sALAM sejahtera teman-teman semua.
Setiap orang tidak dapat lari daripada cabaran. Kita perlu menghadapinya. Oleh kerana ianya telah ditentukan untuk kita.
"Kita perlu berfikiran positif "
Ungkapan tersebut mudah diucap. Juga senang untuk ditaip dan print. Kemudian tampal di dinding. Natijahnya ramai di kalangan kita kurang arif bagaimana cara untuk melaksanakan amalan BERFIKIRAN POSITIF ini.
Selaku seorang wanita misalnya yang memiliki peranan sosial sebagai isteri, pengurus organisasi, ibu, kak ngah, mak ngah, kakak ipar, ahli NGO, AJK surau dan teman rujukan kawan-kawan, pastinya acapkali terhimpit dengan pemasalahan peribadi, anak, keluarga, kewangan dan masyarakat.
Jadi, bagaimana hendak mulakan falsafah POSITIF THINKING dalam kehidupan?
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman cara melatih diri dengan penuh kesediaan dan sedar akan perkara tersebut.
- Ucapkan kepada diri kiTA khalifah Allah. Setiap pemasalahan yang diberikan kepada kita adalah peringatan Alah agar kita lebih mendekati-Nya. Maka banyakkan berzikir, selawat dan perbaiki mutu ibadah khusus serta banyakkan ibadah umum. Khasnya bersedekah dan bersukarela.
- Bersyukur. Masalah yang datang itu adalah kifarah untuk membersihkan dosa-dosa kita. Secara sedar kita akan merasa tenang dant idak stress dan tenssion.
- Berbanyakkan membaca Surah Yassin dan terjemahannya. Ia akan menjadi terapi jiwa. Memberi pemikiran yang fokus dalam zon ketenangan yang hakiki.
- Munajat ke hadrat Illahi mohon hidayah dan petunjuk. Bahawa Allah Maha Berkuasa, Maha Melihat, Maha Penyayang, Maha Mendengar dan Maha Pemurah. InsyaAllah segala permohonan akan diperkenankan mengikut keperluan pada saat itu dan BUKAN kehendak induvidualistik kita selaku hambaNya.
- Setiap masalah dan cubaan ada HIKMAH. Ekoran perkara 4 maka Insya-Allah kita mampu merembiskan dalam ruang kotak pemikiran bahawa masalah ini adalah peluang untuk kita melakukan hijrah atau transformasi secara bersepadu. Yakni perubahan baik dari segi anjakan fizikal, emosi, minda dan spiritual.
- anjakan fizikal adalah gerak solat yang lebih khusyuk dan senaman bagi menangani stress
- emosi; ini melibatkan cara memperbanyakkan senyum; lebih menghormati hak orang lain; lebih prihatin akan perasaan orang lain dan berlapang dada.
- minda; perlu bersedia melihat sesuatu perkara yang terjadi dari sudut yang berbeza. Misalnya anak kita kena asma. Maka kita perlu berfikir cara meningkatkan lagi mutu kebersihan diri, keluarga, sekeliling rumah, diet, aktiviti riadah bersama yang sesuai serta lebih sihat. Ekoran itu, kita tidak akan panik.
- spiritual; ia menyusur jalur kecerdasan kerohanian. Hal ini dapat membunuh sikap prasangka jahat dalam hati kita. Maka kita tidak akan berkeluh kesah dan menyalahkan diri atau orang lain.
Amalan di atas berupaya menenangkan fikiran. Apabila fikiran tenang, tiadalah komplen, rungutan atau perasaan marah membara menyalahkan keadaan atau orang lain.
Hakikinya setiap masalah yang datang adalah untuk diri kita lebih prihatin kepada kesihatan emosi, mental dan jasmani kita. Jikalau tidak bijak menangani masalah yang kecil berupaya mengakibatkan masalah kemurungan yang serius.
Oleh itu be positif (kata mat saleh). Dalam Islam adalah Mujahadah dan Istiqmah. Ia akan menenangkan jiwa. Apabila jiwa tenang, cahaya itu akan tersinar di wajah. Itu yang menyebabkan wajah akan awet muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan