Khamis, 23 Februari 2012

JURNAL



Perkataan jurnal ini kerap dibicarakan oleh para akademik, para guru/pendidik atau para pelatih guru.   Baru-baru ini saya ada menerima pertanyaan  daripada salah seorang anak saudara yang sedang menjalani praktikum berkenaan topik ini.  Beliau adalah pelatih guru prasekolah.     Sungguhpun demikian maklumat ini juga sesuai untuk rujukan dan panduan kepada guru pelatih yang mengambil Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. 

Teman-teman yang budiman,  

Menurut sumber thefreedelivery.com, jurnal adalah  a day book. atau  A personal record of occurrences, experiences, and reflections kept on a regular basis.  

Jadi JURNAL ini boleh diertikan sebagai suatu catatan refleksi tentang aktiviti individu pelatih sepanjang menjalani praktikum.  Namun perlu diingat, catatan ini berkait rapat dengan tugasan pengajaran dan pembelajaran (P & P).  Maka ia meliputi aktiviti di dalam kelas perasekolah, juga tadika atau aktiviti bersama-sama kumpulan kanak-kanak di Taska setiap sesi pembelajaran dan pengajaran.  Sehubungan dengan itu anda juga perlu menulis Jurnal berkenaan keseluruhan pengalaman harian anda dengan organisasi iaitu sekolah, tadika atau taska.   

Apakah maksud refleksi?
Refleksi adalah suatu proses merenung semula sesuatu peristiwa yang telah kita lalui.  Kemudian kita perlu  menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa sesuatu itu terjadi.

Konsep refleksi ini pula melibatkan proses mengingat, merenung kembali pengalaman, juga aktiviti yang telah dialami.  Lalu menganalisis dan menilai  kelebihan dan kekurangannya.  Proses ini dilakukan bagi tujuan untuk memikirkan cara bagaimana memperbaiki dan mengubahsuai pelaksanaan aktiviti sebagai panduan dan kegunaan pada masa depan.

Kenapa refleksi ini penting?
Oleh kerana menerusi  catatan refleksi ini anda boleh;
1.    membuat penilaian kendiri.
2.    berfikir secara analitik, kritis dan keratif.
3.    menganalisis aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah/taska.
4.    mencari alternatif dalam membuat keputusan.
5.    mengubah tingkah laku kepada yang positif, produktif dan inovatif.

Menurut Schon, 1987, refleksi ada 3 jenis.  Iaitu;

1.    Refleksi ke atas tindakan - refleksi terhadap praktis, tindakan dan pemikiran seseorang selepas sesuatu sesi praktis.   Ini merujuk kepada hasil P & P anda.

2.    Refleksi semasa tindakan - refleksi terhadap fenomena, pemikiran dan tindakan semasa praktis.  Ini merujuk kepada catatan jurnal seorang kanak-kanak atau responden yang telah anda pilih untuk diperhatikan dan dicatat perkembangannya.  Peringatan : Jika di prasekolah/tadka ia merujuk kepada 6 tunjang KSPK.    Sementara di taska ia merujuk kepada perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosioemosi seperti yang termaktub dalam Modul Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia.  Ia menekankan amalan asuhan menyeluruh .
3.    Refleksi untuk tindakan - hasil yang diperlukan daripada kedua-dua jenis refleksi.  Bertujuan memandu seseorang ke arah tindakan masa depan. Ini merujuk kepada proses pembelajaran anda selaku bakal guru menerusi persekitaran dan warga organisasi anda ditempatkan.


Penulisan Jurnal akan dinilai dari segi bahawa aspek-aspek yang berikut;
a.   Kekuatan dan kelemahan anda ketika mengelolakan aktiviti kelas atau aktiviti bersama kanak-kanak di taska.  Merujuk kepada P&P. 
b.      Kenal pasti masalah-masalah yang perlu diperbaiki.
c.       Punca/faktor masalah yang telah dikenalpasti.
d.      Kenal pasti/ cadangkan cara mengatasi masalah tersebut.
e.      Memberi tempoh jangkaan tindakan susulan yang akan diambil.
f.        Memantau keberkesanan aktiviti yang dirancangkan.


Insya-Allah akan disambung ..

RUJUKAN:  

Kandungan Kurikulum Pelaksanaan Program Latihan Guru Prasekolah Swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), 
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
thefreedelivery.com
http://kumpulanjournal.blogspot.com/2011/02/apa-itu-journal.html
http://www.ditpertais.net/regulasi/jurnal/jur3.asp

"Susah hendak buat takwim aktiviti taska .."

Adakah anda juga menghadapi masalah yang sama seperti rakan saya ini?

Sebenarnya rakan saya ini telah mengusahakan taska selama 20 tahun.   Beliau adalah segala-galanya.  Pengusaha, penyelia, pengasuh, tukang masak, driver dan tukang kebun.   Walaupun beliau mempunyai 3 orang pengasuh.  

Hasil perkongsian cerita taska X ini hanya memiliki buku daftar kedatangan, rekod murid, fail tentang dokumen JKM dan fail kakitangan.

Apabila saya bertanyakan akan visi dan misi taska,  suara di hujung talian sepi.   Lantas saya beralih kepada cerita biasa-biasa selepas itu.   Sbb dia telefon sekadar hendak bertanya khabar, jadi fokus kepada tujuan rakan lama sejak di bangku sekolah.

Emm.. selepas peristiwa itu, kotak fikiran saya terganggu dengan satu tulisan surat pembaca di akhbar utusan (lupa pula hendak mencatat tarikhnya), menyatakan kebanyakan taska yang tidak lulus permohonannya di sebabkan tiada perancangan aktiviti untuk kanak-kanak.

Persoalan saya kepada diri,   apakah yang harus saya sumbangkan demi anak bangsa dalam hal ini?  
Ya... saya boleh sumbangkan buah fikiran untuk bangsa ku.  

Insya-Allah dalam entry akan datang saya cuba berkongsi maklumat akan perkara berkaitan dengan taska.  
Juga sesekali akan diselitkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan tadika juga.




Selasa, 21 Februari 2012

Trasformasi TASKA 2020, bersediakah anda ?





Andai TASKA Impian menjadi realiti…

Semua ibu bapa dan penjaga mengimpikan agar taska yang mereka pilih untuk anak-anak adalah yang terbaik dan selamat.  

Khususnya baik dan selamat dari segi faktor-faktor;
·         Mematuhi  ketetapan perundangan pihak berwajib
·         Fizikal pasarana pusat berkenaan bersih dan mesra kanak-kanak juga keluarga mereka
·         Individu pengasuh/guru yang mesra kanak-kanak dan bertauliah serta mahir
·         Sumber pemakanan yang berkhasiat dan seimbang mengikut kesesuaian tahap  umur kanak-kanak dan
·         Aktiviti-aktiviti rangsangan perkembangan yang dianjurkan bersesuaian dengan kesediaan dan tahap  umur kanak-kanak.

Apabila kita menilai akan perkara di atas, pasti ia terarah lebih kepada tugasan 2 pihak iaitu pengusaha dan petugas.

Maka pengusaha dan petugas di taska juga memiliki impian  dan keinginan.  Antaranya adalah seperti berikut;
PENGUSAHA
PETUGAS
-          Mengharapkan urusan pendaftaran taska dapat dipendekkan tempoh proses kelulusannya  daripada 3 pihak yang terlibat
-          Tawaran gaji pokok yang setimpal dengan masa dan tenaga  kerja perkhidmatan yang diberi. 
Misalnya;
Program Kumpulan kanak-kanak 4 tahun.
o   Diploma ; RM 1,000.00
o   KAAK + pengalaman 5 tahun; RM 850.00
o   KAAK tanpa pengalaman; RM 700.00
o   Tiada pengalaman; RM600.00

