Khamis, 23 Februari 2012

JURNAL



Perkataan jurnal ini kerap dibicarakan oleh para akademik, para guru/pendidik atau para pelatih guru.   Baru-baru ini saya ada menerima pertanyaan  daripada salah seorang anak saudara yang sedang menjalani praktikum berkenaan topik ini.  Beliau adalah pelatih guru prasekolah.     Sungguhpun demikian maklumat ini juga sesuai untuk rujukan dan panduan kepada guru pelatih yang mengambil Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. 

Teman-teman yang budiman,  

Menurut sumber thefreedelivery.com, jurnal adalah  a day book. atau  A personal record of occurrences, experiences, and reflections kept on a regular basis.  

Jadi JURNAL ini boleh diertikan sebagai suatu catatan refleksi tentang aktiviti individu pelatih sepanjang menjalani praktikum.  Namun perlu diingat, catatan ini berkait rapat dengan tugasan pengajaran dan pembelajaran (P & P).  Maka ia meliputi aktiviti di dalam kelas perasekolah, juga tadika atau aktiviti bersama-sama kumpulan kanak-kanak di Taska setiap sesi pembelajaran dan pengajaran.  Sehubungan dengan itu anda juga perlu menulis Jurnal berkenaan keseluruhan pengalaman harian anda dengan organisasi iaitu sekolah, tadika atau taska.   

Apakah maksud refleksi?
Refleksi adalah suatu proses merenung semula sesuatu peristiwa yang telah kita lalui.  Kemudian kita perlu  menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa sesuatu itu terjadi.

Konsep refleksi ini pula melibatkan proses mengingat, merenung kembali pengalaman, juga aktiviti yang telah dialami.  Lalu menganalisis dan menilai  kelebihan dan kekurangannya.  Proses ini dilakukan bagi tujuan untuk memikirkan cara bagaimana memperbaiki dan mengubahsuai pelaksanaan aktiviti sebagai panduan dan kegunaan pada masa depan.

Kenapa refleksi ini penting?
Oleh kerana menerusi  catatan refleksi ini anda boleh;
1.    membuat penilaian kendiri.
2.    berfikir secara analitik, kritis dan keratif.
3.    menganalisis aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah/taska.
4.    mencari alternatif dalam membuat keputusan.
5.    mengubah tingkah laku kepada yang positif, produktif dan inovatif.

Menurut Schon, 1987, refleksi ada 3 jenis.  Iaitu;

1.    Refleksi ke atas tindakan - refleksi terhadap praktis, tindakan dan pemikiran seseorang selepas sesuatu sesi praktis.   Ini merujuk kepada hasil P & P anda.

2.    Refleksi semasa tindakan - refleksi terhadap fenomena, pemikiran dan tindakan semasa praktis.  Ini merujuk kepada catatan jurnal seorang kanak-kanak atau responden yang telah anda pilih untuk diperhatikan dan dicatat perkembangannya.  Peringatan : Jika di prasekolah/tadka ia merujuk kepada 6 tunjang KSPK.    Sementara di taska ia merujuk kepada perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosioemosi seperti yang termaktub dalam Modul Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia.  Ia menekankan amalan asuhan menyeluruh .
3.    Refleksi untuk tindakan - hasil yang diperlukan daripada kedua-dua jenis refleksi.  Bertujuan memandu seseorang ke arah tindakan masa depan. Ini merujuk kepada proses pembelajaran anda selaku bakal guru menerusi persekitaran dan warga organisasi anda ditempatkan.


Penulisan Jurnal akan dinilai dari segi bahawa aspek-aspek yang berikut;
a.   Kekuatan dan kelemahan anda ketika mengelolakan aktiviti kelas atau aktiviti bersama kanak-kanak di taska.  Merujuk kepada P&P. 
b.      Kenal pasti masalah-masalah yang perlu diperbaiki.
c.       Punca/faktor masalah yang telah dikenalpasti.
d.      Kenal pasti/ cadangkan cara mengatasi masalah tersebut.
e.      Memberi tempoh jangkaan tindakan susulan yang akan diambil.
f.        Memantau keberkesanan aktiviti yang dirancangkan.


Insya-Allah akan disambung ..

RUJUKAN:  

Kandungan Kurikulum Pelaksanaan Program Latihan Guru Prasekolah Swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), 
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
thefreedelivery.com
http://kumpulanjournal.blogspot.com/2011/02/apa-itu-journal.html
http://www.ditpertais.net/regulasi/jurnal/jur3.asp

Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...