

Seketika tadi hati mula berdetik untuk kembali kepada rutin seperti dulu.  

Keluar pagi.  Kekadang balik dinihari.  Balik rumah bila stress mula menjauhkan diri dari anak-anak dan suami.   Apabila telah lapang dada baru hendak bergurau senda, dukacita mereka semua telah lelap mata.

Hujung minggu acap kali, suami menjadi suri rumah tangga terpaksa mengasuh anak-anak.  Walaupun kebersihan pakaian dan rumah aku jaga.

Ya, waktu itu falsafah perjuangan ku untuk memakmurkan dan mensejahterakan bangsa dan negara.  Namun apabila dikaji dan dihaluri pemasalahan bangsa dan negara tidak mampu aku kawal.
Tidak boleh aku ubah.  

Iya...
pemasalahan sosial
seperti
budaya kuning
seks bebas
kenaikan harga barangan
rumah terbengkalai
bangsa Melayu bergelandangan di Chow Kit
keruntuhan semangat kejiranan dan budaya kesukarelawanan
murtad
dan banyak lagi
adalah isu lama
cerita lagu 25 tahun dahulu ketika aku masih berkhidmat makan gaji

Tetapi .... sedarlah wahai kalbu dan nurani!
Allah telah amanah aku sebuah bahtera dan sebuah dunia rumahtangga.
Didalamnya ada bangsa dan warganegara yang lebih hampir dan dekat di jiwa untuk dipelihara.  
Mereka adalah putera-putera dan puteriku.  
Mereka inilah pewaris bangsa-negara yang sesuai memimpin generasinya pada masa depan.
Rosak mereka, pincanglah nusa, bangsa, agama dan negara.

Mereka ini adalah pemimpin muda masa depan.  
Mereka inilah yang perlu aku bangunkan sahsiah dan nilai-nilai  modal insan dalam amalan kehidupan mereka.
Misi Wawasan 2020 PERLU aku lonjakkan transformasinya dalam setiap agenda pengasuhan dan bimbinganku kepada mereka.

Wahai hati dan minda,
Sedarlah
bahawa aku adalah seorang ibu
aku adalah pendidik, pengasuh, pembimbing
dan juga perintis  kejuruteraan insan bagi merealisasikan  suntikan FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA ke dalam tubuh 3 orang zuriatku ini. Oleh kerana mereka ini masih di peringkat sekolah rendah.

Aku perlu peka dan lebih mengenali SIAPAKAH ANAK-ANAK KU INI
Aku perlu merangka strategi
bagaimana mahu menjadikan mereka

  • khalifah Allah
  • anak-anak yang soleh dan solehah
  • insan yang cemerlang secara holistik dan muazin dan muadip
  • individu yang memiliki keseimbangan kecerdasan emosi, spriitual dan sosial
  • pemimpin bangsa, agama dan negara
  • warganegara global yang berketrampilan dan berdaya saing
Perjalanan mereka lebih jauh
berbanding diri ini


Ya...Allah aku sedar,
jika tika remaja aku belajar kerana hendak lulus periksa
tika bertugas selaku pekerja aku belajar untuk meningkatkan income semata
tika melanjutkan pelajaran misi ku untuk mengenggam segulung diploma dan ijazah

Namun kini aku sedar,
paling penting apa yang aku belajar semuanya itu
adalah
untuk mezahirkan sebagai ilmu yang diamalkan
melaksanakan intipati ilmu itu untuk dimanfaatkan
demi kesejahteraan diri, ahli keluarga dan ahli masyarakat yang terhampir.

Ya... Allah
aku bersyukur kerana telah menemui ilham ini
aku bersyukur menerima tugasan baru ini
aku bersyukur dapat amalkan 4 sifat wajib Rasulullah S.A.W.
Siddiq - Sejujurnya aku mengakui perlu menghabiskan sisi hidupku bersama suami dan anak-anak yang lebih 13 tahun terabai
Amanah - Amanah selaku isteri dan ibu perlu dilunaskan dengan tawaduk.
Tabligh - Penyampaian menerusi maya juga adalah suatu sumbangan memakmurkan ummah.
Fatonah - Aku sedar perlu lebih bijaksana untuk mencipta peluang-peluang baru yang kreatif dan inovatif bagi meningkatkan sumber ekonomi diri demi keluarga.

Seterusnya
Ya..Allah
jadikanlah
sifat kesederhanaan Rasulullah S.A.W.
asas tarbiyah diri ini

Ya Aziz
Ya Jabbar
Ya Mutaqabbir
sesekali aku tidak akan runtun dengan tuntutan cakap-cakap orang keliling.
sebaliknya aku akan patuh akan jalan hidup yang Engkau telah tentukan kepadaku
kerana
itulah jalan yang paling sempurna
kerana Engkau Maha Mengetahui
apa yang terbaik ke atas hambamu ini

Ya Rahman..
Aku hambaMu yakin
rezeki ku ada di langgit
rezeki ku ada di dasar laut
rezeki ku ada di perut bumi
rezeki ku ada di depan mata

Oleh itu permudahkan segala urusan dunia dan akhiratku ini
Amin.. ya robal alamin...


Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...