***Kerja lebih masa RM 25.00/jam
-          Keupayaan untuk menyediakan persekitaran kondusif yang mesra kepada pertumbuhan dan perkembangan  kanak-kanak melibatkan kos
-          Pengusaha. Ibu bapa dan kanak-kanak menghargai sumbangan perkhidmatan mereka.
-          Nilai yuran bulanan individu anak  perlu angaran RM 500.00 hingga RM 800.00 sebulan bagi menampung kos tenaga pekerja, yang melibatkan EPF, socso, kos penyelanggaraan fizikal serta bahan kering dan basah pemakanan serta penyediaan peralatan pengajaran dan pembelajaran, juga bahan bacaan
-          Mendapat peluang menghadiri latihan, kursus  atau  lawatan sambil belajar di taska-taska yang lebih berjaya  bagi meningkatkan kemahiran diri.
-          Memiliki staf yang berkualiti dari segi pendidikan, kemahiran dan setia kepada organisasi
-          Mereka mahukan hala tuju kerjaya pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang lebih menjamin ekonomi  masa depan dalam sesebuah organisasi taska
-          Memberikan siri pendidikan dan latihan kepada para pekerja dan juga ibu bapa.  Agar  nilai-nilai murni dan akademik yang telah diajar dan diamalkan di taska dan diteruskan kepada kehidupan di rumah dan masyarakat.
-          Mereka mengimpikan sebuah organisasi taska yang prihatin kebajikan dan kesihatan para petugas dengan menyediakan skim polisi insuran kesihatan untuk mereka

Rentetan dari  impian tersebut maka setiap taska perlu memiliki pejawat seperti berikut;
PEJAWAT
TUGASAN
Ketua Penyelia/Pengurus
-          Pentadbiran
o   Rekod pekerja
o   Rekod kanak-kanak
o   Rekod pembekal
o   Rekod portfolio aktiviti kanak-kanak
-          Kewangan
-          Promosi dan pendaftaraan
-          Pengurusan latihan kakitangan
-          Mewujudkan jalinan hubungan sihat antara pekerja, kanak-kanak dan pelanggan (ibu bapa) serta individu berkenaan yang lain

Penyelia Unit Bayi
– 2 bulan hingga 16 bulan
-          Pengurusan kesihatan dan keselamatan bayi
-          Merangka dan menjalankan aktiviti yang sesuai bagi merangsang kebolehan kanak-kanak dalam  perkembangan fizikal, emosi, bahasa, kreativiti dan sosial
-          Merekodkan perkembangan tersebut

Penyelia Unit Kanak-kanak
-17 bulan hingga 36 bulan
-          Pengurusan kesihatan dan keselamatan bayi
-          Merangka dan menjalankan aktiviti yang sesuai bagi merangsang kebolehan kanak-kanak dalam  perkembangan fizikal, emosi, bahasa, kreativiti dan sosial
-          Merekodkan perkembangan tersebut

Penyelia Unit Kanak-kanak
-3 tahun hingga 4 tahun
-          Pengurusan kesihatan dan keselamatan bayi
-          Merangka dan menjalankan aktiviti yang sesuai bagi merangsang kebolehan kanak-kanak dalam  perkembangan fizikal, emosi, bahasa, kreativiti dan sosial
-          Merekodkan perkembangan tersebut

Unit Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan
-          Kemahiran CPR
-          Mengambil bacaan suhu semua kanak-kanak
-          Melakukan screening pada fizikal kanak-kanak pada waktu awal pagi dan sebelum kanak-kanak pulang
-          Mengelolakan bilik/ruang sakit
-          Melapor dan merekodkan sebarang kemalangan di taska
-          Membantu Pengurus memaklumkan keadaan kanak-kanak yang demam atau sakit di taska kepada ibu bapa
Pengasuh
-          Setiap unit memiliki nisbah bilangan pengasuh mengikut kadar bilangan kanak-kanak mengikut umur seperti yang ditetapkan dalam Akta Taska.
Unit Pengurusan Pemakanan dan Logistik
-          Menguruskan dan mentadbir akan stok dan bekalan bahan-bahan pemakanan dan peralatan pembelajaran kanak-kanak
-          Menyediakan juadah pemakanan mengikut menu yang telah ditetapkan
-          Juga menyelenggara  kebersihan persekitaran bangunan taska dengan  bantuan penglibatan  semua  kakitangan taska

Bersediakah masyarakat Malaysia melakukan transformasi  dalam aspek tersebut?

CUBAAN bukan kegagalan

Hampir 2 bulan saya menanti.   Perasaan saya seperti menghitung hari saat kelahiran bayi berpertama.  Kemudian saya mengambil langkah proaktif.   Lalu mengirimkan emel.   Tunggu lagi.   Sepi tiada jawapan.   Akhirnya,  dengan segala kekuatan saya menghubungi penerbit.   Suara saya agak terketar jugak.   Maklumlah pertama kali bercakap dengan Pengurus Penerbitan sebuah syarikat ulung negara.   Lantas saya terbayang wajah pemilik suara di hujung talian.  Cik X (bukan nama sebenar).

"Emmm,  macam mana saya hendak cakap ye." Teragak-agak.
"Kenapa puan?"   Ujar saya tidak sabar.
"Ini puan Nooraini yang datang pada sesi perbincangan hari itu kan?"
"Begini."  Jeda Si wakil Penerbit.
"Adakah manuskrip saya ditolak?" Bidas saya segera.   Biasalah kalau berita kurang baik orang akan teragak-agak untuk mengucapkannya.  
"Lebih kurang begitulah.  Sebab syarikat kami telah ubah polisi hanya menumpukan kepada penerbitan majalah sahaja." Jelas Cik X.
"Ooo, baiklah.  Saya ucapkan terima kasih di atas segala masa dan tunjuk ajar yang telah pihak puan berikan pada sesi pertemuan kita yang lalu."  Ucapan itu saya akhiri dengan memberi salam.

Terpaku seketika saya dibuatnya.    Emmm lantas saya bermonolog ;

Wahai Nooraini,
ini baru permulaan
usah gusar
Insya-allah masih ada kesempatan untuk meneruskan perjuangan ini
terus berkarya
tanpa henti
akan tiba detik masa dan ketika
kamu
memetik buah daripada benih yang kamu semai
dalam batas-batas bait
dunia penulisan ini.

Syukur ke hadrat Ilahi,  kini Encik Editor penerbitan itu masih sedia menjadi sifu saya dalam dunia baru ini.
Itulah hikmah yang tersirna.

Namun sekali insan biasa, saya amat sedih kerana laptop saya rosak pada petangnya.  Maka semua 3 manuskrip novel dewasa dan 12  cerita kanak-kanak saya terkubur.

Hari ini saya bermula daripada ABC dan NOKTAH.

Khamis, 16 Februari 2012

Wahai anak bangsa! SEMARAKkan kerja amal, kerja kemasyarakatan dan kerja kesukarelaan

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Indris Jusoh menyuarakan kesungguhan untuk  menyemarakkan budaya kerja amal di kalangan kakitangan dan para pelajarnya.  dalam lebih banyak program kesukarelawanan termasuk di luar negara.- sumber Utusan Malaysia, 3/2/2012.

Saya selaku rakyat Malaysia yang juga bekas kakitangan printis penubuhan Yayasan Salam Malaysia, sebuah organisasi yang diamanahkan mengamarahkan etika kesukarelaan di kalangan orang muda dan seluruh rakyat Malaysia amat mengalu-alukan usaha murni ini.  

Alangkah indah dan ideal pada suatu ketika nanti,  etika kesukarelaan ini menjadi budaya hidup rakyat Malaysia.  

Oleh kerana kuasa penyatuan seluruh masyarakat lebih utuh dan hebat daripada kuasa politik.  Oleh itu kesukarelaan ini dikategorikan sebagai sektor ke-3 penyumbang kepada kemajuan pembangunan masyarakat.  Malangnya nilaiannya tidak tercatat dalam  KDNK.

Saya amati banyak kumpulan pertubuhan sukarela dengan kudrat dan sumber yang terbatas terus berjuang menyumbang tenaga dan kepakaran demi kesejahteraan komuniti yang memerlukan.

Lumrahnya, sektor ke-3 ini akan memajukan di kawasan yang tidak termampu oleh sektor awam dan sektor swasta bangunkan, atas alasan tempat terpencil dan tidak ekonomik serta  kos projek yang tinggi. 

Namun kegigihan para sukarelawan yang berjiwa murni berupaya menrealisasikan kemajuan pembangunan komuniti terpinggir ini.

Faedahnya komuniti yang tinggal di hutan hujan tropika mampu menikmati sinar elektrik dan anak-anak muda boleh berFB kerana ada pusat ICT komuniti di sana.  Nikmat kemajuan ini dikecapi hasil teknologi solar yang praktikal dengan kos pemasangan dan penyelengaraan berdasarkan keupayaan yang ada.  Seterusnya golongan muda dilatih untuk menyelengarakan kemudahan tersebut.   Akhirnya mereka ini berupaya mempromosikan homestay di rumah panjang di peringkat antarabangsa.   

Walaupun tiada sekolah formal, namun kanak-kanak di penempatan ini tetap berpeluang mendapat pendidikan informal.   Hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan menjadi wadah sukarelawan menabur bakti.  Hasilnya anak-anak ini berpeluang memiliki asas pengetahuan 3 M iaitu membaca, mengira dan menulis.   

(berdasarkan awal projek kemasyarakatan di Julau dan Bario)



Indahnya dunia kesukarelawanan ini, sentiasa menjana perubahan bermakna kepada golongan yang dibantu.  Ini menjelaskan pengupayaan tenaga para sukarelawan amat tekal dan jitu.

Suatu lagi yang jarang dicatatkan dalam bentuk dokumen bahawa kejayaan sentuhan kejayaan dunia kesukarelawanan adalah power of mind.   Dalam kepayahan dan serba kekurangan, sering para sukarelawan akan mengatasi segala halangan dengan strategi yang kreatif dan inovatif bagi mencapai objektif misi mereka.   Rembesan endorfein sentiasa membuat mereka ini fokus dan ceria melalui setiap cabaran.  Ekoran itu mereka akan menjadikan masalah adalah peluang untuk meningkatkan kepakaran diri dalam bidang masing-masing.   Oleh itu individu sukarelawan sentiasa menikmati nikmat kepuasan yang sukar dinyatakan dalam bentuk pengucapan atau tulisan apabila telah selesai menlaksanakan projek mereka.

Hal ini berjaya meningkatkan sifat keprinatinan mereka kepada masyarakat.  

Justeru itu mereka tidak menjadi individu yang keluh kesah dan asyik menuding jari menyalahkan pihak lain.  Sebaliknya mereka akan berikhtiar untuk mengatasi keadaan.  Atau paling tidak sedia menerima seadanya  Oleh kerana mereka bijak mensyukuri nikmat yang dimiliki.   

Jom... bersukarela berdasarkan keupayaan masa, tenaga dan minat khidmat yang hendak anda sumbangkan kepada masyarakat.   Sesungguhnya sumbangan anda mampu menentukan kedudukan Malaysia di tangga yang lebih baik daripada sekarang iaitu tempat ke-80 dalam carta World Giving Index. pada masa depan.   

Jadilah insan yang berupaya menyumbang kepada kesejahteraan DAN BUKANNYA SEKADAR penerima sahaja. 

 



 

Rabu, 15 Februari 2012

KESUKARELAWANAN DI KALANGAN ANAK MUDA Menguncup?

Penyataan di atas telah menjadi fenomena pada pertengahan tahun 1995.  Pada era tersebut popular dengan statement civil society dan masyarakat madani.

Golongan anak muda mendapat kecaman hebat kerana kurang kelihatan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong dan kesukarelaan.   Para tokoh aktivis pembangunan masyarakat, para cendiakawan dan pemimpin masyarakat mengesa diwujudkan sebuah yayasan khas bagi mewujudkan pelbagai peluang bentuk kerja sukarela yang sesuai dengan citarasa anak muda abad 21.

Rentetan desakan tersebut maka parlimen telah mewartakan penubuhan YAYASAN SALAM MALAYSIA atau ringkasnya SALAM Malaysia dalam Julai 1997.

Sehingga kini pertubuhan bukan kerajaan ini terus jitu meneruskan perjuangan jihad bil hal bagi menyuntik etika kesukarelaan di kalangan anak muda Malaysia. 

Pada dasarnya statement di atas agak meleset.  

Pengamatan saya gaya anak muda bersukarela tidak lagi total kepada gotong-royong membersihkan kubur yang semak atau longkang tersumbat.   Mereka mengorak langkah jauh daripada itu.  Sesuai dengan zaman dan era globalisasi dan IT.

aNAK MUda ini sama seperti kanak-kanak.  Mereka suka kepada keseronokan dan buat kerja sambil enjoy.   Gila-gila.  Namun ada hasil.  Pokok pangkalnya golongan dewasa yang berpengalaman luas dalam bidang ini perlu memberi ruang dan kebebasan yang terarah kepada mereka.  

Khususnya dari segi soft skill.  Seperti;
  • disiplin diri
  • disiplin menepati tempoh masa
  • budaya kerja berkumpulan
  • budaya perbincangan produktif
  • etika bermesyuarat
  • etika merancang, melaksana dan merekodkan perkembangan aktiviti (sebelum,s emasa dan hasil yang dicapai selepas aktiviti dijalankan)
  • cara menganalisa program menerusi post mortem
  • dapatan dari segi kekuatan dan kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa depan
  • mengenalpasti peluang-peluang yang berprospek tinggi
  • database maklumat rakan kongsi baru
  • pengayaan pengalaman dan ketrampilan diri

Hindarilah dari mengecam bakal pemimpin negara bangsa ini.   Sebaliknya golongan pemaju masyarakat yang   berjaya perlu berlapang dada dan menghulurkan tangan untuk bersama-sama melunasi tanggungjawab sosial tanpa perajudis. 

Langkah SALAM Malaysia memberi pengiktirafan kepada sukarelawan muda, yang rata-rata di bawah usia 40 tahun ini amat dipuji.  





ILMU UNTUK KESEJAHTERAAN AHLI KELUARGA

sALAM sejahtera teman semua.

Zohor ini aku merenung diri.  Besar sungguh tanda soal dalam diri tentang hal ini.  Emosi ini tersentuh oleh cakap-cakap orang sekeliling.

"Belajar tinggi.
Ilmu ada tapi tak memberi bakti pada komuniti
Duduk rumah mengurung diri.
Setiap hari melakukan rutin tanpa henti.
Lainlah kalau tidak berpelajaran memang sudah itu tempat sesuai untuk lumrah sisa diri.
Ala... apa nak risau anak boleh urus diri.
Sudah besar apa hendak di kesah lagi."

Seketika tadi hati mula berdetik untuk kembali kepada rutin seperti dulu.  

Keluar pagi.  Kekadang balik dinihari.  Balik rumah bila stress mula menjauhkan diri dari anak-anak dan suami.   Apabila telah lapang dada baru hendak bergurau senda, dukacita mereka semua telah lelap mata.

Hujung minggu acap kali, suami menjadi suri rumah tangga terpaksa mengasuh anak-anak.  Walaupun kebersihan pakaian dan rumah aku jaga.

Ya, waktu itu falsafah perjuangan ku untuk memakmurkan dan mensejahterakan bangsa dan negara.  Namun apabila dikaji dan dihaluri pemasalahan bangsa dan negara tidak mampu aku kawal.
Tidak boleh aku ubah.  

Iya...
pemasalahan sosial
seperti
budaya kuning
seks bebas
kenaikan harga barangan
rumah terbengkalai
bangsa Melayu bergelandangan di Chow Kit
keruntuhan semangat kejiranan dan budaya kesukarelawanan
murtad
dan banyak lagi
adalah isu lama
cerita lagu 25 tahun dahulu ketika aku masih berkhidmat makan gaji

Tetapi .... sedarlah wahai kalbu dan nurani!
Allah telah amanah aku sebuah bahtera dan sebuah dunia rumahtangga.
Didalamnya ada bangsa dan warganegara yang lebih hampir dan dekat di jiwa untuk dipelihara.  
Mereka adalah putera-putera dan puteriku.  
Mereka inilah pewaris bangsa-negara yang sesuai memimpin generasinya pada masa depan.
Rosak mereka, pincanglah nusa, bangsa, agama dan negara.

Mereka ini adalah pemimpin muda masa depan.  
Mereka inilah yang perlu aku bangunkan sahsiah dan nilai-nilai  modal insan dalam amalan kehidupan mereka.
Misi Wawasan 2020 PERLU aku lonjakkan transformasinya dalam setiap agenda pengasuhan dan bimbinganku kepada mereka.

Wahai hati dan minda,
Sedarlah
bahawa aku adalah seorang ibu
aku adalah pendidik, pengasuh, pembimbing
dan juga perintis  kejuruteraan insan bagi merealisasikan  suntikan FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA ke dalam tubuh 3 orang zuriatku ini. Oleh kerana mereka ini masih di peringkat sekolah rendah.

Aku perlu peka dan lebih mengenali SIAPAKAH ANAK-ANAK KU INI
Aku perlu merangka strategi
bagaimana mahu menjadikan mereka

  • khalifah Allah
  • anak-anak yang soleh dan solehah
  • insan yang cemerlang secara holistik dan muazin dan muadip
  • individu yang memiliki keseimbangan kecerdasan emosi, spriitual dan sosial
  • pemimpin bangsa, agama dan negara
  • warganegara global yang berketrampilan dan berdaya saing
Perjalanan mereka lebih jauh
berbanding diri ini


Ya...Allah aku sedar,
jika tika remaja aku belajar kerana hendak lulus periksa
tika bertugas selaku pekerja aku belajar untuk meningkatkan income semata
tika melanjutkan pelajaran misi ku untuk mengenggam segulung diploma dan ijazah

Namun kini aku sedar,
paling penting apa yang aku belajar semuanya itu
adalah
untuk mezahirkan sebagai ilmu yang diamalkan
melaksanakan intipati ilmu itu untuk dimanfaatkan
demi kesejahteraan diri, ahli keluarga dan ahli masyarakat yang terhampir.

Ya... Allah
aku bersyukur kerana telah menemui ilham ini
aku bersyukur menerima tugasan baru ini
aku bersyukur dapat amalkan 4 sifat wajib Rasulullah S.A.W.
Siddiq - Sejujurnya aku mengakui perlu menghabiskan sisi hidupku bersama suami dan anak-anak yang lebih 13 tahun terabai
Amanah - Amanah selaku isteri dan ibu perlu dilunaskan dengan tawaduk.
Tabligh - Penyampaian menerusi maya juga adalah suatu sumbangan memakmurkan ummah.
Fatonah - Aku sedar perlu lebih bijaksana untuk mencipta peluang-peluang baru yang kreatif dan inovatif bagi meningkatkan sumber ekonomi diri demi keluarga.

Seterusnya
Ya..Allah
jadikanlah
sifat kesederhanaan Rasulullah S.A.W.
asas tarbiyah diri ini

Ya Aziz
Ya Jabbar
Ya Mutaqabbir
sesekali aku tidak akan runtun dengan tuntutan cakap-cakap orang keliling.
sebaliknya aku akan patuh akan jalan hidup yang Engkau telah tentukan kepadaku
kerana
itulah jalan yang paling sempurna
kerana Engkau Maha Mengetahui
apa yang terbaik ke atas hambamu ini

Ya Rahman..
Aku hambaMu yakin
rezeki ku ada di langgit
rezeki ku ada di dasar laut
rezeki ku ada di perut bumi
rezeki ku ada di depan mata

Oleh itu permudahkan segala urusan dunia dan akhiratku ini
Amin.. ya robal alamin...


Isnin, 13 Februari 2012

CEKALLAH HATI

sALAM sejahtera teman-teman semua.

Setiap orang tidak dapat lari daripada cabaran.  Kita perlu menghadapinya.   Oleh kerana ianya telah ditentukan untuk kita.   

"Kita perlu berfikiran positif "

Ungkapan tersebut mudah diucap.  Juga senang untuk ditaip dan print.  Kemudian tampal di dinding.  Natijahnya ramai di kalangan kita kurang arif bagaimana cara untuk melaksanakan amalan BERFIKIRAN POSITIF ini.

Selaku seorang wanita misalnya yang memiliki peranan sosial sebagai  isteri, pengurus organisasi, ibu, kak ngah, mak ngah, kakak ipar, ahli NGO, AJK surau dan teman rujukan kawan-kawan, pastinya acapkali terhimpit dengan pemasalahan peribadi, anak, keluarga, kewangan dan masyarakat.   

Jadi, bagaimana hendak mulakan falsafah POSITIF THINKING dalam kehidupan?

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman cara melatih diri dengan penuh kesediaan dan sedar akan perkara tersebut.


  1. Ucapkan kepada diri kiTA khalifah Allah.   Setiap pemasalahan yang diberikan kepada kita adalah peringatan Alah agar kita lebih mendekati-Nya.   Maka banyakkan berzikir, selawat dan perbaiki mutu ibadah khusus serta banyakkan ibadah umum.  Khasnya bersedekah dan bersukarela.  
  2. Bersyukur.  Masalah yang datang itu adalah kifarah untuk membersihkan dosa-dosa kita.   Secara sedar kita akan merasa tenang dant idak stress dan tenssion.
  3. Berbanyakkan membaca Surah Yassin dan terjemahannya.  Ia akan menjadi terapi jiwa.   Memberi pemikiran yang fokus dalam zon ketenangan yang hakiki.
  4. Munajat ke hadrat Illahi mohon hidayah dan petunjuk.  Bahawa Allah Maha Berkuasa, Maha Melihat, Maha Penyayang,  Maha Mendengar dan Maha Pemurah.  InsyaAllah segala permohonan akan diperkenankan mengikut keperluan pada saat itu dan BUKAN kehendak induvidualistik kita selaku hambaNya.  
  5. Setiap masalah dan cubaan ada HIKMAH.   Ekoran perkara 4 maka Insya-Allah kita mampu merembiskan dalam ruang kotak pemikiran bahawa masalah ini adalah peluang untuk kita melakukan hijrah atau transformasi secara bersepadu.   Yakni perubahan baik dari segi anjakan fizikal, emosi, minda dan  spiritual. 
    • anjakan fizikal adalah gerak solat yang lebih khusyuk dan senaman bagi  menangani stress
    • emosi; ini melibatkan cara memperbanyakkan senyum; lebih menghormati hak orang lain; lebih prihatin akan perasaan orang lain dan berlapang dada.
    • minda; perlu bersedia melihat sesuatu perkara yang terjadi dari sudut yang berbeza.  Misalnya anak kita kena asma.  Maka kita perlu berfikir cara meningkatkan lagi mutu kebersihan diri, keluarga, sekeliling rumah, diet, aktiviti riadah  bersama yang sesuai serta lebih sihat.  Ekoran itu, kita tidak akan panik.
    • spiritual; ia menyusur jalur kecerdasan kerohanian.   Hal ini dapat membunuh sikap prasangka jahat dalam hati kita.  Maka kita tidak akan berkeluh kesah dan menyalahkan diri atau orang lain. 
Amalan di atas berupaya menenangkan fikiran.  Apabila fikiran tenang, tiadalah komplen, rungutan atau perasaan marah membara menyalahkan keadaan atau orang lain.   

Hakikinya setiap masalah yang datang adalah untuk diri kita lebih prihatin kepada kesihatan emosi, mental dan jasmani kita.   Jikalau tidak bijak menangani masalah yang kecil berupaya mengakibatkan masalah kemurungan  yang serius.  

Oleh itu  be positif (kata mat saleh).  Dalam Islam adalah Mujahadah dan Istiqmah.   Ia akan menenangkan jiwa.  Apabila jiwa tenang, cahaya itu akan tersinar di wajah.  Itu yang menyebabkan wajah akan awet muda.

Khamis, 2 Februari 2012

kemalangan di TASKA .... tiada staf terlatih, tiada SOP, tiada penguatkuasaan undang-undang atau tanggungjawab ibu bapa perlu peka

Episod bayi tersedak susu di taska ... telah berulang kembali.   Bukan sahaja taska berkenaan disita oleh pihak berwajid tetapi  terdapat beberapa taska di tempat lain juga mendapat tempiasnya.  

Kenapa hal yang tidak diingini ini berlaku? 

Persoalan di atas menjadi tanda soal besar dalam kepala saya.  Apa pendapat anda?



Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...